Selamat Tinggal Tahun 2012

Assalamualaikum semua :)

Hari ini, iaitu 31 Disember merupakan hari terakhir bagi kita semua berada di tahun 2012. Lebih kurang daripada beberaapa jam sahaja lagi, kita semua akan bertemu di tahun yang baru iaitu tahun 2013. 

Sudah semestinya, tahun 2012 ini bakal pergi meninggalkan kita semua dengan 1001 kenangan manis kan? Diharapkan segala macam peristiwa serta kenangan pahit dan manis di tahun 2012 sedikit sebanyak dapat memberi input, mesej dan pengajaran kepada kita semua dalam melalui kehidupan di hari mendatang.

Alhamdulillah. Mieya sudah pon selamat kembali pulang ke kampus UiTM tercinta pada petang semalam. Biarpun masih lagi penat di samping kesihatan tubuh badan yang kurang mengizinkan, kelas kuliah tetap dihadiri seperti biasa.

Niat di hati yang suci lagi kudus ini (silalah percaya) , Mieya nak sambut tahun baru bersama keluarga di bandar Petaling Jaya. tapi hampa, dek kerana kelas kuliah tidak boleh dianjakkan ke hari lain memaksa Mieya untuk segera kembali ke Pulau Pinang.

hanya mampu cilok gambar ni dari Google,
tak dapat nak tengok yang real punya. T.T
Esok cuti. Malam ini pula, ada makan-makan besar di rumah majikan abah. Di saat ahli keluarga Mieya yang lain sibuk melantak tak ingat dunia di sana. Mieya di sini keseorangan menyambut tahun baru. Sungguh tak cool !

Dah tak ada kata lain yang mampu untuk tabahkan hati Mieya selain :

Semoga tabah menyambut tahun baru di Pulau Pinang kesepian tanpa percikan bunga api seperti dulu, Mieya. 

heh? Apahal tersengih-sengih di sana? Siyes nie ! hmmm


Makhluk baru Dalam Hidup Mieya

Assalamualaikum wbt :)

Woah ! Sedar tak sedar, dah seminggu Mieya berada di rumah. Dan dalam keadaan separa sedar, esok Mieya bakal berangkat pulang ke kehidupan kampus, UiTM Permatang Pauh tercinta. Begitu pantasnya masa berlalu meninggalkan kita dari hari ke hari.

Dan semalam, pada tarikh 28 Disember 2012. Buat pertama kalinya Mieya menjejakkan kaki ke Plaza Low Yat. Wow, itu satu rekod pencapaian yang hebakkk dalam hidup Mieya. Nama je tinggal dalam kawasan bandar, tapi sayangnya hanya satu dua tempat sahaja yang pernah dijelajahi. Sadisnya !




Ce teka ce teka ! Kenapa kebelakangan ini Mieya selalu jarang-jarang menghupdate blog serta berbalas komen dengan korang? Okey, siapa yang jawab betul, sila duduk di sebelah. heheee

Padahal secara terang lagi bersuluh Mieya dah nyatakan penyebab utamanya di entri yang lepas.

Sebenarnya, Mieya baru sahaja membeli sebuah notebook baru. Wuhuuu! Gumbiranya rasa hati sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Rasa macam Mieya masih lagi sedang diulit mimpi lena pasal kenangan indah di masa silam dulu.

Mempersembahkan ! inilah rupa laptop baru kepunyaan Mieya Atiera. Laptop Acer Aspire E1 - 431. Mintak maaf lah. tak dapat nak lampirkan gambar laptop sendiri memandangkan Mieya sedang mengejar masa untuk mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke kampus nanti.

Urusan broadband masih lagi sedang diuruskan oleh abang Mieya dan Mieya dimaklumkan Sim Card broadband rosak. sebab tu tak boleh nak online semua tu. Jadi seperti biasa, wifi abang tetap dimanfaatkan secara bijak dan berhemah. Shhhhhh~~

Maka dengan ini, bermaksud inilah entri pertama Mieya menggunakan lappy baru. Alhamdulillah, sukanya Ya Allah. In Sha Allah, akan Mieya jaga dan rawat lappy baru Mieya nie dengan sebaiknya.

Dah lah. Nak sambung menonton cerita Instanbul Aku Datang bersama-sama dengan adik tersayang kejap. Byebye korang !


Bila Broadband Mogok Buat Hal

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Hari tu, punya lah ada seorang makhluk nie kan. Katanya nak topup menghupdate blog secara pukal setelah sekian lama blog ditinggal sepi keseorangan. Nak reload aktiviti berblogwalking serta berbalas komen sesama blogger demi mengeratkan lagi hubungan di alam maya sekaligus memeriahkan lagi industri blog tanah air yang semakin kurang menyengat.

Tuntasnya, janji hanya tinggal janji. Janji yang ditaburkan, yang dicanang-canangkan selama ini tidak berjaya dicapati. Apa yang ada hanyalah sebuah blog beserta entri kosong tanpa dipenuhi oleh corat-coret daripada kawan-kawan seperti selalu.

Bukannya sengaja, mahupun disengajakan di ada-adakan. Tapi, ada sesuatu kekangan yang menyebabkan semangat untuk berblog kembali jatuh merudum. Haih, lepas satu, satu lagi cubaan yang mendatang. Sabar je lah.

Kalau sebelum ini, Mieya dihurung masalah ketiadaan gadget dan juga line internet untuk mengonlinekan diri. Tapi kini, masalah encik berukband yang mana SIM/USIM card yang tak boleh dikesan pula menghantui hidup Mieya.

antara paparan yang keluar tiap kali menggunakan broadband

Sedangkan lagi beberapa hari sahaja lagi, cuti mid sem Mieya akan berakhir dan Mieya harus kembali semula ke kampus untuk menimba ilmu. Ini bermakna, dengan berbekalkan masa yang tinggal nie, Mieya perlu menyelesaikan masalah yang Mieya hadapi sekarang nie dengan segera.

P/s : Update blog kali nie pon dengan menggunakan line internet daripada wifi abang Mieya. Itupun secara curi-curi. Dasar licik punya orang ! kehkeh~


Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?

Assalamualaikum wbt :)

Lama dah rasanya Mieya tak berkesempatan nak join mana-mana segmen yang dianjurkan oleh para blogger. Maklum saja lah, ketiadaan bahan dan alternatif lain untuk menaip entri selincah dulu.

Jadi, bila dah ada peluang bertemu empat mata dengan laptop nie, semestinya lah Mieya takkan melepaskannya begitu saja. Nak nak lagi, kebelakangan ini dah ramai sangat yang bertanyakan soalan yang serupa kepada Mieya.

Haaa.. So, disebabkan segmen yang dianjurkan oleh Bro Eyriqazz sangat-sangat bertepatan dengan persoalan yang sering dilontarkan oleh para blogger mengenai diri yang menaip blog budakshumort nie. Dan malam ini, marilah kita bersama-sama merungkai segala macam persoalan yang sering membelenggu kepala hotak korang tu.



Mieya Atiera? Kenapa Mieya Atiera? Adakah ini nama sebenar?
Oh, tidak sama sekali. Nama Mieya Atiera sebenarnya adalah gabungan daripada dua nama panggilan Mieya sewaktu kecik dulu, iaitu Mia dan juga Nor Amirah Atirah

Pada mulanya, orang memanggil Mia disebabkan Mieya ialah seorang yang pelat dalam menyebut nama sendiri. Dan nama yang kedua, merupakan nama yang telah diberi oleh ibu angkat Mieya. Dan nama ini selalu diguna-pakai oleh abah untuk memujuk Mieya yang gemar merajuk sewaktu kecik-kecik dulu. heheh 

Jadi, disebabkan kedua-dua nama ini saling berhubung kait dengan kenangan indah Mieya semasa di zaman kanak-kanak dulu. Maka, dengan tak semena-mena Mieya telah menggunakan nama tersebut sebagai nickname di dunia maya.

Sebab kenapa Mieya Mahu Bro Eyriqazz komen pasal “Nama Blog” Mieya?
Sejujurnya, Mieya masih lagi mencari-cari identiti diri sendiri dalam dunia blogging ini. Mungkin pendapat atau pandangan daripada blogger lain boleh diambil kira bagi memperbaiki segala kekurangan dalam blog memandangkan Mieya masih lagi hijau (baru) dalam dunia blog ini. 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31/12/2012


2 CPUV Baru, Thanks Nuffnang !

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama rasanya Mieya tak bercerita mengenai Nuffnang di teratak blog Mieya nie kan? (sila angguk-anggukkan kepala sebagai tanda setuju)

Padahal, Mieya yang dah agak jarang meluangkan masa untuk berblogging disini. Yes, that's my fault ! I admit it. Sorry ! T.T


Untuk pengetahuan semua, Mieya masih lagi menyusun atur masa dan ruang untuk lebih ligat berblogging seperti dulu. Apa orang kata, perlahan-lahan merangkak. Harap sabar menanti ye semua. 

Alhamdulillah. Sepanjang blog tidak dijenguk serta diupdate secara auto-publish oleh si empunya blog (yakni Mieya). Nuffnang masih lagi sudi memberi kepercayaan kepada blog cikai Mieya nie untuk menjalankan beberapa iklan CPUV daripada pihak pengiklan mereka.


Kalau ada yang perasan, Buffered Earning (atau nama lainnya, CPUV) dari Maxis Roaming Peace Of Mind >>Tekan SINI untuk membaca entri<< masih lagi menari-nari dengan rancaknya di blog Mieya nie. Terima kasih Maxis dan Nuffnang !

Tetiba, bila buka laman web Nuffnang pagi tadi, ada dua lagi iklan CPUV baru yang dah lama juga menari-nari di sekeliling blog Mieya nie. Entah macam mana pula Mieya boleh tak perasan. Mungkin salah Mieya juga, sebab dah lama tak meninjau-ninjau akaun Nuffnang Mieya tu.

Dua iklan CPUV kali ini, datangnya dari Sunway Education Application dan juga Amway Nutrilite. Terima kasih kepada advertisers dan Nuffnang kerana sudi memilih blog Mieya sebagai medium pengiklanan kepada orang ramai.


Serius, Mieya berasa terharu sangat-sangat sekarang nie. Walaupun, Mieya semakin kurang aktif berblogging kebelakangan ini atas faktor kesibukan hidup sebagai seorang pelajar serta ketiadaan bahan untuk online (seperti line internet dan laptop) melainkan smartphone.

Akan tetapi, itu bukan penyebab untuk Nuffnang menganak-tirikan (mengetepikan) blog Mieya daripada menerima sebarang iklan berbayar. Alhamdulillah.

Btw, terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan  kepada kawan-kawan blogger yang sudi menjadi pembaca setia blog Mieya, yang sudi klik iklan-iklan sekaligus menyokong Mieya dalam dunia blog nie. Tanpa korang, blog kesayangan Mieya ini takkan membangun seperti sekarang nie. Kosong tanpa penghuni.

P/s : Sekadar berkongsi keterujaan hati selama berblogging dan bernaung dengan pihak Nuffnang.


Azam Tahun Baru, Kenapa Ramai Tak Berjaya Mencapainya?

Assalamualaikum wbt :)

Tinggal lebih kurang daripada seminggu sahaja lagi kita bakal bertemu di tahun baru. Dan seperti biasa, menjelang tibanya di tahun baru. Sudah semestinya kita semua sepakat untuk menulis atau mencatat segala macam azam atau impian yang ingin dicapai di tahun tersebut.

Persoalannya disini, apakah semua yang kita azamkan dulu, semuanya sudah tercapai atau masih belum. Kalau belum pula kenapa?

Haa.. Rasanya mesti ada di kalangan kalian yang baru tersedar daripada mimpi kan bila diajukan soalan sedemikian rupa? Ya, benar. Itu termasuklah sekali dengan Mieya. Mieya perasan, masih ada 2-3 azam/impian yang Mieya gagal untuk mencapainya.

Tentang apa isi azam/impian Mieya tu, tak dapatlah Mieya kongsikan disini bersama kalian. Bak kata Siti Nurhaliza, Biarlah rahsia dulu ye.

Okey, berbalik kepada persoalan yang Mieya ajukan di awal entri tadi. Kenapa ramai yang gagal dalam merealisasikan azam tahun baru mereka.

Baiklah, disini Mieya spesifik kan pada azam untuk mencapai matlamat kecergasan. Jenuh korang nak membacanya kalau Mieya terangkan untuk semua azam sekaligus.


  • Kita tak suka kan perubahan
Memang dari awal lagi, matlamat utama kita adalah untuk kurus. Tapi, tiada sesiapa yang sukakan perubahan - contohnya : Menukar sarapan lazat yang telah kita nikmati selama bertahun-tahun (menu sarapan nasi goreng ditukar dengan biskut rendah lemak) Its hard to break the habits.

Some of us maybe able to bear the changes hanya dalam jangka masa yang pendek dan GAGAL diteruskan untuk jangka masa yang panjang kerana bosan.

So, apa yang Mieya boleh cadangkan ialah lakukan perubahan dengan perlahan-lahan atau hanya tertumpu pada satu perkara sahaja dahulu. As you adjust to those changes, continue making further changes. Yang penting, haruslah ada progress dan perubahan untuk jangka masa panjang.

  • Tiada kesabaran
Kita semua inginkan keputusan penurunan berat badan yang cepat. Tapi kita semua lupa, berapa lama masa yang diambil untuk menambahkan berat badan anda. Misalnya, dalam dua tahun. Dan tiba-tiba nak tengok perubahan pada badan dalam masa dua hari? Cuba fikir, adakah ini logik atau tak?

Of course lah tak logik. So, apa yang perlu korang lakukan ialah sabar. Bukannya tak boleh nak dapatkan results drastik sebegitu, tapi kebanyakan daripada kita tak punya disiplin serta tak tahu macam mana nak menjayakan azam tersebut. 

  • Matlamat tidak realistik
Ramai yang ingin kelihatan cantik dan mempunyai potongan badan yang menarik macam model. Tapi, hanya banyak menonton televisyen dan membelek-belek muka surat majalah tanpa melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Adakah ini munasabah?

Tentu sekali tidak. Apa yang perlu korang lakukan ialah carilah matlamat yang serasi dengan kehidupan, umur dan gaya hidup korang. Also, mulakan dengan matlamat yang sederhana, reach those targets dan teruskan lagi usaha anda.

  • Tiada panduan
Sama lah macam memandu dalam gelap tanpa peta (panduan/arah tuju). Hanya menyerah kepada nasig semata-mata untuk mencapai matlamat. 

So, carilah panduan. Sama ada melalui internet, ataupun ahli keluarga dan kawan yang sesuai. Kalau boleh, dapatkan panduan daripada orang yang berkelayakan. People like them, can help you to analyze your current lifestyle dan dalam masa sama, akan tentukan matlamat yang munasabah.

  • Kurang pengetahuan
Ini lebih kurang sama sahaja dengan tiada panduan. You need to know how to control your weight and your health. Its not about luck. Sesetengah orang, mengunjungi gym hari-hari. Tapi masih gagal dalam mencapai azam mereka. Kenapa?

Sebab mereka tak tahu macam mana dan aktiviti di gym kebanyakannya bercanggah dengan matlamat mereka. So, dapatkan rujukan daripada mereka yang pakar.

P/s : Entri ini dicopy sedikit dari google dan selebihnya diolah mengikut citarasa sendiri oleh Mieya.


Baru Dapat Update Blog

Assalamualaikum wbt dan hai hai hai semua :)

Marilah beramai-ramai mengucapkan tahniah kepada Mieya dek kerana telah meninggalkan blog tanpa sebarang update untuk berkurun lamanya. sehingga menyebabkan para pembaca datang dan pergi berlalu begitu sahaja gara-gara tiada input yang bermanfaat untuk mereka semua.

Sedar tak sedar, dah lama blog kesayangan Mieya nie ditinggalkan sepi. Entri yang diupdate sebelum nie pon majoritinya adalah entri autopublish. Ketiadaan laptop beserta berukband disisi merupakan antara penyebab utamanya.

Walau bagaimanapun, Mieya tetap membuka laman dashboard blog melalui smartphone Samsung cikai Mieya tu hari-hari. Nak update blog, line internet macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Jadi, nak tak nak, Mieya terpaksa menjadi pemerhati dan pembaca setia komen-komen yang diutarakan.

Padahal dalam hati, memberontak nak update blog, nak blogwalking serta membalas komen-komen kalian. Tapi hampa, berbekalkan line internet yang bersifat demikian, semua aktiviti yang direncanakan tak dapat dilaksanakan.

Tapi, In Shaa Allah. Untuk hari-hari yang mendatang, blog Mieya akan kembali berfungsi seperti biasa. Aktiviti berblogwalking, menghupdate blog, komen-komen, perkongsian ilmu, cerita atau apa-apa sahaja akan dijalankan seperti biasa juga. Jangan risau.

Btw, hari ini bermula sudah cuti mid sem Mieya. Yeppi, sudah semestinya lah Mieya kini sudah kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Kalau tak, sampai ke la nie lah blog Mieya Atiera nie tak berupdate. heheh

P/S : Actually, ada banyak lagi benda yang nak Mieya kongsikan bersama kalian. Mungkin kalau berkesempatan nanti, Mieya update lagi ye? Salam bertemu lagi semua :)



Tarikh cantik bukan penentu segalanya

Sume pakat syok je bila tarikh 12-12-12 datang .. Tapi , dalan kegembiraan yang datang pasti ada kegembiraan yang sedia ada diragut daripada anda semua kan ?

Yela , itu semua takdirnya .. Aku rasa macam poyo je orang yang ambil tarikh cantik-cantik as their couple date , nak beli phone baru , nak beli haiwan baru ..

Ingatlah , tarikh tu tak ada apa pun sebenarnya .. Andai kata dah nak jadi sesuatu bencana , bila-bila pun boleh .. Bukan tarikh yang genap-genap je ..

Bukan aku kata tak boleh nak gunakan tarikh sebegitu untuk event korang .. Tapi biar berpada-pada .. Jangan terlalu obses sangat , dah gaya macam orang barat je ..

Aku pun teringin kadang-kadang nak ambil tarikh macam tu untuk buat apa-apa event .. Tapi buat masa ni aku berfikir , biar je lah takdir yang menentukan ..

Demi Matahari by SNada | Lirik Lagu

Assalamualaikum wbt :)

Mood hari nie, Mieya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang satu lagu nie. Yang mana, Mieya rasa sangat-sangat mendalam makna yang tersirat di sebalik lagu nie jika diteliti bait-bait lagu nie.

Untuk pengetahuan, Mieya baru sahaja pertama kali mendengar lagu nie. Itu pon semasa berada di minggu MDS yang lepas. Dan Mieya rasa, lagu nie sangat-sangat terkesan di hati Mieya sekarang nie.


Lirik Demi Matahari - Snada


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Thank you Nuffnang - Maxis Roaming Peace Of Mind

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Pagi-pagi hari nie, Nuffnang dah buat Mieya tersenyum penuh rasa bahagia. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Setelah hampir sebulan tidak menerima sebarang iklan berbayar CPUV daripada pihak Nuffnang.

Namun, siapa sangka? Blog cikai Mieya nie, masih lagi diberi perhatian. masih lagi diberi kepercayaan dalam menjalankan iklan-iklan daripada pihak mereka. Terima kasih Nuffnang !


Dan CPUV campaign kali nie datangnya daripada Maxis Roaming Peace Of Mind. tuuu dia BE yang baru je diiklankan dalam blog cikai Mieya nie. Walaupun dah hampir seminggu iklan maxis nie berjalan, tapi earning masih lagi di tahap sederhana. Maklum lah, tiada masa yang khusus untuk berblog. Maaf.

So, bagi korang yang merancang ke luar negara tu, boleh lah gunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Maxis iaitu Maxis Roaming Peace Of Mind nie. Memang berbaloi-baloi.



Akhirnya, habis juga MDS saya !!

Assalamualaikum wbt. Hai semua :)

Ada ke sesiapa di kalangan kalian yang sedang merindukan Mieya di kala ini? Ada ke sesiapa? Anyone, sila mengaku cepat !!! (macam lah ada kan) Okey, perasan kejap -,-"

Selama hampir seminggu tidak menatap wajah kesayangan hamba yakni merangkap blog kesayangan Mieya nie. Terasa blog dengan Mieya tersangat lah asing rasanya di saat ini. Mungkin dek kerana penat setelah melalui aktiviti yang meletihkan (mewangi-wangikan diri) iaitu, MDS atau lebih dikenali sebagai Minggu Destini Siswa.

Siyes, wa cakap sama lu. Kalau lah diikutkan sangat hati kecilku yang rapuh ini, sudah semestinya akan ada linangan yang mengalir sama gara-gara tak tahan telinga. Tapi, alhamdulillah. Mieya berjaya juga harungi segala rintangan tersebut dengan penuh rasa sabar dan tabah.

Terima kasih kepada kawan-kawan semua kerana sudi singgah melawat ke blog Mieya hari-hari tanpa merasa jemu. Terima kasih kerana sudi memberi komen-komen yang positif di entri yang lepas dan terima kasih untuk semuanya.


Ini pun, Mieya masih lagi tidak berkesempatan untuk menerjah serta membalas semula segala macam komen-komen bernas daripada kalian semua. Minta maaf ye. Kekangan masa membataskan segala-galanya.

In Shaa Allah, jikalau ada masa yang terluang akan Mieya singgah semula ke blog korang disamping menghupdate lagi entri-entri baru dari semasa ke semasa.

P/s : Minggu depan dah mula dah kelas kuliah. Padahal hari nie (bersamaan dengan hari Jumaat) Mieya baru sahaja selamat sampai di rumah yang tercinta. Hari Ahad mesti pulang semula ke Uitm Penang. hihi


Hari Pendaftaran Kemasukan ke Sem-2 UITM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Benar. Memang benar apa yang diperkatakan orang selama ini. Bila kita kembali memegang takhta gelaran sebagai seorang pelajar. Semuanya bakal mengubah segala-galanya.

Kalau dulu, sentiasa ada 12 jam melekat di hadapan laptop kesayangan.
Sekarang dan akan datang, mungkin akan dikurangkan kepada 2-4 jam sahaja.

Kalau dulu, sentiasa berusaha mengerah kepala otak demi mendapatkan secebis idea untuk menaip entri.
Sekarang dan akan datang, mungkin akan lebih mengerah kepala otak pada pelajaran.

Kalau dulu, setiap hari pasti akan ada entri/update terbaru daripada Mieya.
Sekarang dan akan datang, mungkin akan ada seminggu satu entri atau mungkin juga tiada.

Kalau dulu, sentiasa ada masa lebih untuk berblogwalking ke sana sini dengan bebasnya.
Sekarang dan akan datang, mungkin aktiviti tersebut akan dikurangkan atau mungkin tiada langsung.

Apa kejadah nya Mieya menaip entri sebegini hari nie? hihi saja. Mana lah tahu, kalau-kalau korang rindu kan Mieya nanti (sila muntah hijau sekarang) dapat juga lah secuit dua entri sebagai pengubat rasa.

Okey lah. Untuk minggu ini dan akan datang, mungkin Mieya tak dapat mengaktifkan diri buat seketika. Maklum saja lah. Minggu ini kan bakal bermulanya Minggu Destini Siswa (MDS) atau secara ringkasnya, minggu orientasi, minggu suai kenal, mesra-mesra dengan warga UITM Bukit Mertajam yang lain.

Harap-harap, minggu ini akan segera berakhir dengan pantasnya. haha....       to be continued !



Tentang Tiga Perkara

Assalamualaikum wbt :)

Entri pendek je untuk edisi kali nie. Maklum saja lah, entri auto-publish. Diharapkan, perkongsian ilmu untuk kali nie memberi manfaat yang berguna buat semua :)



 TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI

1. Waktu
2. Perkataan
3. Kesempatan


ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA

1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam, Iri Hati, Dengki.

ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA

1. Cinta Kasih
2. Keluarga
3. Sahabat




Terpaksa Menerima Kenyataan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

Wah, kebelakangan nie Mieya perasan, Mieya asyik bercerita pasal kisah kehidupan Mieya je kan kat blog Mieya nie? Entri-entri yang berinformasi seperti berita semasa, tips-tips dan apa-apa sahaja yang berguna, semakin dipinggirkan.

hohoiiii. Maaf. Mood berblogging masih lagi dalam keadaan suam-suam kuku saja. Macam feri yang sedang berada di tengah-tengah laut. Di mana airnya yang sedang bergelora lagi-lagi selepas hujan turun dengan lebatnya. Cuba bayangkan macam mana?

Ditambah lagi dengan line berukband (broadband) yang agak menguji tahap kesabaran bagi Pak Meon yang tak sabar nak ke pesta muda-mudi. Tapi bagi mereka yang masih lagi mampu bersabar macam Mieya nie. Fuhhh, nasib baik lah kan.

Ini pun nak siapkan entri kali nie memakan masa dua jam lebih gara-gara melayani masalah line broadband yang lembab mengalahkan siput. Nak kata Mieya dah terlebih guna sampai kena quota limit tu, sangat lah mustahil. Nak kata hujan kat sini, takde lah pulak. Haishhh, pelik lah.

Tapi, tapi.. mengenangkan lagi beberapa hari lagi blog akan ditinggal buat sementara, Mieya cekalkan juga hati dalam menghupdate entri ini. Diharapkan korang yang membacanya juga lebih bersemangat waja berbanding Mieya.

Hari ini sahaja, ada dua tiga benda yang harus Mieya settle-kan dengan kadar yang super cepat. Terpaksa batalkan perkara-perkara lain dengan segera


  • buat akaun bank Islam dan juga CIMB (kalau tak, tak boleh tunaikan cek PTPTN)
  • cip kad pengenalan tak boleh baca, terpaksa balik rumah ambil surat beranak -.-'
  • bayar yuran pengajian UiTM
  • kemas barang-barang keperluan
  • Susun borang-borang yang diperlukan semasa mendaftar
  • beli barang-barang dapur



Banyak banyak lagi hal yang perlu diuruskan dengan segera. Kalau ditangguh, bermaksud semuanya akan tergendala dan akan menyebabkan kepeningan yang melampau kepada Mieya.

Ingat dulu, waktu zaman hingusan Mieya dulu, nak masuk U nie senang. Siapkan diri dan terus masuk, macam gitu je. Tapi realitinya..... Ugh, penat, pening semuanya ada !

P/s : Bagi mereka yang ter"miss" entri yang lepas, mesti akan ada yang tertanya-tanya. Ke mana arah tuju Mieya lepas nie? Mieya nak pergi ke mana? kan kan^^ sila angguk-angguk atau geleng-geleng kepala anda !

Actually, kurang dari 72 jam daripada sekarang, Mieya bakal mendaftar masuk ke UiTM Bukit Mertajam dalam program Diploma Kejuruteraan Kimia. Doakan yang terbaik untuk Mieya :)


Segmen Eraz Fadli : Pencarian Bloglist

Assalamualaikum wbt :)

Kali ini, Mieya nak lapangkan fikiran seketika dengan menyertai segmen Pencarian Bloglist yang dianjurkan ole Bro Eraz fadli nie.


Tarikh tutup penyertaan : Hari Ini bersamaan Rabu jam 11.59 p.m



Denaihati singgah blog Mieya lah

Assalamualaikum wbt :)

Dua tiga hari ini, sedikit kelam-kabut bagi Mieya. sehingga kan nak berblogwalking sambil membalas komen kalian pon terpaksa ditunda ke hari berikutnya. Ini pon, Mieya masih lagi mengumpul kudrat dalam membalas komen-komen kalian.

Namun begitu, ada sesuatu yang sangat-sangat menarik hati dan tumpuan Mieya di tika dan saat ini. Amboi, macam tajuk lagu rock 90an nyanyian kumpulan Medicine pulak kan? heheh

Okey, kembali kepada tujuan asal entri kali nie. Nampak tak tajuk entri kali nie? Sambil-sambil tu sila baca lagi sekali.


Waaaa.. Bro Denaihati singgah melawat sambil tinggalkan komen lagi di blog cikai Mieya nie. Terima kasih sudi singgah ke blog Mieya nie.

Padahal sebelum nie, Mieya ada buat entri pasal beberapa orang blogger tempatan yang nama mereka memang dikenali umum. Cuma, terlupa nak selitkan nama Bro Denaihati sekali. hihi maklumlah memori kat kepala hotak nie bukannya besar sangat sampai nak masukkan nama semua orang sekaligus dalam satu entri.

Seriously, Mieya memang excited gila nak berblogging, nak update entri secara pukal sampai terjojol bijik mata kalian gara-gara dashboard korang dipenuhi dengan entri Mieya. Tapi itulah, masa sangat-sangat mencemburui Mieya.

Sekarang nie, setiap perkara yang ingin Mieya lakukan, setiap kali itu juga anak mata Mieya akan memerhatikan jam. Maklum sahaja lah, masih banyak hal lain yang perlu Mieya selesaikan dalam masa terdekat tu.

Dan rentetan itu, banyak aktiviti yang berkaitan dengan blog terpaksa Mieya ke tepi, ke tengah dan ditolak ke tepi balik. Ibaratnya, Mieya sedang berada dalam keadaan dilema. Nak buat apa? Nak mulakan daripada mana? Nak itu. Nak ini.

Jadi, sila jangan bertanya andai jika satu hari nanti tiada entri baru langsung daripada blog Mieya nie ye. Niat dalam hati, kalau boleh Mieya tak nak dan takkan sesekali berhenti berblogging. Tapi itulah, demi masa depan yang belum pasti, sesekali Mieya perlu juga berkorban masa, hobi, tenaga, rasa, jiwa dan raga.

P/s : Mieya pasti merindukan zaman berblogging setiap masa, tahun, bulan, hari, jam, minit dan walau sesaat pon. Jadilah. :')


Penat Berjalan, Luas Pandangan Mata

Assalamualaikum wbt :)

Tajuk entri tu sepatutnya ialah Jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi telah ditukar mengikut sesuka hati Mieya. hihi jangan ditanya kenapa, layan je ~

Diikutkan hati, sepatutnya semalam lagi Mieya dah up-kan entri nie (publish terus). Tapi disebabkan rasa penat kemain di samping lenguh-lenguh yang melanda diri ini. Lantas, menyebabkan niat untuk menghupdate blog tersayang terus terbantut.

Jika dikira-kira, hari ini bersamaan dengan  hari Isnin, iaitu 19 November 2012. Ini bermakna, kurang dari 5 hari lagi Mieya bakal merantau jauh di negeri orang. Nak kata jauh, sebenarnya takde lah jauh sangat pun. Still berada dalam Malaysia lagi, tetapi di lain negeri.

Sudah semestinya, di minggu-minggu terakhir inilah menjadi hari yang paling sibuk bagi Mieya seorang. Mana nak kemas barang, mana nak cari barang-barang keperluan, mana nak tunggu geran wang pendahuluan PTPTN lagi, mana yang nak berurusan di bank lagi serta bermacam-macam lagi lah.

Kelmarin (Sabtu), hampir 4 jam Mieya membazirkan masa serta mengerah otot-otot kaki dan tangan supaya bekerja lebih kuat daripada hari biasanya. Mieya sambil ditemani oleh adik Mieya, telah merendek (jalan-jalan) ke Sunway Pyramid.

Tujuan asal sebenarnya, nak cari barang-barang seperti alat tulis, kertas-kertas, fail dll bersempena nak masuk ke universiti nanti, sekaligus menghiburkan hati masing-masing setelah sekian lama tak keluar window shopping bersama.

tak sempat nak berphotoshoot bagai sebab terkejar-kejar nak cari itu dan ini. 

Hal ini juga menyebabkan Mieya tak sampai hati untuk meninggalkan blog tanpa sebarang update. Dan akhirnya, tercetuslah idea di entri yang bertajuk Blogger Dalam Majalah Remaja edisi 15 Nov sebagai entri auto publish.

And then, di sebelah petangnya.. Sekali lagi Mieya dan adik, telah diajak keluar berjalan-jalan di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur oleh abang Mieya. Hmmm.. rasanya, ini merupakan kali keempat Mieya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.

Kali pertama, Mieya bergerak dari KL Sentral ke Muzium Negara bersama dengan kawan-kawan sebab nak siapkan kerja khusus Tingkatan 3. Itu pon sebab nak siapkan Folio, kalau tak jangan mimpilah Mieya akan menjejakkan ke sana.

Kali kedua, semasa berlangsungnya pesta buku di PWTC pada tahun 2011. Masa tu, Mieya berada di Tingkatan 4 dan bergerak ke sana dengan kawan-kawan. Di mana ada satu peristiwa tragis yang telah berlaku, iaitu peristiwa Mieya kehilangan handphone Sony Ericsson tersayang. wuwuwu~

terus merajuk tak nak ke sana lagi dah -.-" 

Rasanya, dah 5 tahun, Mieya menggunakan khidmat beliau dan akhirnya beliau hilang tercicir begitu sahaja. Putih mata Mieya masa tu. Pulang ke rumah dengan muka yang penuh masam mencuka. Bebudak yang konon-kononnya nak mengorat, terus tak jadi mengorat. Sebab takut punya pasal !


Manakala, kali yang ketiga adalah pada tahun lepas semasa Mieya berada di Tingkatan 5. Di mana Mieya bersama rakan-rakan sekelas mengadakan lawatan khas ke PetroSains dan juga Aquaria. First time dapat tengok Menara KLCC betul-betul di depan mata, dapat masuk pulak tu.


Padahal jarak di antara Petaling Jaya dengan Kuala Lumpur, hanya menjangkau masa beberapa minit sahaja. Tapi itu lah, Mieya nie kan buta jalan, buta arah tuju atau senang cerita, buta KL. haha baru terserlah sikit kejakunannya bila dapat menjejakkan kaki lagi di Kuala Lumpur.

Kali nie, Mieya dan adik telah dibawa ke Jalan Masjid India oleh abang Mieya. Baru lah kenal nama-nama jalan sekaligus kenal tempatnya sekali. Selalunya dengar cerita daripada mulut-mulut orang je. Dapat bayangkan macam gitu-gitu je. At last, dapat juga merasa pergi ke sana. 


Serius, memang best. Kebanyakan barangan yang dijual sangat-sangat murah. Kalau biasa beli tudung sarung kat pasar 10 ringgit sehelai. tapi kat sana, 10 ringgit boleh dapat 3-4 helai tudung. Gila murah dan berbaloi-baloi harganya !

And then, pergi ke Kamdar sebab nak cari kain hitam dan putih untuk dibuat baju kurung semasa hari orientasi nanti. Mana lah tahu, kalau-kalau baju ini diperlukan nanti. Kang tak pasal-pasal nak pusing keliling Penang semata-mata nak cari baju nie je. Haihh, naya je !

Okey lah, Mieya rasa, sampai disini sahaja dulu entri untuk kali nie. Sebenarnya ada lagi sambungan ceritanya. Cuma takut korang yang tak larat nak baca entri yang meleret-leret nanti.

P/s : Maaf, kerana terpaksa membiarkan korang membaca entri non-stop gara-gara terlebih panjang. Maklum sahaja lah, terlampau banyak cerita yang nak Mieya kongsikan sampai tak tahu nak mulakan dari celah mana. 


Feeling Unwell..

Assalamualaikum :)

Hai semua^^

Entri pendek sahaja yang dapat Mieya sajikan kepada kalian semua untuk kali ini.

Mohon maaf.

Mieya masih lagi dalam proses membaik pulih semangat serta meng-upgrade mood untuk menaip entri yang akan datang.


Rasanya, banyak sangat cerita yang ingin Mieya kongsikan bersama kalian. Namun, dek kerana si empunya blog agak kurang sihat di kala ini...

Misi pulun update entri tanpa henti akan ditunda ke hari lain. Sehubungan itu, aktiviti berblogwalking serta berbalas komen dan kunjungan balas kalian juga akan disambung nanti.

Insyaallah.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi melepak seketika di blog Mieya nie. Tag Mieya di sana sini. Mieya sangat-sangat menghargainya.

P/S : Gambar tiada kena-mengena dengan tajuk entri kali nie. Tiga per lima daripada komen di blog Mieya telah pon selamat dibalas. Manakala yang selebihnya.. haha tunggu esok okey ? :)




Blogger Dalam Majalah Remaja. Eh, macam kenal !

Assalamualaikum wbt :)

Semalam bersamaan dengan 15 November 2012. Seperti biasa, bagi pembaca tegar majalah Remaja seperti Mieya. Sudah semestinya akan ke kedai buku berhampiran bagi memenuhi kehendak hati menjamu mata dengan fesyen-fesyen terkini, hal-hal yang berkaitan dengan cintan-cintun sehingga lah ke ruangan blogger.

Dan bila Mieya belek-belek kat ruangan blogspot, Mieya terperasan dengan dua buah blog yang sangat-sangat familiar di hati Mieya semenjak bertapak di dunia blogging nie.


Blog pertama merupakan blog Sis Yuyu Zulaikha. Di mana Mieya sering jadikan blog beliau sebagai sumber inspirasi bagi diri Mieya untuk terus berblogging. Kalau boleh, Mieya nak jadi seperti dia. Rajin berusaha dalam mencapai sesuatu kejayaan yang diimpikan.


Manakala blog yang kedua merupakan blog Maria Elena. Blog nie pon Mieya selalu juga singgah setiap kali ada update terbaru. Bukan apa, Mieya suka sangat dengan gaya penulisan sis Maria yang sangat-sangat simple, santai dan mudah untuk difahami.

Semestinya korang semua yang bergelar blogger pon dah sedia maklum dengan blogger retisss seperti mereka nie kan? Misalnya Fatin Liyana, Haniz Zalikha, Jejari RuncingBen Ashaari dan juga juniornya, Qhalif, Lyssa Faizureen, Nisa Kay dan ramai lagi lah. (tak larat lah kalau nak cerita pasal semua kan?)

Dan bila Mieya belek-belek lagi majalah tersebut. Mieya terjumpa akan satu artikel yang sangat-sangat menyentuh perasaan bagi sesiapa yang membacanya. Tak lain dan tak bukan, semestinya artikel di ruangan Realiti Hidup.

Mula-mula, mesti lah tengok pada gambar dulu kan?



Sekali pandang, macam Mieya pernah tengok si gadis yang cantik manis nie. Dua kali pandang, memang sah dialah orangnya, iaitu Zoey Zauyah. Siapa sangka, di sebalik riak wajahnya yang ceria. Rupa-rupanya dalam diam, Sis Zoey menghidap penyakit jantung berlubang dan paru-paru tekanan tinggi.


Mieya selalu lah juga tengok video-video tutorial daripada beliau dan dalam masa yang sama turut mempelajarinya sekali. Sesungguhnya, tersangat lah banyak ilmu yang diperkongsikan oleh beliau, khas untuk para perempuan sekalian.

Semoga Sis Zoey sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan tuhan. Setiap perkara yang terjadi dalam hidup dan diri kita, pasti ada hikmah disebaliknya. Hadapilah segala masalah dan dugaan mendatang dengan hati yang tenang.

P/s : Maaf, jika kehadiran gambar yang banyak ini menyukarkan sesi blogwalking korang.

Kalau korang nak masukkan blog dalam majalah Remaja, kena lah beli majalah Remaja dan ada borang dalam tu. Isi dan poskan. Senang kan?



Resepi Apam Gula Hangus Lembut, Enak & Sedap

Assalamualaikum wbt :)

Dah nampak tajuk entri kali nie? Yup. kali nie, Mieya nak kongsi resepi campak-campak bahan, pukul dengan penuh kasih sayang. Lepas tu, gaul dengan lemah lembut. And then, kukus sampai masak. Dah siap, tunggu dalam 2 ke 3 jam dan makan sambil tengok tv. hehe

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat apam gula hangus serta cara-cara nak mengadun bahan-bahannya pon tak cerita lagi. Terus je skip dan cerita pasal kek dah siap. hahaha aci tak kalau macam nie?


Bahan-bahan :
1 cawan gula + air (dimasak di atas api sampai gula hancur)

3 biji telur
1 cawan gula
1 setengah sudu kecil baking powder
1 cawan santan/susu cair
2 setengah cawan tepung gandum

Cara-cara :
1. Cairkan gula pasir bersama air sehingga menjadi perang. Biarkan sejuk dan ketepikan.
2. Pukul telur bersama gula sampai kembang.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
4. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 30-45 minit. (senang cerita, cucuk-cucuk je dengan lidi and then, tengok sama ada dah masak ke belum)

Actually, dah lama Mieya tak makan kek nie. Sekali makan, mesti nak makan lagi sampai lah habis. Sambil-sambil makan tu, Mieya suka belek-belek rupa lubang yang terdapat pada kek nie. hihi dasar takde kerja kan?

P/s : Masukkan dalam acuan pon boleh sebenarnya. Tapi, disebabkan untuk hidangan pukal, takde lah Mieya buat.


Doa Awal dan Akhir Tahun | Salam Maal Hijrah Untuk Semua !

Assalamualaikum wbt :)

Pejam celik pejam celik, lagi beberapa jam sahaja daripada sekarang, kita akan bertemu di tahun baru dalam kalendar Islam, iaitu tahun 1434H.

Marilah sama-sama kita mengambil masa sedikit untuk mengimbau kembali apakah pengertian yang sebenarnya di sebalik bulan muharam ini dan juga mengingati kembali peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan muharam itu sendiri.




MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun :)

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARAM : -
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Sunnah Rasulullah di bulan Muharram

Disunatkan pada bulan Muharram ini untuk kita berpuasa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shahihnya dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda,
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah bulan Allah yakni Muharram.” 
Diharapkan permulaan lembaran baru tahun Hijrah 1434 ini dapat kita jadikan sebagai titik tolak untuk kita penuhi tahun ini dengan azam dan semangat yang lebih berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Jadikan tahun ini sebagai tahun untuk kita berhijrah ke arah kebaikan, meninggalkan segala kejahatan dan keburukan. Semoga setiap perlakuan dan perbuatan kita hari ini dan hari-hari seterusnya akan mendapat keberkatan dan diredhai Allah Ta’ala. Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H.



Kena Ngorat

Assalamualaikum wbt :)

Memang benar, seperti apa yang dikatakan oleh Umi Alya di entri yang lepas. Alaaa. entri pasal blog Mieya diganggu oleh Mr. Anonymous (unknown) tu.

Mula-mula, kutuk-kutuk blog Mieya nie lambat loading lah. Lepas je Mieya bangkitkan isu itu di entri, Mieya terima maklum balas daripada si anonymous. Lalu permohonan maaf secara terbuka telah pon Mieya terima dengan hati yang ikhlas. Tapi malangnya, tahap keikhlasan Mieya dalam memaafkan si pelaku diragui.

Bila Mieya check je ruangan chatbox Mieya, Mieya perasan mesej baru yang ditinggalkan si Anonymous. Dan ternyata telahan Umi Alya betul. Si Anonymous nie sengaja je nak tarik perhatian Mieya sebenarnya. Bila Mieya makin melayan kerenahnya, makin menjadi-jadi lah kan gamaknya.


Bila baca je mesej-mesej yang ditinggalkan, Serius Mieya rasa macam nak termuntah pulak. Geli doh. Errrk? hakhak~

Okey. Secara jujurnya, Mieya sangat-sangat menyesal kerana melayan si Anonymous nie. Kalau lah Mieya tahu daripada awal, takkan Mieya layan kerenah-kerenahnya. Okey fine. Mieya memang failed dalam bab yang punya kaitan dengan cintan-cintun nie. (tak belajar pon bab nie lagi kat sekolah dulu)

Tak boleh tangkap apa-apa maksud tersirat di sebalik apa yang berlaku. Cuma boleh tangkap maksud yang tersurat sahaja (yang jelas, nyata dan betul-betul terjadi di depan mata)

P/s : Actually, bukannya Mieya berniat nak memalukan si Anonymous nie. Cuma nak bagitahu, kalau nak berkenalan ke apa ke, biarlah beradab sikit. Kita kan orang Melayu? lalala~



Dapat Invitation dari Nuffnang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)

Semalam, sedang Mieya mendivakan diri Mieya dengan berblogwalking ke sana ke mari dengan girangnya umpama sang lebah terserempak dengan bunga-bunga yang kembang sa-taman. Mieya pon membuka akaun  rasmi yakni tempat Mieya mengumpul emel-emel yang melambak kemain daripada group-group di Facebook, komen-komen serta segala macam khazanah yang lain.

Dan, terlintas juga di hati Mieya untuk meninjau-ninjau bahagian email di kotak spam. Lalu Mieya terjumpa dengan satu email berbaur jemputan daripada Nuffnang.


Ohh, bestnya bila dapat jemputan daripada pihak Nuffnang. Terasa macam diriku ini sungguh berharga walaupun sekarang nie dah berminggu-minggu lamanya tak dapat CPUV baru daripada Nuffnang. Cehh, macam Mieya seorang pulak di Malaysia nie yang mendapat jemputan nie.

wuwuwu, Samsung Galaxy Note II tu..

Niat di hati, teringin sangat-sangat nak join segala macam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Nuffnang. Bila tengok blogger-blogger pergi ke sana ke mari, berkumpul beramai-ramai bersama dengan blogger yang lain. Siap bergambar sama-sama lagi. Mula lah timbul perasaan jeles kemain, meluap-luap lagi jelesnya ada lah.

Tapi, bila difikir-fikir dengan lagi mendalam. Mieya nie dah lah jarang sangat pergi ke Midvalley sana. Kang tak pasal-pasal sesat kat dalam tu, naya ouh ! Kalau ada kawan disisi, takpe lah jugak. Lagipun, minggu depan Mieya dah nak berangkat ke Pulau Pinang. Mana ada masa nak berjimba-jimba bagai lagi.

P/S : Still thinking... thinking and thinking... sama ada nak pergi ke tak.. and so on !


Belajar Untuk Hargai Masa

Assalamualaikum wbt dan hai kawan-kawan sekalian :)

Pada hari Sabtu yang lepas, yakni semalam. Mieya telah ke kedai bersama dengan abah Mieya. Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli seutas jam tangan.

Ada gaya macam karangan Bahasa Melayu bebudak UPSR tak? hakhak

Maklum sahaja lah. Lagi beberapa hari lagi, Mieya akan berambus, get lost, mulus, bolos saja dinding itu dari bumi Selangor, tanah tumpahnya darahku. Okey, enough with merapu-ing bagai, Mieya. Enough and enough. Kang ada juga yang kena makan kasut saiz 7,8.

Sambung balik. Jadi, dalam kehidupan sebagai seorang pelajar, setiap masa/jam yang berlalu adalah sangat-sangat penting dan perlu diuruskan dengan sebaiknya. Kalau tak, hancusss punah lah segala-galanya !

Jam Mickey mouse, still lagi dengan sifat keanak-anakannya.
Mieya ohh Mieya !!!

Misalnya, dalam Surah Al-Ashr pun ada mengatakan bahawa :


'Demi masa.Sungguh manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling manasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.'[ Surah Al-'Ashr 103;3 ayat ]

Masa yang pergi tidak akan berulang kembali.Kegagalan merancang masa adalah kerugian yang sangat besar kerana masa ibarat emas yang perlu dihargai dan ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu 

  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit (sibuk)
  • Hidup sebelum mati



Sebab tu, bila dapat tahu je yang Mieya akan menyambung pelajaran tak lama lagi, dengan segera Mieya meminta jam tangan baru daripada abah. 

Lagipun, last Mieya pakai jam pon awal tahun lepas, sebelum jam tangan Mieya rosak dek kerana terjatuh lalu terhempas ke lantai. wuwuwu jam G-shock pemberian abang Mieya tu ! After that, terpaksa pinjam jam tangan Pooh adik Mieya buat sementara waktu sebab nak exam SPM kan waktu tu.

Jangan ingat masa belajar je kena belajar hargai dan tepati masa tau. Nak berblogging pon kena juga tepati masa. Cuma hari ini, Mieya agak busy sikit sampai nak sentuh papan kekunci laptop nie pon. dah malam baru ada masa sikit. Terus je Mieya gunakan masa yang ada untuk menyiapkan entri untuk kali nie.

Sejurus selepas nie, seperti biasa lah, aktiviti berblogwalking dan membalas komen akan dijalankan. Tunggu ye !!


Maklum Balas Anonymous Terhadap Entri Semalam

Assalamualaikum wbt :)

Entri kali ini merupakan antara rentetan entri semalam yang mana mungkin agak panas sedikit. Kalau ada di antara kalian yang terlepas entri semalam tu, boleh lah terjah ke SINI. Okey?

Kenapa Mieya sebut entri semalam sebagai entri panas sedangkan petang semalam punyalah hujan turun dengan lebatnya? Sebabnya, entyri semalam tu mungkin telah menyebabkan Encik Anonymous kita tak senang duduk lalu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tak tahu lah kan sama ada Encik Anonymous yang tampil membuat permohonan maaf ini adalah individu yang sama ataupun tak. Tapi bila tengok pada address ip, lebih kurang sama.

Dah pandai eja perkataan unknown dah. Tahniah !

Address ip semalam : 113.210.97.110
Address ip hari ini : 113.210.102.16

Kalau betul lah, kedua-kedua address ip diatas merupakan individu yang sama. Firstly, Mieya ingin meminta maaf juga jikalau entri Mieya semalam agak keterlaluan. Tapi, bagi Mieya, perkara sebegini adalah perlu dipandang serius kerana tindakan awak seolah-olah menconteng arang di muka Mieya. Di samping boleh menjatuhkan reputasi blog Mieya.

Untuk pengetahuan, Mieya berblog bukanlah hanya sehari dua. Jika dikira-kira sampai ke hari ini, sudah genap 2 tahun 10 hari Mieya berada dalam dunia blogging. Dan dalam tempoh itu, setahun lebih telah Mieya gunakan untuk mencari maklumat serta mengkaji dengan lebih mendalam pasal blog. Misalnya : 

  • Macam mana nak edit blog, apa yang pengunjung suka dan apa yang mereka tak suka?
  • Macam mana nak cepatkan loading blog? Gadget apa yang perlu dan tak perlu diletak?
  • Macam mana nak tarik pengunjung dan seterusnya maintainkan trafik sekurang-kurangnya 120 sehari?

Dan banyak lagi lah. Coding blog nie pon, Mieya dah beberapa kali tukar. Tak tahulah sama ada para pengunjung semua perasan ke tak dulu. Tapi setiap kali Mieya tukar coding atau edit sana sini, Mieya pasti akan uji tahap kepantasan loading di blog Mieya nie. Wajib !

Gamaknya, Mieya dan blog memang tak dapat dipisahkan. Di mana ada line internet, di situ juga blog akan berhupdate. Tahulah blog cikai Mieya nie tak sehebat blog awak, tapi kalau boleh tegurlah dengan cara baik, lebih berhemah kata orang. Insyaallah, Mieya akan memperbaiki kekurangan tersebut dari semasa ke semasa.

Cuma lepas nie, mungkin aktiviti berblogging, berblogwalking serta membalas komen akan terencat (terganggu) sedikit. Maklum lah, kurang lagi 2 minggu Mieya akan menyambung semula pelajaran Mieya. 

Doakan yang terbaik untuk Mieya, okey? :)


Menjawab Persoalan Anonymous - Blog Lambat Loading

Assalamualaikum wbt :)

Baru je satu petang tak menjenguk blog shumort kesayangan Mieya nie. Bila ada masa yang terluang even sekejap, terus je Mieya cepat-cepat log in blogger.com lalu button View blog diklik. Macam biasa, perkara yang utamanya bila dapat menatap keseluruhan blog cikai Mieya nie, Mieya akan check ruangan cbox Mieya nie.

Scroll down punya scroll down, Mieya terjumpa ini (rujuk pada gambar di bawah)

ip address : 113.210.97.110 

Hmmm, tahu lah lepas nie Mieya mungkin akan jarang online. At least hiburkanlah hati Mieya dengan ayat-ayat puitis yang penuh dengan kata-kata indah, sedap dimakan macam cekelat Choclaire. Keras diluar, cair di dalam. Baru boleh feeling lelebih sikit.

Tapi realitinya... rasa pahit, pahit sekali.

Hai Mr/Mrs Unknkow,

Nak eja satu patah perkataan dalam Bahasa Inggeris sahaja, iaitu perkataan unknown pon tunggang-langgang habis susunan ejaannya. Ada hati nak speaking konon-kononnya. Puihhh ! Tahulah English saya tak hebat macam awak, but atleast saya masih pandai lagi mengeja daripada awak. wkwkwk

Soal blog saya yang awak kutuk sebab lambat loading tu, saya rasa better awak tanya kat kawan-kawan blogger saya yang lain, Okey? Sebabnya, setakat nie takde pulak kawan-kawan blogger kesayangan saya yang merungut, mengadu atau memberi komen bahawa blog saya lambat loading.

Malah, saya tengok, aktiviti berbalas komen antara saya dengan mereka masih lagi berjalan dengan rancaknya setiap hari. Jadi saya rasa, takde timbul masalah blog lambat loading disitu.

Mungkin, berukband awak demam kot semalam. Maklum lah, sekarang nie kan cuaca agak kurang menentu. Musim panas dan hujan sahaja setiap hari. Even saya sendiri pon boleh demam, apatah lagi dengan berukband awak tu kan?

Atau mungkin juga, awak belum bayar lagi bil berukband awak tu? Macam saya, saya baru je bayar bil broadband saya minggu lepas. Dan alhamdulillah, okey je saya tengok. Lagi bertambah laju tempoh loading blog saya nie ada lah.

Cuma sayangnya, saya kesuntukan masa untuk menghupdate blog. Maklumlah, saya kini sibuk dan terkejar-kejar masa untuk mengajar adik saya dalam semua subjek Tingkatan Satu. Lebih kurang 2 minggu sahaja masa yang tinggal untuk saya menyelesaikan sesi pembelajaran adik saya nie.

Jadi nak tak nak, saya terpaksa tinggalkan hobi saya yang kedua nie buat sementara waktu. Walaupun dalam hati memberontak, nak pulun update blog sehari 3-4 entri. huhu

So, kalau awak rasa, awak tak suka dengan blog saya. Sila-sila lah tekan button X kat bahagian atas sebelah kanan skrin laptop awak tu. Senang kan? Lagipun, saya tak pernah paksa awak untuk singgah ke sini.

Salam sayang,
Mieya Atiera


Borang UITM, Cop Pengesahan & Medical Check up

Assalamualaikum wbt :)

Hai kawan-kawan semua ! *sambil lambai-lambai tangan 

Seharian tak dapat mengonlinekan diri dek kerana kurang sihat serta kekangan masa dalam menyelesaikan dua tiga jenis perkara sebelum mendaftar ke UITM nanti. Rindunya nak berblogging, blogwalking serta melepak di blog kawan-kawan semua tidak dapat dibendung lagi. Padahal baru sehari. Haisy, macam mana lah kalau sampai minggu-minggu yang seterusnya kan?

Kelmarin (bersamaan hari Selasa), pagi-pagi lagi Mieya dah menapak ke sekolah bagi meminta Sijil asal SPM dan seterusnya cop pengesahan salinan sijil. Tapi malangnya, terdapat banyak benda yang Mieya tertinggal seperti sijil asal,dan juga salinan sijil-sijil yang lain. Borang-borang UITM yang baru di print semalam pon belum diisi lagi.



Jadi, nak tak nak. Mieya terpaksa mendapatkan bantuan abang Mieya untuk ke kedai photostat. Dalam pada masa yang sama, Mieya menggunakan masa yang ada untuk mengisi borang-borang tersebut. Sejurus siap, terus je Mieya hantar ke semuanya ke pejabat sekolah bagi mendapatkan cop pengesahan sekolah. 

Penat betul melayan kerenah kerani yang kekwat nie. Sekejap nak sampul lah, sekejap itu dan sekejap ini. 
Bila ditanya, bila boleh siap? Jawapannya senang, esok datang pukul 2 petang. Hmmm, nak buat macam mana, dah terdesak nak siapkan kesemuanya segera. Redha je lah.

Dan semalam, seperti yang dijanjikan (tepat pukul 2 petang) Mieya dah terpacak di hadapan pejabat sekolah. Dengan badan yang kurang sihat, pening kepala, selsema, batuk, sakit tekak atau senang cerita demam. Keadaan cuaca yang tidak menentu, (pagi panas terik dan petang pula hujan) menyebabkan Mieya tewas juga kepada demam.

Bertemu muka dengan kerani yang sama. Mieya hanya tunjukkan muka sahaja dan salinan sijil-sijil yang telah  siap dicop dikembalikan semula kepada Mieya. Selesai sudah satu masalah.

Selepas itu, Mieya ditemani abang Mieya ke klinik kerajaan yang berhampiran. Terus je Mieya meluru masuk ke kaunter untuk bertanyakan sama ada boleh ke tak nak buat medical check-up disitu. Alhamdulillah, boleh dengan kos bayaran sebanyak RM20 sahaja. Murah je kan?

Untuk pengetahuan semua, sepanjang klinik kerajaan itu beroperasi, ini adalah kali pertama Mieya menjejakkan kaki ke sana. Padahal bukannya jauh pon, dekat je. Cuma, Mieya nie tak suka sangat ke klinik. Selalu kalau demam pun, Mieya cuma akan ke farmasi sahaja untuk membeli ubat.

Terpaksa tebalkan muka bertanya kepada akak-akak di kaunter. Nak pergi ke bilik nombor berapa, lepas tu bilik mana? Macam mana nombor kita akan dipanggil? Terpaksa lah akak tu terangkan satu persatu. Rupa-rupanya kena letakkan kad di depan setiap bilik yang kita nak masuk. (nampak tak betapa blurrr Mieya disitu?)

Ada kahak yang kelihatan disitu. Maklumlah batuk daan selsema.

Mula-mula, check mata. Lepas tu, ujian air kencing. And then timbang berat, ukur ketinggian. Akhir sekali x-ray, part yang paling menyeksakan bagi Mieya. Banyak kali nak kena ulang x-ray balik gara-gara terangkat bahu, tergerak ke sana sini. huhu Seterusnya, Mieya berjumpa dengan doktor bagi mengisi kesemua maklumat laporan pemeriksaan kesihatan Mieya. 

Hampir 2 jam juga lah Mieya disitu. Biasalah, hari Rabu kan? Kebanyakan ibu-ibu yang mengandung kan sibuk nak buat pemeriksaan pada hari ini. Jadi, secara tak langsung, Mieya pon join sama. hekhek segan nya !

P/s : Jika dikira-kira, lagi 16 hari Mieya akan meninggalkan rumah yang tercinta, yakni tempat lahir Mieya. huhu  Padahal buku bank pon tak buat lagi. Barang-barang, semuanya tak berkemas lagi. (Ada hati nak tinggalkan rumah konon-kononnya)



Akhirnya, keputusan Permohonan UITM diumumkan !

Assalamualaikum wbt :)

Ketahuilah.. Di saat entri ini ditaip, Mieya sedang mengalami sedikit kepeningan kepala dek kerana stress dan terlalu banyak berfikir soal itu dan ini.

Tapi, untuk tidak menghampakan rakan-rakan blogger sekalian yang sering kali berkunjung ke sini, mengambil berat pasa Mieya dan sering memberikan sokongan padu serta kata-kata perangsang kepada Mieya di kala Mieya sedih, kecewa, gemuruh, gelak tawa dan semuanya. Terima kasih kalian semua !!

Mieya gagahi juga diri Mieya, terutamanya jari-jemari dan kepala otak untuk selari bekerjasama bagi menyiapkan entri nie.

Umumnya, mesti korang semua dah tahu kan bahawa keputusan permohonan ke UITM second intake 2012/2013 telah pon diumumkan semalam. Nak tahu tak macam mana perasaannya bila Mieya terpaksa online through phone (itupun, setelah membeli internet dengan bayaran sebanyak RM2) kerana hujan lebat semalam dengan kilat yang sambar-menyambar sana sini. Sampai nak online pon takut-takut.

Dari pukul 2.00 petang, Mieya setia melekat bersama smartphone Samsung cikai Mieya di tangan kanan. Sambil-sambil tu scroll up dan scroll down timeline twitter bagi menghilangkan rasa gugup. And at last, Mieya dapat tahu result ditunda ke jam 5.00 petang. Haish, sabar Mieya sabar.

Dan alhamdulillah. Dalam jam 4 petang tu, hujan mulai reda. Masa itulah Mieya gunakan untuk mengadap lappy kesayangan Mieya nie. Online-online je, Mieya terus buka laman web UITM dengan rakusnya.

Dan dalam pada masa yang sama, Along Mieya telah menghubungi Mieya. Lalu bertanyakan soalan itu dan ini. Banyak juga lah perkara yang dibualkan oleh kitaorang berdua. Daripada soal jawab dapat ke tak, sehingga lah menerbang jauh memikirkan soal masa depan Mieya nanti.

Maka, keputusannya ialah :


Alhamdulillah, syukur ya Allah ! Terima kasih abah. Terima kasih emak. Terima kasih abang-abang, adik-adik serta kawan-kawan blogger semua kerana mendoakan kejayaan ini. Dan kepada emak dan abah inilah hadiah dariku untuk kalian. Terima kasih, akan Mieya berusaha lagi demi kejayaan di masa depan :)

Akhirnya, Mieya dapat juga tawaran belajar yang Mieya pinta selama ini. Lagi-lagi, bidang yang sangat-sangat Mieya idam-idamkan sejak dari dulu lagi. Walaupun keputusan SPM bagi subjek Kimia dulu setakat cukup-cukup makan sahaja (Lulus Atas), permohonan Mieya berjaya juga diterima. Alhamdulillah.

Dengan tanpa memandang ke belakang lagi, Mieya terus menekan button Terima sebagai tanda persetujuan untuk mengikuti program yang ditawarkan.

Serius, Mieya masih lagi speechless sekarang nie. Masih lagi terpinga-pinga, tak tahu nak cakap apa lagi. Padahal diri sendiri tak perasan, entri dah berjela-jela panjangnya. Siap boleh dijadikan sebagai mukadimah novel, yang dibaca sekerat demi sekerat. -,-"

Btw, Mieya dah pernah ke Pulau Pinang dua tahun lepas. Itupon rombongan sekolah sebab dapat result gempak masa PMR dulu. Walaupun tak sempat nak merasa pasembur masa tu, tapi takpe. Asalkan dapat pengalaman yang paling bermakna dan penuh dengan kenangan indah disana. Dan kali nie, Mieya akan ke sana lagi. Yeayyy !

Tapi, dengar cerita.. Kampus kat Pulau Pinang tu sementara je. Kampus tetap, di Pasir Gudang, Johor nun jauh kat ceruk sana. hukhuk

P/s : perasan tak, dah berapa kali "dan" yang Mieya perkatakan sejak dari awal entri tadi? Habis failed kertas BM kalau time SPM tulis macam nie. Btw, doakan yang terbaik untuk Mieya ye semua :)