Addicted dengan Clash Of Clans

Assalamualaikum wbt and Haii. Long time no see ya !

Perasan tak dah lama blog ni terdiam sepi tanpa sebarang update apa-apa entri. Banyak sangat berfikir nak lengkapkan wishlist 2014 yang bakal berakhir tak lama lagi, sehingga kan akhirnya tak terbuat apa-apa pun.

Lagi-lagi bila dah berada di penghujung tahun ni, faham-faham sahaja lah banyak urusan yang perlu di settle kan. Tapi sejak dah terjebak mendownload game pada bulan lepas, banyak urusan jadi tertangguh. Contoh yang paling jelas ketara, update blog lah. hahaha

Memang betul game merupakan antara aplikasi yang boleh menghilangkan stress atau mengisi masa lapang seseorang individu. Tapi tahu tak, ia juga boleh buat kita leka dan addicted sesangat. 



Clash Of Clans. Rasanya, tak perlu lagi Mieya perkenalkan dengan lebih details pasal game ni. Majoriti pengguna smartphone, baik lelaki atau perempuan..mesti ada yang ketagih gila dengan game coc ni. Percaya lah, sekali anda salah tekan button download game COC ni maka anda akan terjebak dengan Virus Clash Of Clans (COC).

Imagine Mieya start install game ni awal bulan November sehingga lah ke hari ni, still bersemangat main Clash Of Clans dok attack war tanpa henti. Hari-hari busy nak upgrade base bagi defense kuat sikit.



Untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak, selamat mencuba game Clash Of Clans! Yang penting jangan sampai abaikan tanggungjawab anda. Hehehe. 


Kalendar Cuti Umum Malaysia 2015

Assalamualaikum wbt :)

Lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi, kita akan melangkah ke tahun 2015. Rasa sekejap sangat tahun 2014 beransur pergi. Masih banyak lagi angan-angan yang masih belum berjaya dikecapi.

Apa pun, sekarang ni dah boleh bookmark tarikh-tarikh penting seperti cuti umum, cuti sekolah atau tarikh hari lahir keluarga. Senang untuk kita semua merancang percutian akan datang nanti. ihiks

Jom tengok tarikh-tarikh cuti umum di Malaysia sepanjang tahun 2015 akan datang.


Mieya macam biasa lah, bila tibanya hujung-hujung tahun sebegini.. Kena buat Working Calendar untuk staff company. Dua hari suntuk menghadap Microsoft Excel. Nak rangka, adjust width and height for each row and column.

Dan inilah hasilnya....

P/S : Masih menggunakan Malay + English = Manglish sebabnya kebanyakan storehand tidak memahami Bahasa Inggeris dengan baik.

Upgrade Internet Explorer 8 For Window XP

Assalamualaikum wbt :)

Sejak pagi semalam lagi, Mieya dan officemate menghadapi kesukaran untuk melakukan tugasan kerja. Di mana fungsi print dalam server company tidak langsung beroperasi. Hal ini sungguh menyukarkan lebih-lebih lagi tugas Mieya ialah mencetak Delivery Order dan menguruskan penghantaran barangan kepada pembekal. Kalau Delivery Order tak ada, maka barangan pon tak dapat diserahkan kepada pembekal.

Oleh sebab, Technician IT company Mieya cuma ada di Penang pada setiap hari Sabtu sahaja, maka tadi kami telah berhubung melalui telefon dan juga TeamViewer.

Dan setelah diselidiki, rupa-rupanya ia berpunca daripada Internet Explorer yang masih menggunakan version lama, iaitu IE 6.0.. Mieya klik kat SINI dan mula lah download Intenet Explorer 8 ke PC.

Akan tetapi, Mieya masih lagi menghadapi masalah sama, iaitu fungsi cetak tidak langsung kelihatan. Lalu, Mieya ajukan kepada pihak IT dan mereka lah yang menyelesaikan permasalahan Mieya melalui TeamViewer. Alhamdulilah, selesai sudah masalah yang Mieya hadapi.

fungsi ini lah yang hilang tu.

Walau bagaimana pun, PC officemate Mieya still having the same problem. Dan memandangkan masa kerja Technician IT sudah pon berakhir, maka beliau memberi tunjuk ajar kepada Mieya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut step by step. Sekiranya usaha Mieya tak berhasil, pada minggu yang akan datang beliau akan tolong menyelesaikan nanti.

So, tadi Mieya cuba juga lah. Ternyata, kandungan RAM pada PC officemate Mieya terlampau berat sehingga menyukarkan kerja-kerja penambah-baikan. So, Mieya uninstall dulu mana-mana software yang berkenaan lalu memulakan kerja download IE 8 dan compress-kan sekali dengan Programming Script company.

Tak perlu tunggu masa yang lama. Sekejap sahaja dah siap install dan permasalahan nak print pon selesai. Lega rasanya bila masalah yang ada selesai jua akhirnya..

P/S : Mieya ni zero basic pasal IT dan komputer.. Tapi Mieya suka mencuba, jadi tak jadi belakang cerita laaaa... hehehehe


Sebab Supplement Tak Berkesan?

Assalamualaikum wbt and hello peeps :)

So today, Mieya ingin kongsikan beberapa info dan maklumat yang berguna especially for those yang always encounter perihal masalah dah makan bermacam-macam jenis supplemen tapi still tak ada effect sehingga kini. Agak-agaknya kenapa ye?

"Saya ada terbaca blog awak pasal pengambilan vitamin C dan saya nampak perubahan demi perubahan pada kulit awak. Tapi kenapa kulit saya macam ni jugak? Tak ada perubahan langsung!"

"Kawan saya makan Satin Skinz punya lah putih gebu kulit dia. Kenapa kulit saya tak ada effect langsung?"

Hehehe.. ini cuma contoh je la ye. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Lagi-lagi sejak berkecimpung dalam bisnes kecil-kecilan ni, sometimes I have several customers yang bertanyakan soalan sebegini rupa padahal baru ambil supplemen tak sampai seminggu.



Haa... Kalau korang nak tahu, makan supplemen ni kena ada aturan dan pantang larang juga ye. Kena ada disiplin diri dan kesabaran. Bukannya boleh sebarang makan dan ambil ikut suka kita je sebabnya supplemen bukan ubat. Ia berfungsi mengikut sistem tubuh badan kita. So yang penting makan je dengan konsisten. And of course kita semua nak cantik biar lah secara keseluruhannya kan. Bukan hanya physically beautiful but inner beautiful pun penting.

Jadi, apa punca-punca yang menyebabkan pengambilan supplemen menjadi tak berkesan terhadap tubuh badan individu?


 1. Kurang Minum Air Kosong / Air Masak
Tubuh badan kita perlukan air yang secukupnya untuk membolehkan proses penyerapan supplemen secara berkesan dalam badan. Sebaik-baiknya minum lah air dalam anggaran 1 Liter bagi setiap 25kg berat badan anda.

Most of us susah betul nak minum air kosong, sebaliknya lebih prefer ambil air manis melebihi air kosong. Tapi tahukah anda, air manis boleh meningkatkan kepekatan darah sekaligus boleh menyebabkan kegemukan?

2. Tidak Konsisten / Tidak Istiqamah
Nak kesan yang cepat, tapi tak disiplin diri untuk ambil secara konsisten. Hari ini makan, esok lupa, lusa makan, tulat dah lupa balik. Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 90 - 120 hari untuk kesan yang terbaik dapat kita lihat. Kesan penyerapan bagi setiap individu tak sama, maka kenalah konsisten kalau nak lihat kesan dengan cepat.

3. Makan supplement semuanya sekaligus
Mieya tahu, kebanyakan dari kita memang malas nak makan ikut jadual. Lepas breakfast semuanya nak telan, sedangkan ia boleh menyebabkan kepekatan darah meningkat dalam masa yang tertentu. Gap kan masa pengambilan supplemen, maybe lepas 1-2 jam baru ambil supplement yang lain.


4. Makan supplemen bersama ubat
Kalau ada ubat dari doktor yang perlu dimakan, sila gap kan masa dengan supplemen. Ini bertujuan bagi mengelakkan darah dalam badan bercelaru, tak dapat nak serap supplemen dengan berkesan. Sebagai contoh, jika anda makan ubat doktor waktu pagi dan malam. Jarakkan masa 1-2 jam untuk makan supplemen pula.

5. Pengambilan kafein / minuman berkarbonat
Pengambilan kafein dan minuman berkabonat boleh merosakkan vitamin yang ada dalam badan kita. Jadi, membazir lah anda melabur wang untuk supplemen kalau kandungan vitamin dalam badan terbuang begitu sahaja kan?

Kadang-kadang tips yang semudah ni kita tak sedar dan tak pernah nak ambil tahu. Bila baca " Oh, baru tahu! "

Have a nice day all :)


Dream Trip to Macau

Assalamualaikum 

Kecik-kecik dulu, macam macam tempat teringin nak pergi. Kalau dulu, selalu sangat terpengaruh dengan tv,
lagi-lagi cerita China. Tengok cerita tu, plan nak pergi situ, tengok cerita ni, plan nak pergi sini. Kiranya, kalau tengok duabelas movie semuanya lain-lain tempat, duabelas tempat kat dalam tu Mieya nak pergi. Ya lah, bila tengok pemandangan nya yang cantik, mahu tak terkesima.

Itu kisah kecik-kecik dulu. Sebab ingat macam nak ke China, cuma perlu dapatkan tiket dah boleh sampai sana. Cuba mintak dekat Apek "wa mahu tiket, nak pergi China." Motifnya sebab selalu tengok cerita China
kalau nak pi tempat lain, cuma perlu dapatkan tiket sahaja..  dah naik feri dan sampai ke destinasi di tuju.

Bila dah besar, baru tahu semuanya memerlukan duit. Kalau tak ikat perut enam bulan, jangan harap lah
nak bajet romantik bawah The Macau Tower tu.

Sekarang ni, tengok kawan kawan dah sampai sana sini, Mieya ni tak pernah sampai mana mana kecuali
dua tiga tempat di sekitar Malaysia. itu je -.-'

Insha Allah, kalau diberi peluang ke negeri China, mungkin kat sini tempat pilihan kalbu buat masa terdekat ni :
Sebab tu terus wujud entri DREAM TRIP TO MACAU
Macau merupakan antara tempat yang ingin Mieya lawati selama ini kerana terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati selain mempunyai daya tarikan yang tersendiri. 

1) The Macau Tower mempunyai ketinggian 338 meter.  

Bayangkan kalau korang dapat melihat pemandangan yang menakjubkan dari seluruh kota dengan
kedua-dua mata sendiri. It must be pretty awesome right? Mieya teringin nak merasai sendiri pengalaman
naik menara Macau sambil menyaksikan keindahan panorama seluruh kota Macau serta bangunan-bangunan disekelilingnya yang gah di sana sini. 


Menara Macau ni cukup terkenal dengan aktiviti sukan lasak extreme seperti Bungy JumpSky Jump,
Tower Climb dan Skywalk X. Inilah salah satu impian Mieya untuk mengatasi ketakutan dan keberanian
di tempat tinggi dengan berjalan di atas lantai yang dipasang kaca transparent yang mampu mengubah pandangan ke aras bawah. 


2)  The Venetian Macau

The Venetian Macau merupakan salah satu hotel yang paling cantik dan mewah yang pernah Mieya lihat.
I like romantic things. Dan Mieya sangat kagum dengan kesenian dalamannya di mana reka bentuknya
mengambil unsur-unsur dari Venice. 


The Venetian Macau ni kalau korang ingatlah, pernah menjadi salah satu lokasi penggambaran bagi drama Korea; Boys Over Flowers... Boleh jadi gila kalau berpeluang untuk ke sana tapi tak try naik gondola rides!


3) The House Of Dancing Water

Tempat ketiga yang sangat menakjubkan untuk dikunjungi adalah The House Of Dancing Water. Mieya 
difahamkan pertunjukan ini dipentaskan di Teater tarian air di mana mempunyai kira-kira 2000 tempat duduk
yang dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone. 


Teater ini menyediakan pengaturan sebuah kisah cinta epik serta jalan cerita yang menakjubkan melalui masa, mempamerkan pakaian yang mempersonakan, kesan khas yang tak pernah dilihat dalam mana-mana teater biasa. Sudah tentu ia adalah pertunjukan yang terhebat dan sukar dilupakan.

Jadi, inilah antara tiga sebab kenapa Mieya nak sangat pi ke Macau. Seni bina yang menarik, pemandangan yang indah lagi mengagumkan serta meluaskan pengetahuan mengenai sejarah tempat, amalan, budaya dan makanan tradisional penduduk setempat. Mesti seronok kan kalau dapat peluang melancong free di mana semua perbelanjaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak penaja. 

Semoga impian dan hajat Mieya untuk terbang mengelilingi kota Macau akan dapat direalisasikan suatu hari nanti. Jika Mieya menang Mcau's Trip ni, Mieya pasti akan menikmati dan menghayati setiap detik waktu Mieya berada di Macau dan berkongsi pengalaman bersama-sama dengan rakan pembaca sekalian.

Entri ini ditaip bagi menyahut cabaran "Dream Trip To Macau" yang dianjurkan oleh Macau Government Tourism Office (MGTO) dengan kerjasama dari Nuffnang Malaysia

Pengalaman 4 Tahun Blogging

Assalamualaikum :)

Tahu tak hari ini 29 October 2014 merupakan 4 tahun pembabitan Mieya dalam dunia blogging? Ya, betul tu.
Serius rasa macam tak percaya, rupa-rupanya dah 4 tahun blog Mieya ni wujud. Mula berblog sejak zaman sekolah Form 4 sehingga lah ke hari ini. Walaupun tahun ni Mieya tidak lah seagresif mana dalam mengemaskini blog seperti dulu.

Tapi apa yang Mieya perasan... Sejak ada blog, Mieya semakin jadi orang. Kalau dulu malu-malu kucing, tak berani berhadapan dengan orang apatah lagi nak mengeluarkan suara. Pergi kenduri rumah jiran pun, selalu sorok-sorok belakang emak. Selalu murung, rimas nak duduk di tengah-tengah orang ramai. Tapi duduk dalam bilik, dengar lagu, online facebook, blog and youtube, tak ada pulak rasa bosan. Tak faham dengan diri sendiri.

Tapi alhamdulillah... Seiring dengan peredaran masa, merantau berseorangan ke negeri orang, seterusnya membuat keputusan untuk bekerja dan teruskan ativiti blogingg.. Kedua-duanya ini telah membantu Mieya untuk lebih berkeyakinan, berani mencuba serta merebut segala peluang yang terhidang di depan mata.

Dulu masa tak ada blog dan kerjaya tetap, tahap malu tu memang teruk sangat. Tapi rasanya bukan malu, tapi sebab tiada keyakinan diri. Antara puncanya ialah kejadian accident di waktu kecil dulu betul-betul meragut perasaan yakin diri. Trauma dan kesan parut accident telah mengganggu ketenteraman jiwa. Sampai ke tahap nak order makanan di McDonald, siap hafal skrip sambil beratur. "Saya nak order 2set McChicken tapi kentang nak satu sahaja." T.T

Sejak ada blog, Mieya punya hobi baru. Dulu hobi membaca novel, siap tulis dalam buku biodata. Padahal koleksi novel cuma ada 23 sahaja. Selalu lepas baca novel, terus tulis entri review novel dekat blog. Itupun lagi 5 buah novel tak sempat nak baca. Busy kemain dengan rutin peribadi.

Sekarang hobi apa? Baca blog, dan berkebun. Alaaaa kebun kecil-kecilan dalam pasu depan rumah je. Bila bosan, cari lah ketenangan dengan melihat kebun dalam pasu kita. Sejak ada blog juga saya jadi rajin membaca. Bertambah ilmu. Hari-hari datang awal ke office, baca blog orang.

Sejak ada blog, Mieya banyak belajar benda baru. Kalau dulu tak suka tangkap gambar, tapi bila client minta review sesuatu produk.. Automatik jadi suka tangkap gambar. Ya lah, orang dah letak kepercayaan kepada kita. Takkan nak buat kerja carca marba kan? Kita pon study pasal produk tu, hasilkan review yang menarik untuk client.

Maka 2-3 hari yang lepas, Mieya mengambil masa sikit untuk menyemak kembali entri yang pernah Mieya tulis sejak zaman tak ada domain lagi. Tersenyum sendiri Mieya membaca entri yang kebanyakannya syok sendiri. Habis segala benda Mieya nak jadikan entri, sampaikan kisah cinta rakan sekelas pon Mieya nak jadikan isu. Hihihi

Niche penulisan pun bercampur aduk, tak ada apa-apa yang spesifik. Kisah artis pon ada masuk jugak. Ya lah, masa tu Mieya belum berjumpa dengan identiti sendiri. Jadi, entri-entri seperti itu telah pun Mieya padam atu demi satu. Malu lah i olls tulis entri entah apa-apa.

Sekarang, Mieya agak kurang fokus pada penulisan entri di blog ni. Banyak idea yang nak dirungkaikan, tapi seringkali tertangguh tanpa jawapan. Insha'Allah, Mieya punya azam dan keinginan untuk kembali aktif seperti dulu. Hanya perlu menyelesaikan beberapa urusan penting dalam beberapa bulan ini yang masih tertangguh.


Ohh ya, Mieya kini sedang mencuba-cuba merangkak ke bidang bisnes supplemen kesihatan dan kecantikan. Kiranya macam reborn pulak, yang lama digantikan yang baru. Dari non-active kini semakin menjadi-jadi aktif. Buat masa ini tumpuan dan fokus lebih kepada blogshop @MAbeauty_Official

Terima kasih sudi baca blog kecil ini. Teruskan sokongan anda dengan menghadirkan diri di sini walaupun tiada hidangan lazat yang disajikan. Insha'Allah Mieya akan kembali menulis seperti dulu, menulis ikut suka.


6 Makanan Untuk Kulit Licin Gebu

Assalamualaikum... well hello peeps !

Excited ni nak cerita makanan untuk melembut, mencerahkan dan menghaluskan kulit agar sentiasa sihat. Selalu dengar pasal makanan ni menambah kolestrol lah, makanan ni meningkatkan tekanan darah lah. Errr... amat jarang juga lah nak dengar yang baik-baik pasal makanan nie. Kan?

Korang perasan tak makin meningkat usia ni, makin banyak pulak masalah kulit yang timbul? Jerawat...Kulit menggerutu...Kulit kusam...Umur muda, tapi nampak sangat tanda-tanda penuaan kulit tu. Penuaan kulit tu macam kulit tetiba tumbuh jeragat, berminyak, kulit muka bertompok-tompok and etc. Sebab tu kita kenalah mula berwaspada. Kalau tak dijaga, risau nanti nampak lagi tua dari usia sebenar. eeee... ngeri tau!

Kalau nak maintain kulit sihat dan cantik, makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang korang gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, korang perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? 

Antara makanan yang boleh membantu kita semua mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan ialah :


 1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

 2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur. 

3. Strawberi

 Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit. 

5. Soya 

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe. 

6. Telur


Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Sekarang ni, nak cantik kenalah jaga inner beauty dahulu. Yang luar tu membantu temporary je. Lepas tu dull balik. Tak guna lah kan. Kita mestilah nak kulit yang cantik gebu permanent kan?

Coni Beauty Whitening Black Jelly Mask | Review

Assalamualaikum wbt and hello guys :)

Memiliki wajah yang licin tanpa sebarang cela, blackhead atau bekas parut, sememangnya menjadi idaman setiap orang kan? Baik lelaki mahupun perempuan, semuanya kini lebih mementingkan kesihatan kulit masing-masing kan.

Salah satu cara efektif untuk mendapatkan kulit wajah sedemikian adalah dengan menggunakan mask muka. Mask muka sangat penting dalam memberikan rawatan maksimum yang bersesuaian dengan kulit muka. 

Kebiasaannya kita semua menggunakan facial paper or silk mask, tapi apa kata kalau kali ni kita try jelly mask pulak. Memperkenalkan,

Coni Beauty's Beauty Whitening Black Jelly Mask


Volume: 20ml
Price: RM6.90 RM5.90
Made in: Taiwan

Ohh well, this was my first time trying jelly mask. Surprisingly it is so good and now, has become one of my favourite mask. Yuhuuu!

Cautions
This product is for external use only. If any symptoms, please stop using them immediately.

Ingredients: Water, Rosa Damascena Flower Water/Citric Acid/Sodium, Benzoate/Potassium Sorbate, Actinidia Chinenses (Kiwi) Fruit Water, Dicaprylyl Carbonate, Butylene Glycol/Rosa Centifolia Flower Extract, Sodium Polyacrylate/Mineral Oil/Trideceth-6, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil/Tocopherol, Fragrance. 

The ideal way to gently exfoliate the skin, remove impurities and deep clean the pores. It leaves the skin feeling fresh, elastic and smooth, bright and no longer oily. The black rose essence inside the black jelly mask provides sufficient energy to skin cells, enhancing brightening, whitening effect and anti-oxidant ability. Perfect for all skin types. Alcohol-free and pigment-free. 


How to use it? 
After cleansing, apply appropriate amount of jelly mask (about a layer of 0.3cm) and leave on face for 30 minutes and then scrape it off. Applying 1-3 times every week will cleans the skin deeply.

Mieya cadangkan korang lapkan muka korang dengan span muka atau kapas/tissue terlebih dahulu untuk menanggalkan mask dari muka. Sebabnya bila mask kering, agak susah nak mencucinya dengan air. Selepas tu, barulah cuci muka dengan air.


My Review:

First of all, Mieya sangat sukakan keharuman aromanya yang berbau seperti a light floral water. The jar is made from light plastic and it is matte black. It is so convenient for travelling as I do not like to carry heavy products. Most of the words on packaging are in Chinese. Sorry, I can't read them. 

Even though the result is not that obvious in photo, Mieya merasakan kulit muka kurang berminyak, selain menghaluskan dan menghilangkan kotoran serta membersihkan liang-liang dengan lebih mendalam. Kesan kemerahan pada kulit muka semakin berkurang sementara bintik-bintik hitam tidak jelas kelihatan.

Bulu kening kita memang dari dulu nipis ya amat, please jangan pertikaikan ye. 

Time ni jerawat memang tengah bermaharaja lela, tapi ajaibnya selepas pakai jelly mask ni. Ia menenangkan keradangan kulit (jerawat), memberikan kecerahan segera, menghapuskan sel kulit mati tanpa menimbulkan sebarang kesan iritasi.

Dah lah harga murah, tak rugi lah beli if nak cuba.


More info go to :
Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
**Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

Don't forget to key-in coupon code "NORAMIRAH" upon checkout to enjoy an exclusive rebate of 15% :D :D 


BLOGLIST : Jom Tinggal Link Blog Anda

Assalamualaikum wbt :)


Beri perhatian, Mieya tengok ada blogger yang tidak aktif dengan blog mereka lagi. Kebanyakan blog di bloglist Mieya ni dah bersawang mawang hampir 2 bulan lebih. Maka, Mieya membuka peluang kepada kalian untuk menempatkan bloglist baru dalam blog Mieya.  

Ye lah, memang Mieya sendiri pon selalu mengelat nak update entri. Dapat curahkan idea dan pendapat pon cuma dua tiga kali seminggu. Bila tengah syok nak kumpul idea bagi entri terbaru and then tengok bloglist sendiri pun dah serabut. So, Mieya nak kemaskinikan semula supaya senang Mieya menjalankan aktiviti blogwalking di pagi hari. 

Jika anda seorang blogger, dan aktif blogging. Tak kira lah update blog seminggu sekali ke, dua tiga kali ke.
Tolong beri url blog anda pada Mieya. Tinggalkan link blog dekat bahagian komen. 

Mieya nak tambah baik bloglist yang sedia ada ni. Biar lah nampak kepentingannya sikit. Mieya takde syarat apa pun, cuma Mieya memang nak letak senarai bloglist baru. Yang sedia ada di bloglist tu, Mieya tak buang, cuma nak menggantikan yang tak aktif sahaja.

Jadi, jika anda mahukan blog anda dalam senarai Mieya. Cepat-cepat drop comment ye. Simple saja.

CPUV ke 30, 31, 32, 33, 34, 35 & 36 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, rezeki di awal bulan Oktober 2014. Nuffnang kasi blog Mieya berderet-deret kempen CPUV. Walaupun tak ada lah sebanyak orang lain, tapi Mieya tetap bersyukur. Happy laa jugak bila tengok earning blog bergerak sedikit demi sedikit.



CPUV yang ke 30 tahun ini adalah dari SME Micro Finance, iaitu sebuah program anjuran Maybank untuk pembiayaan mikro PKS atau lebih dikenali sebagai SME Micro Finance. Nak cerita banyak-banyak pon tak boleh, sebab Mieya pon tak gunakan perbankan Maybank. huhuhu

Manakala CPUV ke 31, 32 dan 33, iaitu LAMIDO Digital Campaign yang berfungsi sebagai online mall by LAZADA. Selalunya ramai yang complain nak beli barang online semuanya mahal-mahal belaka harganya. 

Tapi dekat LAMIDO, korang boleh buat pilihan yang bijak sebabnya harga yang ditawarkan bagi seseuatu produk adalah murah-murah weh. Kalau korang ada online shop, nak jadi penjual pon boleh okey! Sambil membeli, sambil menjual. hehehe

CPUV ke 34, 35 dan 36 dari Zurich Insurance Contest. Rasanya ada yang dah tahu kan, Zurich Insurance ni apa. Terkini mereka sedang menganjurkan peraduan Share Your Love Tweak And Win RM3,000 Weekly!” yang berlangsung sehingga 12 Oktober 2014 ni. Haa.. esok lah kan? 

Kalau korang nak share lovely moment korang bersama Zurich Insurance, better join cepat-cepat sebelum terlambat! Mana tahu kalau ada rezeki nak menang kan?

Walau bagaimana pun, lambakan CPUV adalah sama sekali tak menjanjikan earning yang banyak berdasarkan bajet advertiser beriklan di sesebuah blog itu, jumlah trafik yang diterima serta kekerapan iklan yang ditayang keluar.

Btw, alhamdulillah. Meskipun trafik blog ni tak secantik dulu kala, namun Nuffnang masih terus menyokong dengan pemberian CPUV baru. Sabar itu kunci kejayaan!

14 Tips Melupakan Bekas Kekasih

Cinta itu satu fitrah. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk mencintai dan dicintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini. Bila kita menerima cinta dan kasih sayang, kita juga perlu terima risikonya, iaitu putus cinta.

Ya, putus cinta atau cinta ditolak itu sangat perit dan sakit. Mieya sendiri pernah merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi. Bukan mudah untuk kita melupakan kekasih lama. Kekasih yang telah kita kenal sejak sekian lama, tiba-tiba pergi begitu sahaja. Perhubungan yang dibina selama ini, putus seperti tidak ada apa yang pernah berlaku.

Walaupun hidup mesti diteruskan, tetapi hati dan fikiran masih tetap teringat pada si dia. Orang yang pernah kita sayang, orang yang pernah kita gaduh, orang yang pernah kita mengusik dan bermanja. Bukan mudah untuk melupakan semuanya, kan?

 Jadi di sini, Mieya kongsikan beberapa tips melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati kita.. seseorang yang kita sayang :

Ranking Alexa Mieyaatiera.com #2

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama rasanya Mieya tak membebel pasal Ranking Alexa. Dulu memang rajin lah kan nak update pasal ni. Tapi sejak dua tiga bulan tak berapa aktif berblog. Di tambah pula dengan ranking Alexa yang jatuh menjunam, rasa macam malas pulak nak update..

Kebelakangan ni, bila tengok ranking Alexa semakin pulih. Mula lah kembali bersemangat nak berceloteh banyak dekat blog ni. Rindu lah kata kan. hahaha Maka diharapkan kejatuhan blog tu boleh diperbaiki sedikit demi sedikit. 

Kalau korang nak tahu, ranking sesebuah blog tu mempunyai peranan yang penting terutamanya jika kita ingin yakinkan pihak di luar sana untuk beriklan dengan kita. Lain lah kalau korang berblog sekadar suka-suka kan? Tapi bagi Mieya, kalau dapat menjana sedikit wang tabungan sudah mencukupi dah tu.

Tapi apa yang pasti, ranking Mieya agak perlahan sedikit pergerakannya sebabnya hanya selepas 3 bulan, Mieya berjaya turunkan ranking dari 12630 (Malaysia) ke 9019. Ambil masa yang lama juga lah rasanya.



Mungkin sebab Mieya sudah kurang menghupdate entri berkaitan berita semasa, isu terkini, dan gosip artis di blog ni. Dah semakin jarang menggunakan keyword SEO sebab skill makin tumpul. Dah lama sangat kurangkan aktiviti blogging, macam ini lah jadinya.

Actually, kalau boleh memang Mieya dah tak nak sentuh langsung bab-bab artis, gosip, dan seangkatan dengannya. Tapi kalau nak mengulas mengenai isu-isu terbabit, insyaallah satu hari nanti jika ada kesempatan.

Ya, memang Mieya akui bahawa masa yang ada sepatutnya mencukupi untuk menaip sebaris dua ayat di blog ni. Tapi itu lah, tumpuan dan fokus tu lebih menjurus ke benda lain. Mieya still cuba belajar untuk menyeimbangkan masa dengan semua aktiviti yang sedang Mieya jalankan sekarang. hihihi nanti Mieya cerita di lain entri. Eh?

Hope ranking Alexa akan terus meningkat dan maintain di masa akan datang :)

Resepi Kek Pandan Mudah dan Sedap

Assalamualaikum wbt dan salam Aidiladha :)

Minggu lepas, Mieya request dekat emak tersayang resepi kek pandan sebab teringin sangat-sangat nak feeling makan kek di hujung minggu. Maklum sahaja lah, sudah hampir 4 tahun lebih tak buat kek buatan sendiri. Selalunya kalau nak makan, pakat beli je dekat kedai bakery. Tapi makannya tak habis pon. Membazirnya alahaiii.

So hari ini, Mieya nak kongsikan resepi kek yang sungguh mudah cara penyediaannyaKek yang sangat lembut dengan semerbak harum pandan ini sangat mudah untuk disediakan. Dengan bahan-bahan yang cukup mudah tidak hairanlah jika ianya menjadi kek kesukaan keluarga.

Bahan-bahannya :
5 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan :


Sediakan loyang
Sapukan sedikit mentega pada loyang
Panaskan oven pada suhu 170C

1. Masukkan telur satu persatu, baking powder dan gula kastor dan pukul sehingga sebati dan berkrim
2. Kemudian masukkan  esen vanilla, santan dan pewarna hijau.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C sehingga kek dimasak sempurna.

Dah Ada Business Card Sendiri

Assalamualaikum wbt. Hai semua :D

Sejak mula berjinak-jinak dengan bisnes kecil-kecilan ni, Mieya mula rasa betapa pentingnya kewujudan bussiness card lagi-lagi untuk tujuan networking (mana tahu suatu hari nanti nak join event, gathering, sponsor GA and etc)

Sepanjang minggu lepas Mieya cuba usahakan untuk memiliki business card sendiri. Survey punya survey, akhirnya Mieya memilih untuk menggunakan perkhidmatan rakan blogger, Zaza Zehra setelah melihat beberapa blogger yang Mieya kenali seperti Aina RoseberryEyriqazzHasrul Hassan dan Syira Lokman telah mendapat
perkhidmatan dari sumber yang sama. 

Actually, seboleh-bolehnya Mieya memang nak cari designer perempuan sebab senang sikit nak berurusan
dengan mereka. Lagi-lagi bila sedar diri ini memang agak cerewet. Setelah melihat artwork daripada Sis Zaza sendiri,
Mieya telah meminta beberapa perubahan serta mencedok sedikit idea untuk dimasukkan di dalam business card yang telah ditempah nanti.



Dan akhirnya, petang kelmarin bungkusan yang dinanti telah pun sampai di tangan Mieya ni. Sukanya.
Kali pertama ada business card untuk blog sendiri. 

Kad bisnes Mieya ni simple sahaja, menggunakan warna pink dan coklat sebagai temaMaterial kad adalah dari

Art Card + Matt Lamination, iaitu material kalis air dan menyerlahkan lagi penampilannya. 

Alhamdulillah, semuanya membuatkan Mieya berpuas hati dan tersenyum gembira sebab dah ada
name card sendiri. Dan memang target Mieya untuk memiliki name card sendiri dalam masa terdekat ni.
Syukur sangat, rezeki datang lebih awal dan dapat realisasikan impian Mieya.




Terima kasih banyak pada Blogger Zaza Zehra yang sudi merealisasikan business card ini. Mieya tempah

dengan dia sebanyak 100 keping dulu. Harga kad bisnes yang ditawarkan RM30 sekotak bagi 100 keping
(exclude postage). Anda boleh dapatkan atau buat tempahan menerusi blog Zaza Zehra.
Murah tetapi kualitinya terbaik. Mana nak dapat kan? 

Selesa dan senang berurusan dan berbicara dengan Zaza. Perkhidmatan yang disediakan pon cepat.
Dan yang bagusnya, Mieya boleh ubah ikut suka hati artwork design yang dipertunjukkan kepada Mieya. hahahhaa... nak itulah .. nak inilah, buang itulah .. buang inilah. 

Dan Sis Zaza dengan sabarnya ikuti kemahuan dan kehendak tanpa banyak soal. Susah nak cari designer
seperti ini. Ramai yang suka emo je. Tak nak ambil pusing cakap customer hahaha..

Bagi rakan blogger yang ada name card tu, jom lah bertukar-tukar name card dengan Mieya. Boleh email Mieya okey? mia_Atiera94@yahoo.com

CPUV Ke 29 Dari Nuffnang 2014

Assalamualaikum wbt :)

Sedar tak sedar, hari ini merupakan last day bagi bulan September 2014. Lagi beberapa bulan lagi sebelum tahun baru bakal menjengah tiba. Ternyata masih banyak cerita yang tak sempat Mieya coretkan di sini gara-gara busy dengan hobi baru.

Walau bagaimana pun,blog Mieya ini masih lagi mendapat tempat untuk menjalankan kempen CPUV terbaru daripada Sime Darby LPGA 2014. Biarpun earning seciput dua sahaja, tapi alhamdulillah tetap bergerak naik sedikit demi sedikit.


Terima kasih Nuffnang, advertiser dan kawan-kawan yang sudi singgah ke mari. Nanti Mieya blogwalking ke blog korang pula ye. hihihi sabar-sabar

Harga Upah Design Blog Mahal? Kenapa?

Assalamualaikum wbt dan salam berhujung minggu semua :)

Mieya terpanggil untuk menyuarakan pendapat mengenai kos upah mencantikkan blog di mana ramai di kalangan kita di luar sana yang seringkali mempertikaikan soal harga.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa harga design sesebuah blog boleh jadi mahal, malah ada yang mencecah harga sehingga beratus-ratus ringgit for the full template. Logik ke harga tersebut dengan hasil yang kita akan dapat nanti?

Macam Mieya sendiri, Mieya juga turut menggunakan khidmat designer blog bagi menyerikan blog ini.
Harga yang dikenakan adalah sebanyak RM100 dan bagi Mieya sangat berbaloi lah jugak untuk digunakan dalam tempoh beberapa tahun ni. Kenapa Mieya beranggapan begitu?


Antara sebabnya:
  • Design
Design ini meliputi ruangan header, homepage, footer, content dan sebagainya. Pereka juga perlu edit gambar yang perlu diletakkan di dalam blog. Proses untuk design biasanya ambil masa 2-3 hari dan ia juga bergantung pada bahan yang diberikan oleh pelanggan.

Mieya tahu, untuk menghasilkan design yang unik serta menepati citarasa pelanggan bukanlah satu perkara yang mudah. Contoh terdekatnya, Mieya lah.. Bagi sesiapa yang pernah bekerjasama dengan Mieya, semestinya akan tahu bagaimana cerewetnya Mieya lagi-lagi soal design. 

Ya lah, Mieya memang buta AI, buta photoshop (Pernah belajar dulu, dan pernah mencuba. Tapi oleh sebab tiada seni dan peralatan yang mencukupi. Mieya give up untuk teruskan.) Walaubagaimanapun apa bentuk design yang Mieya ingin tukarkan, Mieya cuma lakarkan dekat kertas A4 dan diberikan kepada pereka. Dan alhamdulillah, Mieya sungguh berpuas hati.

  • Tahap Kesukaran Kod
Selain design layout, tahap kesukaran kod sesebuah blog juga menentukan harga design blog tersebut.
Macam Mieya sendiri, Mieya inginkan fungsi tambahan seperti banner dan juga menu tab. Di samping itu, Mieya masih mahu mengekalkan gadget-gadget lain seperti shoutbox dan juga coding Nuffnang. 

Mieya sendiri pon seringkali mengubah kod blog ini bergantung kepada citarasa yang sering berubah-ubah.
Nak menaip sendiri code bukannya mudah. Kadang-kadang jadi, kadang-kadanmg tak menjadi.
  • Masa
Untuk menyiapkan sebuah design blog ia akan mengambil masa lebih kurang 1 minggu atau mungkin lebih dan ia juga bergantung kepada bahan yang disediakan oleh pelanggan. Bahan ini adalah gambar dan maklumat yang ingin dimasukan di dalam laman web. Macam Mieya, pereka ambil masa kurang daripada seminggu je. Dalam 3-4 hari gitu dah siap.


  • Pengalaman
Semakin berpengalaman seseorang pereka blog tu, semakin mahal perkhidmatan yang ditawarkan. Sebabnya, pereka yang berpengalaman amat mementingkan kualiti design blog yang dihasilkan dan akan berikan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Mereka tahu apa yang kita inginkan dan menjadikannya lebih menarik dan unik.


Kesimpulannya, untuk menghasilkan design sesebuah blog bukanlah satu kerja yang mudah. Kalau tak percaya, pergi try buat sendiri. Mieya sendiri pon pernah cuba buat, tapi hasilnya langsung tak meng'impress'kan diri sendiri. Nak buat header transparent pon dah lupa caranya semua instead makan masa yang lama untuk disiapkan.

Rasanya tak perlu kot nak melatah jikalau bayaran yang dicas adalah berpuluh-puluh ringgit sehingga mencecah RM100. Fikirkan dulu macam mana susahnya pereka mencari idea untuk menyerlahkan kreativiti mereka, masa yang diluangkan, nak layan ragam dan kerenah manusia serta pengalaman pereka laman web tersebut.

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....