Jom Baca Entri Yang Lepas !

Monday, June 24, 2013

Kadar Indeks Jerebu (IPU) di Malaysia

Assalamualaikum wbt :)

Kadar indeks pencemaran udara di ibu kota Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, semakin memburuk. Keluar-keluar sahaja dari rumah menuju ke tempat kerja pagi tadi, Mieya lihat langit dipenuhi dengan kabus jerebu. Malah, lebih teruk berbanding semalam.

Berikut merupakan bacaan IPU jerebu di negeri-negeri di seluruh Malaysia pada hari ini, 24 Jun 2013 pada jam 5 petang tadi.




Lihatlah.. betapa tak sihatnya tahap indeks Pencemaran Udara di kawasan penempatan Mieya.


Apakah Tanda & Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan?


Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-


  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Untuk maklumat semasa jerebu sila layari : http://www.doe.gov.my/apims/ atau http://www.met.gov.my/ 


6 feedback (s):

siti ZAHARA said...

banyak minum air..waktu mcm ni..disamping mengikut tip2 tersebut
semoga keadaan akn cepat pulih seperti biasa..Amin

Yumida Huda said...

kat PD tinggi
moga jerebu segera hilang

Isabel Diaz said...

Nice sharing..

Cik Nur™ said...

cepat2 lah hujan kan...
kalau hujan rasanya hilang terus jerebu semua ni...

kat sini jerebu baru mula pun dah rasa sesak...mcm manaalah tempat yg teruk tu kan..

syamimihaziqah said...

Habis hampir satu Malaysia terkena jerebu ni. Cepat betul merebak :/

huny madu said...

Kat port klang mmg teruk.. kat opis pun pakai mask :( sampai pedih mata, hidung & pening..