Interview Kerja

Assalamualaikum wbt. Hai semua :)

30 April 2013, merupakan hari yang paling bersejarah bagi diri seorang Mieya. Buat kali pertamanya dalam hidup, Mieya menghadapi interview pertama Mieya. huhuhu Selama ini dengar je dari mulut-mulut orang mengenai pengalaman kena interview. Tapi kali ini Mieya pulak rasa.

Oh tidak. Dah lah dengan tak prepare apa-apa langsung. Dapat tahu daripada abang Mieya, on the spot malam semalam. yakni sebelum Mieya keluar untuk attend meeting bersama para petugas yang lain. Di mana ada kekosongan jawatan di tempat kerja beliau.

Pulang sahaja dari meeting, tepat jam 12 tengah malam. terus Mieya geledah seluruh pelusuk almari kat rumah. Cari sijil-sijil yang berkenaan. Susun dengan kemas, teratur dan sistematik ke dalam fail.

Dan dengan riak muka selambanya (bajet cool) seperti selalu, pagi tadi terus Mieya melangkah masuk ke dalam office. Lepas isi application form, terus sahaja Mieya berjumpa dengan bos untuk diinterview.


Serius, rasa macam jantung berdegup dengan kencangnya sebab nervous ya amat. Rasanya kalau orang lain tengok Mieya pon, boleh gelak sambil guling-guling lagi. wkwkwkwk

Tapi nasib baik, bos abang Mieya tu baik. Tak rasa macam tengah interview nak minta kerja, sebaliknya rasa macam tengah sembang dengan pakcik-pakcik kita pulak. kehkeh gasak betul Mieya ni.

Btw, segala keputusan terletak di tangan bos besar kat Pulau Pinang. Sama ada dapat atau pon tidak, akan dimaklumkan melalui abang Mieya, Sebabnya kat sini, cuma ada bos kecil je.

Doakan semoga Mieya dapat ye semua^^


Cuba Nasib..

Assalamualaikum wbt :)

Masih ingatkah kalian dengan entri mengenai Nuffnang Blogbuster yang Mieya post dua tiga hari lepas? Haa.. adakah Mieya sudah berubah fikiran lalu bertindak untuk ikut serta dengan gelombang gwiyomi?

Eh, takde lah. Jangan salah anggap ye. Bukan Mieya yang terlibat, tapi adik Mieya. Manakala, Mieya cuma aktif dengan gelombang biru je. hekhek

Actually, Mieya telah meminta pertolongan daripada adik Mieya untuk mencuba nasib dengan bergwiyomi untuk Nuffnang DiGi K-pop Contest Blogbuster nie. And alhamdulillah, she's agreed. Yeay !

Punya lah jenuh Mieya rakam, edit, cut, edit.. bagi sama rentak dengan lagu. and at last, siap jugak. Fuhhh.. Bukan senang nak buat video pendek dalam tempoh 15 saat tau. Muzik lagu Gwiyomi (setelah dipotong) tu pon dah melebihi 20 saat, itu belum ditambah dengan gaya gwiyomi nya lagi lah.


Kali ini, cuba nasib dengan 3 video. Kalau ada rezeki, syukur alhamdulillah. Kalau takde rezeki, takpe lah. Boleh cuba di masa lain.

P/S : Tak dapat nak terjah blog kalian, seminggu yang terakhir ni Mieya sangat-sangat sibuk. Ditambah pula dengan broadband yang dah limit. Lagi merumitkan keadaan. Insyaallah, lepas PRU 13 nanti Mieya balas jejak kalian kembali. Harap memahami.

Terima kasih.


Tabahkanlah hati ini..



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa yg telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Amin 

Pelik lah..

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama sebenarnya Mieya perasan akan hal ini. Cuma tak berapa nak ambil peduli sangat, just pandang sipi sipi. And then terus close tab tanpa berpaling lagi.

Haih, apa benda pula yang sedang Mieya perkatakan sekarang nie?

Haaaa... cuba tengok gambar tu dulu.


Ini total earning di akaun Nuffnang Mieya. Jumlah keseluruhan terpaksa Mieya cover kan atas alasan tak mahu dianggap riak atau menunjuk-nunjuk. Bukan niat Mieya nak bermegah atau apa, cuma nak berkongsi sahaja.


Yang nie pula, jumlah keseluruhan earning di bahagian bawah sekali. Pelik betul, macam mana boleh terlebih satu sen nie? ke pihak Nuffnang pening sampai tersalah kira?

And bila Mieya selidiki, rupa-rupanya..


Ada satu lagi CPUV campaign yang menyelinap masuk secara senyap-senyap ke dalam blog Mieya. Serius, Mieya langsung tak perasan akan kehadiran cpuv dari Women March 2013 nie. Entah bila cpuv nie masuk pon Mieya tak tahu. And yang lagi mengejutkan, dah credited dah pon earning nya.

Apa-apa pun, terima kasih Nuffnang sebab sudi lagi bagi Buffered earning kat blog Mieya nie. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak.


DIY : Cara Membuat 3D Paper Heart


Kreatif kan? 

Boleh dijadikan sebagai hiasan dinding. Nak try buat lah nanti. ^^


CPUV Ke 8 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Serius Mieya betul-betul tak sangka, blog ini masih diberi CPUV Campaign oleh Nuffnang. Maklum lah, trafik blog Mieya ni semakin tak cun sejak akhir-akhir ini. Salah sendiri jugak, jarang ada masa yang khusus untuk berblogwalking seperti dulu.

Walau bagaimanapun, blog tetap update. Mungkin ini dinamakan rezeki berblogging. Alhamdulillah.


CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaign kali ini adalah dari Hotlink Twitter Freezone. Wah, macam tahu-tahu sahaja yang Mieya nie pengguna setia Maxis yang rajin membeli internet untuk tujuan bertweeting.

Tapi sekarang, dah jarang sangat bertweeting. Tapi lebih kepada scrolling up and down status orang, tengok gambar-gambar cantik di instagram, whatsapp dan surf internet thru mobile phone. hehe nampak sangat takde kerja lain lagi.

Sedikit info mengenai Hotlink Twitter Freezone :

Hotlink Twitter Freezone is part of Maxis Freezone sites which allows you to SURF FREE without any data charges.  You are allowed to “Surf Free on Twitter Mobile” from 15April until 15July 2013.

Apapun syukur sangat rezeki yang diberikan. Terima Kasih kepada pihak Nuffnang atas pemberian CPUV (Cost Per Unique) ini. Terima kasih juga atas sokongan yang diberikan. Alhamdulillah~


Kad Kahwin Yang Unik dan Kreatif

Assalamualaikum wbt :)

Kali nie, nak story tentang kad undangan perkahwinan yang kreatif dan unik. Siapa tau, idea sebegini boleh diguna pakai oleh Bride-to-be di masa akan datang. Kagum dengan kreativiti mereka.

Berbeza sungguh kad jemputan kahwin pada zaman millenium ni. Semakin harisemakin pelik, semakin unik, semakin comel, semakin takut nak dibuang dalam tong sampah atau pun dikeronyok lalu dicampak merata-rata..

Susah dah sekarang nak jumpa kad kahwin yang hanya pakai kertas A4 berwarna, buat satu keping lepas tu photostat banyak-banyak bagi dekat jemputan. Kiranya, memang rare dah sekarang ni kad jemputan macam tu kan. hehe

kalau kita tengok design kad kahwin sekarang ini ibarat melambangkan identiti pengantin itu sendiri. Contohnya...

Haaa.. ini kad kahwin daripada jiran Mieya. Mereka sekeluarga memang gemar bercuti ke negara seberang. Mungkin design pasport nie inspirasi daripada minat dorang tu. Tersangat unik dan menarik. Ini first time Mieya tengok kad kahwin yang sebegini rupa tau. 

P/S : Kalau time zaman Mieya nanti, agak-agak macam mana pulak rupanya. Tengah mencuba untuk membayangkan. hahaha berangan je lebih budak sorang nie !

Kaku Kepala Dihempap Traktor


Bagan Serai: Seorang remaja maut apabila tindakannya memandu traktor pengangkut kelapa sawit menaiki tebing tanah setinggi lima meter membawa padah apabila jentera itu terbalik sebelum menghempapnya dalam kejadian di Kampung Matang Pasir, Alor Pongsu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Muhammad Safuan Shahrudin, 15, maut di tempat kejadian akibat ditimpa jentera itu yang jatuh berpusing beberapa kali ke bawah tebing. 
Bapa saudara mangsa, Shahrom Mat Kassim 52, berkata, dia terkejut sebaik menerima panggilan telefon daripada orang awam sekitar jam 10.15 pagi yang memaklumkan kejadian menyayat hati itu.

“Pada waktu kejadian, saya sedang membeli diesel untuk kegunaan jentera itu dan segera bergegas menuju ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya mendapati keadaannya amat menyedihkan. Tayar hadapan jentera itu berada betul-betul di atas kepalanya dan saya percaya dia maut serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya. - Hmetro
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam takziah kepada mereka sekeluarga. Untuk makluman, Mieya kenal sangat dengan mereka sekeluarga, lagi-lagi dengan arwah yang mesra dengan nama timangan boboy ni. 

Jiran sebelah rumah Mieya merupakan bapa saudara mereka yang paling rapat. Selalu jugalah mereka berkunjung ke rumah bapa saudara mereka disini. Kali terakhir boboy datang ke sini adalah pada hujung tahun lepas. 

Ingatlah..dariNYA kita datang, dariNYA juga kita kembali..

sesungguhnya kita bukan milik sesiapa, kita milik Allah...

Salam takziah buat keluarga arwah boboy..
semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba2nya yang beriman...

Al-fatihah..


Sekali Lagi Dapat Invitation Untuk Nuffnang Blogbuster

Assalamualaikum wbt :)

Ini memang kerja gila. betul-betul kerja gila ! Nak tahu kenapa? Okey, sila baca balik title post entri kali ini. Haaa.. amacam? Dah faham dah ke? Nuffnang Digi K-pop Blogbuster atau dalam erti kata lain, campaign assignment nie, macam yang Mieya pernah buat dulu lah. (klik sini)

Kali ini, campaign assignment haruslah bertemakan gwiyomi. Fenomena dari negara korea yang semakin popular sekarang ini. Di mana semua manusia berlumba-lumba dalam menghasilkan aksi gwiyomi masing-masing.


Fuh. Rasanya kali ini memang Mieya tak boleh nak ikut serta lah. Mieya surrender ! Give up okey! Sibuk dan kekangan masa, dah satu masalah. Lagi satu, nak membajet comel ala-ala bintang k-pop tu.. Memang idok lerr teman. Gila !

Takpe lah.. kita beri peluang kepada blogger lain pulak untuk merasa hasil dari Nuffnang. Apa yang korang perlu buat ialah :

  1. hasilkan satu video pendek gwiyomi anda/rakan-rakan anda dalam durasi 15 saat beserta dengan background muzik.
  2. Letak caption : Do the Gwiyomi and win money can’t buy Passes to 2013 Asia Super Showcase in Malaysia from DiGi Easy Prepaid!
  3. Upload dan tunggu pengesahan dari Nuffnang.
  4. Tarikh last hantar penyertaan :26 April 2013


Seronok Timba Pengalaman Baru

Assalamualaikum wbt and hai semua :)

Pheuw. Mieya baru je selamat pulang ke rumah selepas membuat aktiviti luar, iaitu hari bertemu pelanggan. Lebih kurang macam tu lah. Sepatutnya, hari ini ada meeting seperti di hari-hari lain. And then, tetiba dapat tahu on-the-spot, ada aktiviti di kawasan luar.

Maaflah. tak dapat nak berblogwalking secara pukal seperti selalu. Mieya hanya sempat singgah ke lima enam blog je sejak semalam. Satu rekod blogwalking yang paling tercorot setakat ini bagi Mieya. Takpe, akan Mieya usahakan lagi pada hari nie.

Baru kini Mieya mengerti macam mana penatnya keluar 'bekerja'. Pergi pagi, balik malam buta. Bertemu dengan orang ramai. Meeting sana, meeting sini. Jaga tutur kata dalam berkata-kata dan dalam masa sama, berusaha untuk meyakinkan orang lain untuk membuat pilihan yang tepat.

Wow, that's funtastic moment that I ever had. Seronok dapat belajar sesuatu perkara yang baru. Banyak pengalaman yang Mieya dapat peroleh and most important, Mieya berjaya menemui semula sebahagian daripada sifat dalam diri Mieya yang dah lama hilang. Alhamdulillah.


Btw, short video yang Mieya hasilkan untuk DiGi Easy Prepaid Blogbuster bakal berakhir pada hari ini. 23 April 2013, bersamaan hari Selasa. Itupon dah mula tenggelam timbol dah iklannya kat atas header tu. Maybe dah capai target maksimum kot.

Apa-apa pun, terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah ke blog Mieya. Sentiasa menjadi tulang belakang kepada blog Mieya dalam memberi sokongan, kata-kata membina serta pendapat-pendapat bernas. Tanpa kalian, tak berserilah blog pink ini.


Demi Amanah dan Tanggungjawab..

Assalamualaikum wbt :)

Dua tiga empat lima enam hari, seminggu dua nie Mieya agak sibuk. Sampai tidur pon tak lena, kesihatan perut comel terabai. Kekadang sampai terpaksa qada' masa tidur di waktu siang sampai matahari dah tegak kat atas kepala baru bangun.

Rasanya, majoriti daripada rakan blogger yang sering berkunjung disini dah sedia maklum tentang perkara apa yang menjadikan Mieya sibuk buat masa ini. Maka, tak perlu lah Mieya repeat berulang-ulang kali. Sebabnya, ini perkara sensitif, iaitu perihal Pilihanraya Umum ke-13.


Dengan tak sengaja, Mieya terpaksa tinggalkan aktiviti berblogwalking ke blog rakan-rakan buat sementara waktu. Update blog secara berkala dengan menggunakan khidmat schedule. Kena siapkan report semasa and then, kena attend meeting setiap hari. Kiranya dah sangat teruk parameter kesibukan Mieya kali ini.

takpe lah. Demi tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Mieya, insyaallah Mieya akan berusaha sehabis mungkin. Bahagikan masa dengan bijak. agar tiada pihak yang merasa terpinggir dan berjauh hati.

P/S : Doakan agar Mieya sentiasa tabah dan cekal dalam menghadapi segala macam rintangan semasa menjalankan tugas yang dipikul ini, selain dikurniakan kesihatan yang baik.


Pulut Mangga

Assalamualaikum wbt :)

Bercerita pasal menu makanan idaman perut petang semalam. Selalunya makan benda yang sama sahaja di hujung minggu. Kalau bukan kek coklat, digantikan dengan pisang goreng, cakoi, dan putu piring. Kalau bukan rojak, sudah semestinya mee kari ataupun bihun sup. 

Menu biasa dihujung minggu kalau malas nak masak petang. Semua main pakat-pakat beli je kat gerai-gerai di sekitar Taman Medan nie.

Tapi semalam...


Buat pertama kalinya, Mieya sekeluarga menikmati pulut mangga. Tahu tak betapa kita-orang sekeluarga tak pernah tahu langsung mengenai kewujudan pulut mangga nie sehinggalah semalam? Kalau pulut durian tu, biasalah dengar dan makan.

Ohh ya! Menurut abah Mieya, penjual pulut mangga nie dulunya ada buka cawangan restoran kat Rawang. Tapi tak berapa nak laris sangat memandangkan kawasan yang agak kurang tumpuan. So sementara nak mencari tapak perniagaan yang lain, dia buka lah gerai kat sini.

Bagi Mieya sekeluarga, rasa pulut mangga nie memang kena dengan selera kami semua. Lagi-lagi, bagi penggemar buah mangga macam kita-orang lah. Memang cukup perfect hidangan ini, dengan rasa lemak dan santan yang melimpah ruah serta mangga yang manis dan tak terlalu keras.

P/s : Korang pernah makan ke pulut mangga nie?


Shopping Di Zalora Buat Kali Kedua

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Ingat lagi tak yang hari tu Mieya ada update entri pasal barangan dari Zalora yang Mieya dok nanti-nantikan tu kat entri ini?

Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan.. barangan tersebut sampai ke tangan Mieya tepat pada masanya, iaitu dalam 3 bussiness day. So, moral of the story, kalau dah reti order. Silakan handphone sentiasa di tangan untuk mengetahui update semasa.


K lah, malas nak cerita banyak. Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Mieya bershopping online di Zalora. (kalau nak baca entri pengalaman pertama kali shopping di Zalora, boleh klik disini)

Macam biasa, kasut masih lagi menjadi pilihan utama Mieya, setiap kali shopping di Zalora. Kali nie Mieya prefer untuk membeli sepasang dua tiga flat shoes.

Dua pasang milik Mieya dan sepasang lagi untuk adik Mieya. Well, bukan selalu nak treat adik sendiri. So layankan aje lah gambar di bawah :)

warna gold wink2



Macam biasa, Mieya gunakan khidmat Cash On Delivery (COD). Sangat awesome ! Saje pilih yang ada bling bling. Biar lari sikit daripada pilihan kasut yang Mieya ada sebelum nie. Sesekali nak jugak ada kelainan. hehe

Satu pasang, dah pakai tadi time himpunan penamaan calon tadi. Sangat selesa. Manakala lagi sepasang, Mieya cadang nak pakai time bertugas pada hari pilihanraya nanti. Eee.. gedik betul si budak Mieya nie !

P/S : Heels dari Zalora hari tu pon tak terpakai lagi. Cadang nak pakai time raya pulak. Awal betul preparation nya !


Hari Penamaan Calon PRU13

Assalamualaikum wbt :)

Kriuk kriuk. Mieya rasa, Mieya dah terkena badi kuasa gelombang tidur daripada Raksasa Tidur dalam cerita BoboiBoy tu. Serius, lately asyik berperang dengan nafsu tidur je. damn !

20 April 2013, hari Sabtu. Mieya ada maklumkan pada korang bahawa pada hari tersebut merupakan Hari Penamaan Calon PRU13. And tadi, Mieya baru sahaja dimaklumkan untuk turut sama menyertai program himpunan tersebut pada esok hari. 



Di mana seawal jam 7 pagi lagi Mieya akan bertolak bersama para hadirin yang lain dengan menaiki bas yang disediakan. Kat mana tu, Mieya tak tahu lah. Haih, memang gila ! Last minute baru bagitahu.

Maka dengan ini, janganlah ada yang bertanya kat Mieya. Di mana entri sarapan pagi, entri makan tengah hari. Tapi insyaallah, entri untuk makan petang nanti ada lah. *cewah, bajet macam retis pulak ye. Macam ada orang kesah pulak. kehkehkeh


So, Mieya nak ajak korang tengok video pertama Mieya (durasi 15 saat je) untuk DiGi Nuffnang. Ikut je step yang ditunjukkan di atas tu. pelis! pelis! hakhak. Last video nie bertapak di blog Mieya nie sampai 23 April nie je. tekan Watch video again dan tonton sampai habis ya korang ^^


Perkongsian Jumaat #13 | Petua Tenang Hati


Insyaallah, hati sentiasa tenang.


Aksi Gwiyomi Dari Onew, Ahli Kumpulan Shinee

Assalamualaikum wbt :)

Kalau dulu Gangnam Style daripada negara Korea nie. Namun kini, tumpuan beralih arah kepada aksi comel Gwiyomi. Sana sini, semuanya hebat memperkatakan mengenai gwiyomi/kiyomi nie. Tak terkecuali Mieya juga di antaranya.

Kebetulan, petang semalam.. Sedang Mieya ralit mencari-cari channel yang menarik untuk ditonton di Astro B.yond. Mieya terpandang akan satu rancangan nie yang Mieya rasa sangat menarik hati Mieya.

Program Golden Camera (kalau tak silap Mieya). Sebuah program yang menghimpunkan koleksi short video menjadi satu short film. Tak kira lah sama ada fakta, cerita realiti ke, sedih, funny, or what else. Macam-macam jenis ada. Sangat-sangat kelakar, okey !

And then, mereka bertanding sesama sendiri dalam membuat aksi gwiyomi versi diri sendiri. Dan Mieya tertarik dengan gaya gwiyomi dari Onew SHINee. Melting habis wuwuwu !


Entah sejak bila entah Mieya boleh terlajak jatuh cinta dengan dunia kpop pon Mieya tak sedar. Lately, Mieya kerap menonton talk show and paling kerap Kpop Countdown (inkigayo) yang disiarkan setiap minggu kat Astro Hitz.

Tapi takde lah taksub sangat sampai boleh hafal nama artis sorang-sorang, tengok drama korea sampai tangkap leleh gitu. Takde lah sampai macam tu sekali. Sesekali berubah angin sekadar menghiburkan hati sendiri.


CPUV Ke 7 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)



Alhamdulilah.. Syukur sangat, Rezeki CPUV tahun ni menunjukkan prestasi yang baik.  Kali ini, iklan dari Project Breeze Pop Pop mula bertapak sebagai CPUV yang ke 7 dari Nuffnang. Walaupun start date 8 April 2013, tapi sebenarnya baru je start hari ni. Terima kasih semua yang terlibat.



CPUV yang keenam baru je tamat semalam, selepas 5 hari running di blog Mieya Atiera nie. Sekejap sangat iklan Samsung Note nie bertapak kat blog Mieya nampaknya. Walaupun earning nya takdelah banyak mana, tapi semua tu rezeki masing-masing.

Terima kasih Nuffnang sebab masih lagi diberikan kepercayaan kepada blog Mieya untuk menjalankan iklan CPUV. Diharapkan CPUV kali ini akan bertapak lebih lama dalam blog ini.

Terima kasih banyak-banyak pada korang yang selalu singgah disini. Terharu dengan kegigihan dan semangat korang datang jenguk sini dan komen even seketul walaupun Mieya kerapkali lambat untuk membalas jejak. Insyaallah, akan Mieya usahakan jugak untuk terjah balik ke blog korang semua.



Jom Bersihkan Cermin Mata | Tips

Assalamualaikum wbt :)

Siapa kat sini yang pakai cermin mata? Nak tanya sikit,

Bila kali terakhir anda membersihkan cermin mata anda?

Cuba belek-belek sikit cermin tu, ada habuk tak?


Atau yang lagi best, ada kesan cap jari tak? Entah cap jari siapa lah yang sesat lalu mendarat kat cermin mata korang tu kan..? hahaha gurau je.


Cermin mata kita, perlu lah sentiasa dibersihkan. Nak beli bukannya murah kan? Kita selalunya akan mendapati cermin mata kita kelihatan sedikit kotor dan seakan-akan berlumut kerana memakainya hari-hari. So, takkan lah nak sangkut kat  batang hidung kita dalam keadaan kotor gitu kan? 

Nanti kalau orang-orang lihat, dicopnya kita sebagai kurang pembersih. Take note, Kebersihan melambangkan serta mencerminkan peribadi seseorang. Jadi, adalah penting bagi diri kita untuk menjaga nama baik sendiri.

So cara paling mudah untuk membersihkan cermin mata adalah :

1. Alirkan kanta cermin mata dengan air (seelok-eloknya air masak atau air suling atau air bio-tapis). Jangan lap cermin mata sebelum dialirkan dengan air. Takut nanti ada habuk kat atas lens korang. And silap-silap boleh calar lens korang.

2. Semburkan kanta cermin mata dengan spray atau bahan kimia khas untuk mencuci kaca mata. Cecair ini ada dijual di kedai optikal. (paling mudah, guna shampoo je)

3. And then, lap kan kanta cermin tu selembut-lembutnya dengan kain mikrofiber (kain yang korang dapat masa beli spek dulu)

4. Lepas lap, alirkan balik kanta korang tu dengan air. Kemudian keringkan kembali dengan kain yang bersih.



Tara.... sisa kotoran tersebut akan hilang dan ia akan jadi seperti bingkai cermin mata yang baru. Mudahkan!


Kena Sembur Asap Fogging

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Cuaca panas terik sungguh hari ini. Bahang panasnya terasa mencucuk-cucuk sampailah ke lewat petang nie.  Tengah duduk berehat-rehat.. terdengar pulak bunyi orang sembur asap untuk hapuskan nyamuk Aedes tu

Mieya lihat pemandangan di luar dah penuh diselaputi asap putih. Sembur asap lagi! Nie mesti ada yang kena demam denggi kat kawasan berhampiran.



Waktu senja sebegini merupakan waktu nyamuk dewasa aktif berkeliaran. Mereka berkeliaran di luar dan dalam rumah. Maka, bukalah pintu dan tingkap dengan seluas-luasnya. Biarkan asap masuk ke dalam rumah. Kasi ganyang sama itu nyamuk aedes !

P/s : No point jika kita tutup pintu dan tingkap kalau asap fogging di luar rumah tidak masuk ke dalam rumah.

Fenomena Kiyomi Gwiyomi

Assalamualaikum wbt :)

Hai tawan-tawan cemua ! (bahasa budak-budak di masa kini)

ngee.. gedik tau Mieya nie. Sama gedik macam fenomena kiyomi yang dibawa dari Korea sana. Cuma yang bezanya, versi kiyomi lebih kiut berbanding Mieya.

Rasanya dah ramai kot yang tahu pasal kiyomo, atau bahasa lainnya gwiyomi nie. Di mana fenomena gwiyomi nie makin menjadi-jadi di youtube. Semua orang berlumba-lumba nak buat aksi gwiyomi secomel yang habis.

“Gwiyomi,” which means “cute,” was first seen on BToB MTV DiaryMany,
 a variety show that features a segment called “Aegyo Battle” or “battle of cuteness” 
where KPop stars perform cute actions and gestures.

Tapi tadi, Mieya terperasan iklan DiGi yang dibawakan khas oleh Nuffnang. Sangat-sangat menarik kerana DiGiBuddyz sedang mengadakan kontest Gwiyomi di mana korang perlu mencipta video Gwiyomi versi sendiri dan berpeluang untuk memenangi exclusive passes menonton persembahan showcase dari artis kpop pujaan korang secara LIVE. Wahwahwah.

Jadi, kepada mereka yang addicted dengan gwiyomi, sila lah jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rakam aksi comel gwiyomi anda dan upload video gwiyomi anda disini.

P/s : Dah tengok video gwiyomi Maria Elena? OMG! Sangat-sangat comel you know


Tips Mengecilkan Liang Pori-Pori

Assalamualaikum

MASALAH muka berminyak disebabkan liang pori-pori terbuka sudah tidak asing lagi di kalangan wanita mahupun lelaki, termasuklah Mieya sendiri. Ya, masalah kulit berminyak semakin menghantui Mieya sekarang nie.

Pengeluaran minyak secara langsung bergantung kepada saiz liang pori-pori. Lebih besar liang pori-pori seseorang, pengeluaran minyaknya juga lebih banyak.

Punca liang pori-pori besar :

  • Terdedah kepada matahari secara berlebihan 
  • Merokok
  • Penuaan
  • Genetik (faktor keturunan) 
  • Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula berlebihan 
  • Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil

Berikut adalah tips untuk mengecilkan pori-pori secara lebih efektif

  1. Cara terbaik mengelakkan pori-pori membesar adalah dengan memastikan kulit sentiasa dalam keadaan bersih setiap kali melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali bagi menghilangkan lapisan kulit mati.

  2. Amalkan membasuh muka guna cleanser 2 kali sehari. Pagi dan malam sebelum tidur. Lagi bagus kalau cleanser tu ada tulis 'oil-control'.  

  3. Keringkan muka menggunakan tuala yang bersih selepas mencuci muka.

  4. Bedak asas daripada bahan air yang sesuai dengan jenis kulit adalah digalakkan.

  5. Pakai masker pembersih satu atau dua kali seminggu untuk perlindungan dan mengekalkan kebersihan kulit.

  6. Pastikan produk solekan anda mengandungi bahan bebas minyak, Kalau muka dah berminyak takkan nak cari produk yang mengandungi minyak lagi kan. Nanti bertambah teruk lah jadinya kan.

  7. Pastikan solekan dibersihkan menjelang petang dan jangan lupa menggunakan penyegar wajah (toner).

  8. Pastikan alat solek seperti berus dan span berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan tempekan kuman dan bakteria.

  9. Banyakkan minum air masak.

  10. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selamat merajinkan diri dengan mengamalkan tips nie ye :)


Kenapa Earning Nuffnang Masih 0 dan Tak Naik?

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu :)

Sepanjang Mieya berblogging ni, banyak pertanyaan yang Mieya terima. Ada yang sempat Mieya tengok tapi macam biasa, tak sempat nak balas pertanyaan itu. Sebabnya, setiap kali Mieya buka dashboard blog, lepaskan komen, update blog and then terus blogwalking.

Itu rutin harian Mieya setiap kali nak mengadap blog. Kalau ada pertanyaan tu, kebanyakannya Mieya balas kat ruangan komen. Tapi tak tahulah sama ada korang baca balik ke tak kan? Maaf ye, mengejar masa dan bukannya sombong.

And apa yang dapat Mieya simpulkan disini, 
ada sesetengah manusia yang suka pertikaikan apa yang orang lain ada sedangkan diri sendiri tak mahu berusaha untuk mendapatkan apa yang di mahukan.



Misalnya, ada yang 'frust' sebab earning Nuffnang dia tak bergerak atau sedikit. Maaf lah, bukannya Mieya bermaksud nak menyindir sesiapa. Cuma, tadi semasa berblogwalking Mieya terbaca satu artikel di blog seseorang. Kemain lagi dia dok mengutuk Nuffnang. Kata Nuffnang kedekut lah, pilih kasih lah sampai terkeluar beberapa ayat yang kurang manis. 

Baiklah. Mari sini Mieya beri nasihat sedikit kepada korang. Firstly, jangan jadikan duit sebagai matlamat dalam blog. Apa yang penting, naikkan dulu blog korang tu. Sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti, tapi paling penting keaslian dalam bloggingTrafik (walau sedikit) memainkan peranan penting bagi mereka yang inginkan pendapatan sampingan dari blog. Tanpa trafik maka susah untuk jana pendapatan.

Jujur Mieya akui, Mieya hanyalah blogger picisan. Blogging hanya untuk bersuka-suka dan sekadar meluangkan masa lapang. Buktinya, sampai sekarang Mieya masih lagi berusaha untuk menaikkan trafik di blog Mieya. Tak dapat naik, dapat maintain trafik pon dah cukup dah.


metered earning CPUV bagi tahun 2012

Mieya paling tak suka kalau orang pertikaikan apa yang orang lain ada serta membanding-bandingnya dengan orang lain. Kerana apa yang seseorang itu miliki, datangnya daripada usaha mereka sendiri dan tidak menyusahkan orang lain. 

Kalau boleh, berblog lah secara ikhlas. Bukan kerana nak dapat habuan semata-mata. Jadikan dunia blog sebagai sebuah dunia perkongsian ilmu yang bermanfaat. Insyaallah, rezeki akan datang dengan sendiri kepada kita.

Happy blogging !


Malam Yang Membahagiakan Perut

Assalamualaikum wbt dan selamat semua :)

Cenggini lah. Entri kali nie, Mieya tak nak lah bebel panjang-panjang umpama emak membebel pada anaknya yang degil. Entri kali nie nak rileks saje. Tepek gambar sampai membuatkan anak tekak korang merana, perut mengidam tak ketahuan hala. hahaha Aci tak? aci tak?


Alhamdulillah. Mieya baru je lepas pulang dari meeting bersama para petugas dan juga ketua kawasan setempat berkenaan persiapan menjelang pilihanraya nanti.

Mula-mula.. ingatkan meeting kat rumah jiran je, macam selalu. So bersiap-siap ala kadar je. Rupa-rupanya dekat Pejabat UMNO bahagian PJS2. Hmm, muka pasrah je nie.


Well, Mieya biasa lah. Takde kerja, haruslah mencari sesuatu kerja demi menjaga kesejahteraan sejagat. Sambil-sambil tu, boleh timba pengalaman untuk mengundi di tahun akan datang. Maklum lah, umur tak cukup lagi.

Pulang je dari Majlis Pelancaran Gelombang Biru Petaling Jaya Selatan, kami ke KFC yang berdekatan dengan Petronas untuk mengisi perut yang kosong. Macam biasa, beli secara pandu lalu (drive thru KFC) menjadi pilihan. Order, bayar and then terus dapat makanan yang diinginkan. So easy !





Snake plate, Chessy wedges dan air perisa strawberry mejadi pilihan. And then, singgah kat satu kedai nie. Masih baru lagi dibuka. Terus sambar wafer coklat dua keping. Memandangkan dah lama sangat tak makan benda nie.


Dah lama betul tinggalkan tabiat menternak lemak nie. Tetiba berkesempatan pulak kali nie, memang grab this chance sampai habis lah. hahaha


Pageview dan Alexa Rank Blog Mieya Atiera

Assalamualaikum wbt :)

Tengah usha-usha entri terbaru daripada rakan blogger melalui bloglist di blog Mieya. Mieya sempat memprint screen nombor pageview yang nampak cun. 122221, nombor pageview di blog cikai Mieya nie. Bukan nombor ekor 6D tau. nehi-nehi. Haram tu !


And then, tangan Mieya nie gatal gatal pulak nak check alexa ranking di blog Mieya. Dan alhamdulillah, nampaklah jugak peningkatannya.

Statistik Alexa Rank blog Mieya Atiera di bulan Mac 2013


Statistik Alexa Rank blog Mieyaa Atiera di bulan April 2013
Wah, serius tak sangka yang Alexa rank blog Mieya di Global Rank dah berjaya turun dengan mendadak sekali. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi diri sendiri. huhu *clap2

Nak tahu apa fungsi Alexa rank? sambil-sambil tu, boleh jugak check Alexa Rank blog korang jugak. Boleh terjah entrinya disini (klik)


Salah Mieya lah nie..

Assalamualaikum :)

Servis bertukar tangan. Weh, ingat nak main badminton ke apa? Pegang raket pon menggigil-gigil tangan kaki, nak hayunkan bulu tangkis lagilah... Belum sempat raket bertemu musuhnya (bulu tangkis), bulu tangkis dah jatuh semula mencecah lantai. haha Tahulah yang Mieya nie tak reti nak main badminton

Okey, tutup cerita. Awal-awal entri dah meroyan semacam, apalah Mieya nie. -.-'

Semalam kan Mieya ada cakap yang barangan dari Zalora yang Mieya dok tunggu-tunggu tak sampai lagi?So, malam tadi after dinner Mieya dok belek handphone Samsung cikai Mieya tu, and I've found that ada 2-3 misscall daripada nombor yang tak dikenali.

And then, ada mesej yang berbunyi seperti

"Post nak hantar zalora. tolong call balik..."

Aiseyh. Baru teringat yang Mieya dan handphone amat lah tidak bersahabat baik seperti dulu. So, memang selalu Mieya tinggalkan merata-rata tempat di pelusuk rumah. Maklum sahaja lah, bukannya ada benda penting yang melibatkan urusan luar atau soal hati dan perasaan. non-hado okey?!

So, tengah hari tadi, Mieya call lah semula nombor tertera and pihak Zalora cakap, dalam pukul 3 petang nie baru barang tersebut akan dihantar. Sebabnya tadi, pihak mereka dah lalu kat kawasan penempatan Mieya and now, kat tempat lain pulak. Hmm..Orait, I'll wait for that

Sambil-sambil tu, Mieya luangkan masa sebentar bersama blog. Alhamdulillah, siap jugak menulis satu entri untuk tatapan kalian. hehe

_________________________________________________________________________________

UPDATE TERKINI !

Alhamdulillah, barang yang Mieya order telah pon tiba dengan selamatnya pada pukul 2.30 petang tadi. Yeay !



CPUV Ke 6 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^^

Tak perasan pulak bila iklan Samsung Note 2 Colours nie masuk sebagai CPUV Nuffnang yang ke 6 di blog ini. Tetiba je check pagi tadi, dah melekat lagi CPUV baru dalam blog Mieya.


Alhamdulillah.. Rezeki.. Terima kasih kepada pihak Nuffnang dan pengiklan kerana sekali lagi memilih blog Mieya untuk mengiklankan produk mereka. 



Apa-apa pun, thanks to my reader sebab sudi singgah ke blog Mieya setiap hari. And also, terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi CPUV meskipun momentum berblogging agak kucar-kacir sikit lately. 

Insyaallah, Mieya akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan lagi prestasi di blog Mieya dari hari ke hari.


5 Mei 2013, Tarikh PilihanRaya Umum (PRU 13)

Assalamualaikum wbt.

Wah, kemain meriah lagi dashboard blog Mieya dengan lambakan entri mengenai tarikh untuk mengundi bagi PilihanRaya Umum (PRU 2013). Di mana Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia baru sahaja mengesahkan bahawa tarikh Penamaan Calon pada 20 April 2013 dan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 di tetapkan pada Ahad, 5 Mei 2013. 

Ohhh ya.. Mieya baru je tahu berita nie tadi, iaitu sewaktu Berita Terkini TV3 pada pukul 1.30 tadi. Nampak sangat ketinggalan.


image

Padahal dari tadi fikiran dok terbang melayang menanti bilakah barangan daripada Zalora akan sampai. Mieya dikhabarkan barangan tersebut akan dihantar pada hari ini. 

Punya lah puas Mieya tunggu di hadapan pintu sedari tadi, namun hampa. Kunjungan yang dinanti, tak tiba-tiba lagi. 

Yang ada cumalah kunjungan daripada mat bangla jual karpet. Pakai baju bewarna oren pulak tu. Mati-mati Mieya ingatkan, pihak Zalora tadi. Nasib baiklah mat bangla tu bawa karpet, at least dapat lah bezakan jugak. hikhik

Apalah nasib..

Masa yang ada terbuang lagi macam tu sahaja. Kalau lah masa dapat diputar kembali, Mieya rasa mungkin dah siap 4-5 entri dah sekarang. tsk tsk

Btw, selamat mengundi kepada para pengundi semua. Buatlah pilihan yang bijak.


Wordless Wednesday #34 | Kak Ton Lagi

alololo... comelnyaa :D

P/S : Sekadar hiburan ringan untuk hari ini. tak bermaksud apa-apa ye :)


Perut buncit, Macam mana Nak Atasinya?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

(Khas untuk para gadis / jejaka yang idamkan body cantik)

Sobs. Selalunya tengok orang kurus tapi ada bonggol. Slim tapi perut terjojol ke depan. Selalu je rasa pelik. Macam mana orang yang kurus melidi pon boleh ada banyak bonggol? Perut tak flat pon.

Tetiba bila kena kat diri sendiri. OMG! Inilah padahnya bila selalu sangat dok perhatikan perut buncit orang lain, sampai diri sendiri pon dah terkena tempiasnya. wuwuwu tak boleh jadi ni.



Terus je cari tips yang berkesan bagi menangani masalah perut buncit nie.


  1. Minum banyak air  –  Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh. Air juga membantu mengeluarkan toksin dalam badan secara efektif. Kurang pengambilan air menyebabkan perut menggelembung kerana sistem badan cuba untuk menyahtoksinkan badan daripada sumber lain.

  2. Kurangkan pengambilan garam – Garam yang berlebihan akan menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan membuncit.

  3. Makan perlahan-lahan - Jika anda makan dengan gelojoh, udara yang tertahan dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut membuncit. Selain itu, makanan yang tidak terkunyah tidak dapat dicerna sepenuhnya yang juga mampu menghasilkan gas tersebut.

  4. Pengambilan serat – Pengambilan serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu  mengimbangi proses penghasilan air dalam badan supaya stabil. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

  5. Elakkan sembelit – Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit kerana kurang membuang air besar boleh menyebabkan perut membuncit. Kadar normal adalah 1~2 kali sehari.

  6. Bersenam - Tidak dinafikan bahawa bersenam mampu menggerakkan medium dalam perut yang menyebabkan perut membuncit dengan menyalurkannya keluar melalui aliran darah dan seterusnya dikumuhkan melalui peluh dan sistem perkumuhan kita sebagai urine. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

  7. Bersarapan dengan yogurt - Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut bincit.

  8. Hindari minuman beralkohol – Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

  9. Amalan posisi ketika duduk – Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

  10. Lakukan kerja rumah – Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

Ada jugak cara-cara tradisional untuk menghilangkan penyakit boroi ni, hehehe.. Yang tu kita cerita kemudian. Mulai hari ini kena disiplinkan diri untuk mendapat perut yang kempis..hehehe

Selamat mencuba!!

Pengalaman Membeli Belah Di Zalora

Assalamualaikum wbt :)

Nak cakap Mieya nie anti-fesyen, pernah lah jugak selak sehelai dua mukasurat bab fesyen dalam majalah Remaja tu. Malahan, setiap bulan dah list majalah Remaja sebagai senarai benda wajib beli. Kadang-kadang, sempat juga mencuci mata belek website fesyen sampai berjam-jam lamanya.

Nak kata Mieya suka berfesyen, tak kena juga memandangkan Mieya jarang keluar hang out. Koleksi kasut dan pakaian yang sedia ada pon, boleh dikira dengan jari je.

Jadi, bila dapat tahu yang pihak Zalora menawarkan voucher bernilai RM50 untuk membeli-belah dan seterusnya memberikan sedikit ulasan mengenai perkhidmatan mereka. Nak nak lagi, dah semakin ramai blogger yang menyambut baik atas peluang yang diberikan. Terus membuatkan Mieya rasa teruja tak ketahuan hala.

 

Niat di hati, Mieya ingin mencari sepasang dua kasut memandangkan dah lama tak shopping kasut. kasut bajet simple dan look nice, semestinya feveret kecintaan hati. Okey, kita split kepada dua. Satu untuk Mieya dan satu lagi untuk adik Mieya.

foine. Berkat kesabaran menunggu dari hari ke hari. Akhirnya, tepat seminggu dari tarikh order (petang 30 Mac), pagi 6 April baru sampai. Terkejut Mieya tau. Ingatkan Zalora buat-buat lupa. Maybe ada masalah teknikal agaknya.

 

Bila tengok gambar, rasa biasa-biasa je. Tapi bila dah cuba sarung dan pakai, kemain terasa tinggi semacam. hikhik

So far, Mieya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Zalora sebabnya :

1) Cash on Delivery - barang sampai and then, korang terus bayar.

2) 30 Days Free Return - Boleh terus tukar kalau item rosak atau salah saiz

3) Caj Penghantaran - Depends; ada yang ada dan ada yang takde. Tapi tak mahal, cuma RM5 je.

4) Kualiti terjamin -  Mieya dah puas belek-belek kasut tersebut and sangat berpuas hati


Memandang harga kedua-dua kasut nie more than RM50, Mieya bayar baki selebihnya menggunakan perkhidmatan Cash On Delivery. First time beli lah kata kan, so tahap curiousity tu sangat tinggi. Tapi bila barang sampai seperti yang dijanjikan, terus rasa was-was tu takde lagi.

Ini pun, Mieya baru je lepas order kasut lagi. hehehe Rambang mata pulak tengok kasut kemain lawa-lawa.



Jadi korang, apa tunggu lagi? Jom pakat shopping di zalora.com.my
atau sebarang pertanyaan korang boleh email ke zalorateam@zalora.com.my
Facebook zalora:  www.facebook.com/zaloramalaysia