Seharian Pulang Beraya Di Kampung

Assalamualaikum wbt :)

Dari sehari ke sehari Mieya nak cerita pasal Hari Raya Aidiladha yang lepas. Tapi asyik tertangguh aje. Mungkin sebab idea terlampau banyak, sampai buntu nak update yang mana satu dulu. And at last, cerita dulu benda-benda yang terlebih penting.

Actually, memang tak terjangka pon yang Mieya sekeluarga akan berangkat pulang ke kampung. Semuanya secara tiba-tiba. Hmmm, ingat lagi dengan cerita di entri ini? (Sila baca cepat, takut nanti tak boleh nak hubung-kaitkan balik dengan entri kali nie.)

okey, sambung cerita.

Selepas sahaja siap memasak juadah raya, Mieya, adik dan emak dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Nombor yang terpapar di skrin handphone sangat-sangat tidak dikenali. Jadi nak tak nak, Mieya paksa juga adik Mieya jawab. And then, tetiba pulak adik Mieya pass balik handphone dekat emak Mieya. Pelik.

Rupa-rupanya panggilan tersebut datangnya daripada Pak Sulong (adik-beradik kandung abah) yang tak pernah Mieya dan adik temui walau sekali pon. Pak Sulong menetap kat Kelantan, sangat jauh perjalanannya ke sana dan jarang pulang ke kampung. Memang patutlah Mieya dan adik tak pernah mengenali beliau.

Beliau meminta kami sekeluarga pulang ke kampung. Katanya, kalau nak jumpa, pulanglah ke kampung beserta sampaikan salam pesanan yang sama kepada Mak Uda di belakang rumah.

Kebetulan, abang Mieya yang keempat baru pulang dari kerja. Lepas aje cerita pasal Pak Sulong suruh pulang ke kampung, terus je dia meluru keluar ke tempat kerja abah. Dan kata persetujuan daripada abah diterima. Padahal memang tak plan langsung nak balik kampung.

tangkap gambar Pak Sulong secara curi-curi. YES, I'm a paparazzi :)

Pagi-pagi raya lagi, seawal jam 7.30 pagi, kami sekeluarga dah berangkat pulang ke kampung dan singgah sebentar ke rumah nenek di Sabak Bernam. Memandangkan sekarang nie musim durian di kampung, dapatlah juga Mieya merasa beberapa ulas durian.

Kemudian, tepat jam 10.30 pagi, kami bertolak pulang ke rumah Mak Ngah di Permatang Pelanduk, Perak. Di sana, kelihatan sedikit demi sedikit sanak-saudara yang datang berkumpul. Makan secara berjemaah dengan rendang, lemang, pulut, kuih raya dan laksa. Menurut Pak Sulong, Mak Ngah berpayung dalam hujan semata-mata ingin membakar lemang untuk dihidangkan kepada sanak-saudaranya yang pulang beraya.

Walaupun usia Pak Sulong dah menjangkau ke usia 72 tahun, namun begitu rupanya masih kelihatan muda. Serius, terkejut juga bila dia cakap umurnya dah pon menginjak angka 72. Bermacam-macam cerita yang dia kongsikan bersama kami. Sehingga kan kami sendiri pon dah naik jemu nak mendengarnya. heheh

Tepat jam 5 petang, kami sekeluarga berangkat pulang ke rumah nenek semula serta bermalam untuk satu malam. Banyak juga makanan yang kitorang borong semasa di rumah Mak Ngah. Misalnya, ikan masin sepat ronggeng, ikan pekasam dan juga kek. Nenek pula membekalkan beberapa biji durian untuk dibawa pulang ke rumah.

Sampai-sampai aje kat rumah, Mieya tengok pokok-pokok kat rumah kering-kontang, tak bersiram. Haish, nie mesti abang Mieya lupa siram nie. Habis anak-anak pokok cili Mieya yang baru naik, mati kehausan kelayuan sebab tak cukup air. Sabar je lah.

P/s : Perghhhh..! Nasib baik Mieya sempat memotong dua tiga perenggan tadi, kalau tak memang tak habis-habis lah nak menaip entri kali nie.


Gemuruh

Assalamualaikum wbt :)

Ini bukannya entri sebab nak ceritakan pasal lagu Gemuruh nyanyian Search dan Wings feveret song Mieya tu. Tapi nak cerita pasal perasaan gemuruh Mieya nie.

Ingat lagi entri ini? Di mana Mieya ada bagitahu yang result permohonan UITM bagi ambilan kedua akan diumumkan pada hari ini, iaitu 30hb Oktober 2012 tepat jam 2.00 petang.

Tapi sayangnya, bila Mieya buka laman web kemasukan pelajar UITM, Mieya terjumpa ini :



Hmmm, nak cakap sedih, ada lah jugak. Nak cakap kecewa, bertambah kecewa ada lah. Nak cakap geram, lagi lagi lagi geram pun ada sebenarnya nie. Tetiba sahaja tarikh pengumuman ditunda lagi seminggu lagi.

Sedangkan hari ini, Mieya punya lah bersemangat waja gara-gara nak check keputusan permohonan Mieya sama ada dapat ke tak. Tapi hampehh, terpaksa menunggu hari lagi. (Ayat mengalahkan macam orang yang nak bersalin pula kan?)

Sengaja lah tu, nak tambahkan lagi rasa gemuruh dan berdebar-debar Mieya nie kan? Sabar je lah~


Terima Kasih Nuffnang dan Astro

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua :)

Actually, setiap hari Mieya akan log in Nuffnang nie dan check lah apa-apa yang patut. Tapi, takde pon apa-apa yang dapat menyedapkan mata melainkan pertambahan earning pada iklan CPUV yang tengah berjalan.

Namun begitu, bila pagi nie Mieya check earning Nuffnang kali nie, tetiba sahaja dekat ruangan CPUV ada iklan baru yang berstatus on going. Bila tengok kat Start Date pula bertarikh 22 Oktober 2012, thats mean hari Isnin yang lepas.


Pelik pon ada sebenarnya nie. Semalam takde, hari nie pula ada. Adakah ini semua sekadar mimpi semata-mata ??? Tidak. Bila Mieya refresh balik, BE tu still ada.

Fuhhh, alhamdulillah la kalau begitu. Masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak advertiser dan pihak Nuffnang sendiri dalam menyiarkan iklan-iklan mereka secara langsung di blog Mieya nie.

Kali ni BE terbaru Mieya adalah Astro On The Go. Dan apa yang dapat korang lihat, dua BE yang sebelum nie pon masih lagi rancak berjalan. Dengan earning yang cukup untuk dijadikan sebagai duit topup. heheh
contoh iklan. Kalau jumpa, cubitlah sikit :)

Apa-apa pun, terima kasih Nuffnang kerana masih bermurah hati menghadiahi 1 lagi BE baru kepada blog cikai Mieya nie. And also, special thanks pada kawan-kawan blogger yang sudi singgah sini, komen-komen serta bagi pendapat dan sokongan kepada Mieya. :)


Masih banyak yang perlu diperbaiki

Assalamualaikum wbt semua :)

Selamat pagi, petang dan malam semua. Hari nie, Mieya punya bersemangat jitu nak berbelog. bangun-bangun pagi, sebelum sempat menjamah secuit sarapan pagi, kepala hotak teru ligat memikirkan pasal belog. Kiranya ini adalah satu pentanda bahawa Mieya akan memenuhi belog korang dengan dua atau tiga entri. habis lah dashboard korang.

Hampir dua tahun Mieya berbelog, setahun lebih berbelog secara aktif. dari 29 Disember 2010 sampai sekarang lah kan. Mieya masih terasa seperti blogger baru. Mieya tak rasa dalam tempoh sedemikian, Mieya sudah hebakkk dengan entri yang macam entah apa-apa.

ohh, tidak. tidak. Mieya masih mentah lagi. banyak benda yang harus Mieya perbaiki dari hari ke hari. belog Mieya pon masih perlu diperbaiki, terutamanya mengenai susunan gadget. masih teruk dan masih menyakitkan mata yang memandang.

Setiap hari, Mieya akan perhatikan belog Mieya. mencari apakah kelemahan Mieya dalam berblogging nie. lalu mencatatnya ke dalam buku tiga 5. seterusnya, mengambil masa sehingga berbulan-bulan lemon untuk memperbaikinya. bukan senang tau nak perbaiki. 


bak kata pepatah, kelemahan sendiri sukar nampak, kelemahan orang lain nampak sangat.


Kadang-kadang, Mieya teringin jugak nak jadi macam blogger tu dan blogger nie. Mieya teringin sangat-sangat penulisan Mieya diterima oleh orang lain. Mieya nak sangat blogger lain berkongsi idea dan pendapat di belog Mieya.

entah bila entah Mieya dapat mencapai angan-angan itu agaknya. hmmm, masih banyak yang perlu Mieya perbaiki lagi. Insyaallah, kalau rajin berusaha maka dapatlah hasilnya nanti.

dah. dah. lepas nie Mieya nak taip entri serius sikit. cehh, boleh percaya ke Mieya nie?

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)


Nuffnangers, adakah Mieya ketinggalan?

Assalamualaikum wbt :)

Tajuk entri kali nie semestinya lah khas untuk kawan-kawan blogger yang bernaung dengan syarikat pengiklanan Nuffnang nie kan? Sebabnya apa yang ingin Mieya perkatakan nanti semuanya ada kaitan dengan Nuffnang.

Tapi, kalau kawan-kawan yang lain pon nak join baca, dipersilakan juga. Sama-sama kita ketahui informasi dan juga ilmu pengetahuan yang baru.

Seperti biasa, Mieya akan log in Nuffnang untuk mengetahui perkembangan pada bilangan pageview di blog cikai Mieya nie. Hmm, statistik masih lagi macam biasa. Naik, turun, bertambah dan berkurang. Maklum saja lah, blog budak-budak bukannya ada something yang special sangat untuk disajikan.

Okey, cukup. Nanti tak pasal-pasal ada yang rasa annoying pulak bila terlebih-lebih merendahkan diri sendiri. That's not cool, babe !

Kalau hari-hari cakap benda yang sama tanpa tak berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan tersebut, apa gunanya? Serupa sahaja kau curah air di atas gelas yang terbalik.

*sambung cerita*

And then, Mieya scoll down lagi ke bawah dan lagi bawah. Eheh, down tu bukan sama je ke maknanya dengan bawah? -,-"

Dan kemudiannya Mieya terjumpa benda nie. Rujuk pada gambar di bawah :




Rasanya, sebelum tema layout Nuffnang bertukar yang baru, benda nie memang dah sedia ada kan? kan? Yup, yang itu memang Mieya tahu.

Tapi, yang menjadi persoalannya, sejak bila gadget seperti dalam gambar itu wujud?

Bagi Mieya, gadget nie nampak cool sebab kita boleh tahu siapa yang melawat blog kita. Cuma, yang tak bestnya, bila kita tekan kat setiap gambar pelawat di blog kita. Kita tak boleh nak terus direct ke profile dorang. Hmm, nie yang tak best nie !

Tak boleh nak interact with their blog lah kalau macam nie melainkan kalau dorang adalah pembaca/pengkomen setia di blog Mieya nie. Yang itu, boleh lah Mieya singgah balas ke blog mereka balik.



Tahniah Blog !

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Setelah "bercuti" hampir dua hari daripada menghupdate blog, berblogwalking secara pukal dan juga aktiviti berbalas komen. Blog ditinggal sepi tanpa umpama angin yang menderu datang dan pergi.

Sebenarnya bukan bermaksud, Mieya tak nak update blog langsung. Cuma, disebabkan kekurangan masa, line internet yang timbul tenggelam di kawasan kampung nie. Di samping kesihatan yang kurang mengizinkan untuk Mieya berblogging.

Sebagai akibatnya, trafik blog Mieya nie jatuh merudum sekaligus menyebabkan Mieya mula kembali bangkit daripada cuti panjang lalu mencari idea-idea baru untuk menghupdate entri kali nie.

Dan Mieya perasan, ada dua tiga tag untuk menjoin segmen mahupun giveaway daripada rakan-rakan blogger sekalian di chatbox Mieya. Terima kasih sudi tag Mieya. Insyaallah, nanti Mieya join ye? hikhik

Btw, alhamdulillah. Ada juga berita gembira yang Mieya terima sepanjang beberapa puluh jam tidak menjenguk blog. Tahniah blog, rezeki "ong" dikau terbukti masih ada. Untuk makluman semua, Mieya telah memenangi hadiah bagi giveaway yang pernah Mieya sertai sebelum ini, iaitu First Giveaway by ftnjwa.blogspot.com.







Macam yang pernah Mieya utarakan sebelum ini, Mieya join pon sekadar suka-suka aje. Kalau dah rezeki, tak ke mana. Yang penting usaha tu mesti ada. Tanpa usaha, segala yang kita impikan memang takkan dapat tercapai.

Btw, macam mana dengan hari raya kalian? Mesti super-duper meriah kan? Ada yang pulang beraya di kampung halaman ke?

Macam Mieya, Mieya pulang ke kampung pada pagi raya Aidiladha nie pon bukannya dirancang. Semuanya secara tiba-tiba je. macam surprise gituw ! Takpe, nanti bila ada masa nanti Mieya cerita kan ye :)


Sila jangan pakai baju merah esok

Assalamualaikum wbt :)

10 Zulhijjah bukan hari ni, tapi esok. Maknanya esok raya lah. Bukan Aidilfitri, tapi Aidiladha. Maknanya, ada ibadah korban. Hehe..

Masa kecik je pernah tengok orang buat korban nie depan mata, dah besar-besar nie memang tak pergi. budak-budak biasa lah suka menyibuk, semuanya nak ambil tahu.

hihi melalut pulak. Berbalik semula pada topik di atas, korang pernah dengar tak cerita yang lembu tak suka dengan warna merah? Dan jika ia ternampak sesuatu yang bewarna merah, ia akan mengejarnya sampai dapat. Pernah dengar tak?

Mieya pernah dengar tapi mengenai kesahihannya tak dapatlah Mieya pastikan. Entah betul entah tidak, tapi bila dah terbiasa dengar orang bercakap mengenai hal ini, dari orang tua sampailah ke generasi muda. Akhirnya Mieya pon percaya jugak.


Mana taknya, dulu setiap kali nak keluar rumah pergi tengok korban, emak selalu pesan, jangan pakai baju warna merah nanti lembu tu kejar.

Bukan masa korban je. tapi katanya sejak azali lagi lembu memang tertarik dengan warna merah. So bila ada masa terpakai baju merah dan terserempak dengan lembu (kalau balik kampung) memang kecut perut lah.

Lembu tu relaks je Mieya pulak yang lari sampai tak cukup tanah. Haha... Lembu pun ikut mood jugak nak kejar orang tau. Hehe.. Mesti lembu tu pelik kenapa Mieya lari kan. Rasa-rasanya angsa yang suka kejar orang tak tentu pasal. Haha.. Tension gila kalau jumpa angsa.

Btw, Mieya nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji. Selamat Hari Raya Korban. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kawan-kawan semua. Maaf zahir dan batin ye  ^_^


Menjelang Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum wbt :)

Fuhhh ! Seharian dari jam 10 pagi sehingga lah ke jam 2 petang, Mieya, adik dan emak bertungkus-lumus menyiapkan makan tengah hari nie beserta juadah untuk hari raya Aidiladha esok.

Macam biasa, setiap kali menjelangnya hari raya, kami akan menyediakan hidangan seperti nasi impit, kuah kacang, serunding, rendang kerang dan rendang daging. Selalunya kuah lodeh merupakan antara menu wajib buat. Tapi kali nie, tidak sebabnya takut tak termakan nanti.

Ya lah, sambutan hari raya haji nie takde lah lama mana jika dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri kan? Jadi, buat yang mana perlu je lah.


Nie pun kejap lagi, nak siapkan makanan untuk hidangan malam nanti. Tak tahu lagi nak buat apa. Maybe agar-agar dan juga kek.

Kebiasaannya, setiap tahun, akan ada baraan kat kawasan perumahan Mieya nie. Orang ramai berarak dari satu blok ke satu blok kawasan perumahan yang lain sambil melaungkan takbir bermula selepas Isyak sampai lah habis (dekat pukul 12 tengah malam).

Waktu kecik-kecik dulu, Mieya rajinlah ikut abah pergi berarak beramai-ramai nie. And Mieya seorang je budak perempuan yang ikut baraan tu, yang lain semuanya lelaki. heheh Makan free, siapa yang tak nak kan? Lagi-lagi nanti boleh borong gula-gula, ais krim pop dan air kotak sampai penuh poket baju kurung Mieya. Best sangat.

Tapi bila usia dah makin meningkat naik nie, Mieya dah takde join aktiviti berarak nie semua. Dah besar kan? Malu lah kalau orang lain tengok. Kan tak manis tu? hikhik

P/s : Bagaimana dengan persiapan hari raya Aidiladha kalian?


Resepi : Homemade Kentang Putar

Assalamualaikum wbt :)

Malam tadi, perut tetiba mengidam nak sangat-sangat makan kentang putar. Ala yang macam kentang putar KFC tuu. kehkeh mengidam lah sangat (mengalahkan orang yang mengandung)

Nak pergi KFC, dah malam. Malas lah pulak nak keluar. Jadi Mieya pon belek-belek lah resepi kentang putar di google. Malangnya, semuanya untuk hidangan besar. Takde sukatan untuk makan sorang-sorang ke? haha kedekut betul Mieya nie, kan?

Bukannya apa, takut nanti tak menjadi kang. Bukan ke rugi? Bila jadi macam tu, siapa yang nak mencekiknya? awak semua nak? haha..

So, nak tak nak. Mieya pon buat lah kentang putar berdasarkan resepi di google tetapi mengikut sukatan Mieya sendiri.

Bahan-bahan untuk kentang :
1 biji kentang (dibuang kulit dan rebus)
2 sudu planta
2 sudu susu segar
½ lada hitam (tumbuk sampai halus)
garam (secukup rasa)

Cara-caranya : 
1. Lenyek kentang sampai hancur.
2. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Bentukkan kentang ikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan untuk sos : 
½ cawan air
1 biji bawang merah dicincang/dikisar 
½ sudu planta
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
kiub ayam
1 sudu sos tiram
serbuk lada hitam dan garam, ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya : 
1. Masukkan planta ke dalam kuali. Setelah planta cair, masukkan bawang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai bewarna sedikit perang.
3. Masukkan kiub ayam dan air. Masukkan kesemua bahan yang lain.
4. Kalau suka sos yang pekat, biarkan lama sikit. Kalau suka yang cair, sila tambah air lagi.

Dan inilah hasilnya...
mashed potato

P/s : First time update entri pasal resepi. Simple lagi tu hikhik. Selamat mencuba :)


Respon Nuffnang mengenai kehilangan status Glitterati

Assalamualaikum wbt buat pembaca sekalian :)

Setelah semalam Mieya dibelenggu perasaan sedih bercampur kecewa mengenai semangat berblog yang semakin luntur dan bertambah luntur lagi dek kerana status glitterati Nuffnang ditarik.

Tapi hari nie, alhamdulillah. Kembali gembira dan ceria apabila mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan blogger sekalian yang tanpa henti menyuntik semangat di chatbox mahupun di ruangan komen.

Terima kasih semua. tak apa. Wang ringgit bukanlah penentu segala-galanya, kerana wang boleh dicari. Tapi kawan, tak boleh dicari. Lagipun, tujuan utama Mieya berblog pon bukannya kerana duit tetapi untuk menjalinkan persahabatan.

Berbalik kepada topik entri kali nie,


Alhamdulillah. Status glitterati blog Mieya telah pun dikembalikan semula beserta dengan earning yang hilang sekali.

Dan Mieya telah mengambil keputusan drastik setelah mendapat respons daripada pihak Nuffnang. Di mana Mieya telah menggugurkan salah satu blog Mieya daripada senarai blog di Nuffnang. Ini bermakna tiada lagi iklan Nuffnang yang berlegar-legar di blog tersebut.


Ternyata, perubahan kecil yang Mieya lakukan terhadap blog Mieya ini, menyebabkan status glitterati Nuffnang Mieya terjejas. Nampak sangat, Nuffnang betul-betul strict disitu. Padahal Mieya cuma gabungkan main post dengan sidebar je lepas tu tambah border sikit je. Itupun nak tacing-tacing dengan Mieya sampai nak tarik status. huhu

Takpe, lepas nie Mieya dah takkan usik lagi coding nie semua. Sebabnya, dah takde apa yang perlu diubah suai lagi. Semuanya perfect dan sedap mata memandang bagi Mieya lah. Menurut korang tak tahu lah pulak kan? lalala...


Adakah Nuffnang Sedang Bergurau Dengan Mieya?

Assalamualamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Apalah nasib yang menimpa diri daku ini. Adakah diriku ini telah ditakdirkan untuk terus berlayar ke pulau kosong sambil membawa hati yang penuh duka lara.. Sobsob berlayar lah ke pulau kosong. ohh.. terover emosi lah sangat.

Baiklah. Meh sini Mieya ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku.

Pagi tadi macam biasa, kalau tak buka akaun Nuffnang setiap hari memang tak lengkap rasanya. ialah nak tahu juga berapa bilangan pageview semalam, semalam punya semalam. Nak tahu juga sama ada diri ini berkesempatan untuk menerima BE baru. heheh


Tapi bila pagi nie tengok earning Nuffnang kat bahagian CPUV tu, jantung berdegup kencang *dupdap-dupdap* Kenapa earning CPUV nie makin mengurang ke separuh. 

Hmmm, ini mesti ada yang tak kena nie. Takkan lah tetiba pulak Nuffnang nak buat sale sampai earning pon diberi potongan diskaun bagai nie.

Status Glitterati Mieya dah kena tarik dan sekarang status dan jadi ahli biasa.. hmmmm PASAL APA YE?




So untuk mengetahui apa punca yang sebenarnya, Mieya baru je hantar tiket dekat Nuffnang tanya apa masalah yang telah Mieya buat dalam blog-blog Mieya nie.

Adakah berpunca daripada blog Mieya Atiera nie? atau mungkin blog-blog yang lain? Maklum saja lah, Blog adik Mieya pon, Mieya ada letak iklan Nuffnang juga. 

Apa-apa pun tunggu saja lah jawapan daripada Nuffnang. Harap-harap, Nuffnang saja je nak bergurau dengan Mieya hari nie ye. 

P/s : Baru je semalam update entri pasal kenapa dah ramai tak bersemangat nak berblog. Tengok-tengok, hari nie bertambah tak bersemangat lagi lah Mieya jawab nya. sadis !




Kenapa Ramai Tak Bersemangat Nak Berblog?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Dulu-dulu, masa awal-awal Mieya mula menulis blog sebagai diari peribadi online. Sebelum Mieya tau istilah blogwalking tu apa, sebelum Mieya tahu mengenai kepentingan trafik kepada blogger. Dan juga sebelum Mieya belajar untuk tidak memberatkan loading blog, menyemakkan dinding blog dengan gambar kartun yang pelbagai serta gadget yang tidak berguna.

Mieya pernah menjadi silent reader kepada beberapa buah blog. Banyak pilihan entri yang boleh dibaca. Ada yang membicarakan mengenai kecantikan, jurnal harian, cerita lawak dan teladan serta bermacam-macam lagi.

Kalau check sahaja dashboard, satu minit dah mesti berpusu-pusu entri baru sedia untuk santapan minda dan bijik mata. Dah siap boleh tadah air untuk di minum, penat blogwalking dari pagi bawa ke pagi. tengok blogger semua bersemangat waja.

Tapi, sekarang? 

Ke mana hilangnya entri-entri daripada para blogger tersebut? Selalunya akan ada beberapa entri pada tengah malam buta. Sekarang nak cari memang susah lah. Sampai ada blog-blog ditinggal terbiar tanpa update terkini selama beberapa hari, ke beberapa minggu dan kemudiannya sampai berbulan-bulan lamanya.

Sampai banyak blogger yang buat entri dah tak bersemangat, takde mood, ketandusan idea, malas dan terkini sampai nak tutup blog pulak.
hahaha. yang Mieya merahkan tu ada kena-mengena lah jugak dengan diri Mieya.

Berbalik kepada persoalan tadi, kenapa ramai sangat blogger yang dah tak semangat nak berblog nie?

Padahal bila di pikir balik pasal diri sendiri, kebelakangan ini Mieya semakin lambat dalam mempublish entri terbaru kan? Selalunya, pukul 2-4 petang dah ada entri baru daripada Mieya. Tapi sekarang, kalau tak malam nie, esok malam baru terjojol satu entri. Itu pon kalau ada lah.



Haihh. Mieya rasa prestasi tahap kerajinan Mieya merosot hari demi hari. cehhh. Nampak macam tipu lah. Mungkin dua tiga hari ni, sebab tak kerah kepala hotak untuk berfikir soal itu ini. Tengok saja pada entri sebelum-sebelum ini yang entah apa-apa.

Tapi janji, untuk capai matlamat dan cita-cita yang tinggi menggunung, Mieya kena juga men-triple-kan rajin Mieya nie di kemudian hari. kan kan. Lepas nie, tak boleh terus-terusan melambat-lambatkan proses mengupdate blog. Bimbang nanti melarat sampai ke hujung tahun blog tanpa update.

dah sekarang, Mieya cuba menghabiskan satu entri selepas seharian blog ditinggal tanpa suapan entri yang fresh. kesian belog. kurang kasih sayang. Kesian juga kat korang yang rajin komen kat blog Mieya, tapi Mieya tak balas kunjungan korang balik. 


Sorry, kejap lagi Mieya balas ye. Sabar tau :)



Final Piala Malaysia : ATM vs Kelantan

Assalamualaikum wbt :)

Dari pagi sampai lah ke saat dan detik ini, Mieya masih lagi giat mengedit blog. Konon-kononnya nak buat pages, menu bar macam blog orang lain. Biar senang sikit para pembaca nak dapatkan info, tips dan menjejak kasih entri-entri lepas mengenai itu dan ini.

Namun tuntasnya, tetap tak menjadi. Padahal, sebelum ini menjadi je time buat kat blog adik Mieya dulu. Mungkin sebelum-sebelum nie Mieya ada ter'delete' kod-kod penting, sebab tu setiap kali nak create pages dan setiap itu tak menjadi.

Hmmm, takpe lah. Takde rezeki agaknya nak berkongsikan itu semua dengan korang. Tapi itu semua tidak sesekali mematahkan semangat Mieya untuk berblogging ye. Blogging tetap keutamaan, edit blog sekejap-sekejap dan sambil-sambil tu sempat juga blogwalking ke dua tiga buah blog.

Alang-alang dah luangkan masa depan lappy, online facebook sekejap sambil mendengar radio dengan muzik dan celoteh dj radio sebagai halwa telinga.

Nampaknya hari nie, satu Malaysia pakat-pakat tulis, sembang, cakap-cakap pasal bola. Sana sini pasal bola. Maklum sahaja lah, hari nie kan final Piala Malaysia. Perlawanan antara ATM dan Kelantan.


Mieya tak sokong mana-mana pon. Senang cerita, Mieya sokong pasukan mana yang menang je. haha... takde semangat kesukanan betul lah Mieya nie. Maklum saja lah pasukan kegemaran Mieya telah pon kecundang semasa perlawanan di semi-final yang lepas.

Okey, sedih. Walau bagaimanapun, Mieya tetap akan menonton perlawanan bola nie melalui siaran langsung di tv. Siapa lagi nak sokong Industri sukan di Malaysia kalau tak rakyat Malaysia sendiri kan?

Salam berjumpa lagi di lain entri :)



Aku masih Disini, Setia Menunggu

Assalamualaikum wbt :)

Di saat kawan-kawan sebaya yang lain sudah tiga empat bulan bergelar pelajar di matrikulasi dan universiti, menyarung kembali uniform sekolah, terutamanya mereka yang berada di tingkatan 6 bawah. Di mana jadual harian mereka padat dengan aktiviti, sibuk mengadap buku-buku pelajaran untuk exam yang mendatang.

Mieya masih disini. Masih lagi meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Bangun tidur, mandi, makan, berkebun, online, tolong emak melakukan tugasan harian di rumah, makan, online lagi, main game kat handphone, baca majalah, makan cekedis, online, makan lagi. tidur pulak. Dan benda ini berulang-ulang. takde life --'

Lagi-lagi bila ditambah dengan hari ini. Rasa macam, "ehh, macam sama saja rutin harianku dengan semalam, semalam punya semalam, semalam punya semalam". Senang cerita, setiap hari melakukan rutin yang sama.



Seperti orang lain, Mieya juga ada mendapat tawaran belajar seperti tawaran ke Tingkatan Enam Bawah dan yang selebihnya kolej swasta. Malah, bukannya Mieya tak memasang niat untuk belajar dan kemudiannya bekerjaya. 

Tapi, kebanyakan course yang ditawarkan memang Mieya tak minat langsung selain kos yuran yang tinggi. Ya, tahulah PTPTN ada tapi Mieya tak nak berhutang banyak-banyak di kemudian hari. Antara sebab lain, Mieya teringin sangat-sangat nak merantau ke negeri orang dan belajar hidup berdikari. Lagipun, bila lagi nak merasa kan? So nak tak nak, Mieya terpaksa mengetepikan tawaran tersebut. 

Ya, memang Mieya kecewa bila tak dapat masuk IPTA macam kawan-kawan  yang lain,  apa yang Mieya dapat lepas berbulan tunggu keputusan UPU adalah "dukacita dimaklumkan bla bla bla". Tatkala budak lain sibuk update status dapat masuk ipta, Mieya pula sibuk baca status yang diupdate. hahaha Bertambah lagi cemburu dan sakit hati lah jadinya.

Lalu, Mieya nyatakan hasrat terpendam Mieya tu kepada abang Mieya. And bersesuaian dengan result SPM Mieya yang sedang-sedang saja tu, sekali lagi Mieya telah memohon UITM bagi ambilan kedua pada bulan Ogos yang lepas. Dan semestinya lah kos-kos yang Mieya pilih dengan bantuan kakak ipar, semuanya ada di tempat-tempat yang jauh.


So sekarang nie, Mieya masih lagi menunggu keputusan permohonan UITM LEPASAN SPM/SETARAF SESI 2 2012/2013. Yang mana, keputusannya akan diumumkan mulai 30 Oktober 2012 pada jam 2.00 petang. 

Harap-harap dapatlah. Kalau tak dapat juga, tanpa bercakap, disuruh atau meminta pandangan daripada sesiapa. Dengan segera Mieya keluar rumah, terus pergi cari kerja. 

Gila ke apa, dah dekat setahun duduk menanam anggur di rumah? Itupun sebab my dad tak benarkan Mieya untuk bekerja. Jiran-jiran sekeliling sibuk mengata itu ini tanpa mengetahui hal yang sebenar, dan selama itu jugalah Mieya dok memendam rasa. Seriously, I can't face it anymore !


P/s : Sorry. Terlebih ikutkan mood dan perasaan terpendam, beginilah jadinya.. entri panjang entah bila nak habis daaa. hahah layankan aje.



First Time Buat Donat

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

Hampir seharian blog nie ditinggalkan sepi tanpa sebarang entri baru, bukan bererti blog tidak berhupdate langsung. okey? saje je nak regang-regangkan kepala hotak dengan menonton dua tiga buah filem melalui dvd player di rumah.

Dua tiga hari nie, rajin pulak nak mengajak emak untuk mencuba membuat beberapa hidangan untuk makan petang. So, Mieya cadangkan untuk membuat donat. Selalu makan yang beli kat gerai-gerai di tepi jalan tu, tak pon beli Big Apple kat Subang Parade sana. hikhik

Bersungguh-sungguh benar lah nak buat kuih donat, sampai minta resepi bahan-bahan nak membuatnya daripada jiran sebelah. Kebetulan, jiran sebelah tu memang buat bisnes kuih donat nie. Dan kuih donatnya sentiasa laku dijual.

Minta senarai bahan dan cara mengadunnya je. Sukatannya pulak just anggarkan sesedap rasa je. Senang cerita, main campak-campak je ke dalam besen. So, tak dapat lah Mieya nak share kan resepinya dengan korang. Kang tak jadi, naya je. huhu

Nah, hasilnya..

Tapikan. bentuk yang terhasil takde lah megah sangat. Ada something wrong jugak lah. Bila digoreng dalam kuali yang telah dipanaskan minyak, ada yang sampai hilang lubang dan ada yang penyet sikit. 

Takpe, percubaan pertama nie bila dimakan sedap jugak. Tu yang penting. haha. First time memang lah tak perfect. Nanti next time buat, insyaallah perfect jadinya.

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)


Wordless Wednesday #28 | Roda Kehidupan



Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Pelik : Wanita Ini Taksub Pada Kebersihan

Assalamualaikum wbt :)

Penyakit terlalu taksub dengan kebersihan memang wujud di dunia ini. Para saintis juga sudah mengelaskan penyakit ini sebagai OCD atau ‘Obsessive Compulsive Disorder’. 

Tetapi berbeza bagi wanita berusia 40 tahun ini, penyakit OCD yang dialaminya itu telah 
memudaratkan dirinya sehingga dibuang kerja!

Sebabnya, dia akan mencuci tangan 300 kali sehari dan syampu rambut 25 kali sehari. 
Malah apabila mandi dia akan mengambil masa hampir lima jam!

Bayangkan berapa banyak masa yang diperlukannya dalam satu hari semata-mata untuk 
membersihkan diri?

Nampak seperti kerja gila. Tetapi itulah yang dialami oleh Julia Abdullah seorang rakyat Malaysia.
Kak Julia Ni Cuci Tangan 300 Kali Sehari, Syampu 25 Kali Sehari, Mandi Lima Jam!
Penyakitnya ini datang kira-kira 20 tahun lalu, iaitu semasa dia bekerja di makmal perubatan yang memerlukannya menguruskan contoh-contoh darah dari penyakit HIV.
Oleh kerana terlampau menghabiskan masa dengan membersihkan diri, dia terpaksa dibuang kerja kerana sering datang lewat. Malah, ‘tabiatnya’ itu menyebabkan bil elektrik dan air melambung tinggi.
Kasihan sungguh, penyakit terlalu taksub dengan kebersihan ini telah memudaratkan dirinya 
malah ia juga sukar dibendung.
Kini, Kak Julia sedang mengikuti satu kelas bagi membolehkan dirinya mengawal nafsu daripada 
terus membersihkan diri. Malah Kak Julia sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh World Mental Health.
Apa yang berlaku pada Kak Julia mendapat perhatian dunia apabila kisahnya kini banyak tersebar 
dalam blog dan portal luar negara.
Alahai Kak Julia… - sumber MYNEWSHUB



Nuffnang Bagi 2 CPUV Campaign Serentak !

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini Mieya sangat sangat sangat gembira dan gembira lagi. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan blog tidak dikunjungi iklan CPUV campaign. Setelah minggu lepas, Mieya dengan muka tak tahu malu pergi hantar tiket kepada Nuffnang bertanyakan "kenapa blog Mieya dah lama tak dapat CPUV campaign?"

Manalah tahu kalau-kalau pihak Nuffnang merajuk dengan Mieya ke apa. Dan ini antara respons daripada mereka :

Jadi, dengan penuh kesabaran Mieya teruskan aktiviti berblogging seperti biasa. Anggap seperti tiada apa-apa yang luar biasa berlaku. Update survey Nuffnang setiap minggu, pelbagaikan lagi entri-entri di blog dengan apa-apa cerita, kumpul trafik walaupun kekadang naik kekadang turun dan yang terkini, Mieya mengubahsuai pada bahagian pengisian blog Mieya supaya nampak lebih comel daripada biasa.

Alhamdulillah, akhirnya blog Mieya diberi lagi kepercayaan untuk mendapat CPUV campaign. Jika selalunya hanya satu sahaja iklan CPUV yang diberi oleh pihak Nuffnang, tapi kali ini dua CPUV diberikan kepada Mieya secara serentak. Sungguh Mieya terharu dengan Nuffnang ni. Suka bagi Mieya rasa high & best tau.

So, CPUV campaign kali nie datang dari This is A Pair Of Levi's dan Drypers Sungguh Ceria. Macam tahu-tahu je yang Mieya pernah pakai jeans Levi's dan pampers Drypers waktu kecik-kecik dulu. hikhik Terima kasih Nuffnang !



Dan di kesempatan ini, sekali lagi Mieya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi bagi CPUV campaign lagi. 

Dan terima kasih juga pada pembaca sekalian yang tak jemu-jemu singgah ke sini. Jangan malu-malu untuk klik iklan CPUV Campaigns nie ye.

Terima kasih :)



Bilangan Pageview Hanya 5?

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)

Rasanya dah ramai kot yang tahu mengenai hal nie. Dan mungkin juga masih ada yang masih tak perasan atau tak tahu.

Haa.. apa pulak yang tahu dan tak tahu tu Mieya? Sabar kejap, Mieya nak cerita lah nie.

Cuba tengok kat ruangan statistic di bahagian dashboard tu. Apa yang dapat korang nampak? Adakah korang juga mengalami situasi yang sama seperti yang Mieya hadapi sekarang nie?

Ya kawan-kawan, seperti yang dapat anda lihat. Bilangan pageview di blog Mieya nie tetiba bertukar menjadi 5 sahaja. Pelik benar, padahal semalam dah mencecah ke angka 62 ribu lebih. Tetiba hari nie cuma ada 5 sahaja?

Cubalah tanya kat sesiapa sahaja, siapa yang tak sedih bila hal sebegini berlaku. Trafik tu. Nak kata hal nie berpunca daripada aktiviti mengedit blog semalam, rasanya tak kot. Blog orang lain pon hadapi masalah yang sama.


Mungkin semua ini berpunca daripada pihak blogspot agaknya. Apa-apa pun, kita tunggu dah lihat sahaja apa tindakan susulan yang akan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab. Semoga semuanya kembali kepada sedia kala.


Sedikit perubahan pada blog

Assalamualaikum wbt and hello everybody !

Fuhhh (tarik nafas lega) How tired I'm right now. Baru je lepas edit blog, bukannya edit secara keseluruhan tapi edit kat bahagian utama blog aje.

Sebenarnya, dah lama rasanya Mieya bercadang untuk edit blog Mieya nie lagi. Dan dah lama juga, Mieya mencuba untuk mengedit bahagian utama blog Mieya Atiera nie. Tapi malangnya, selalu sahaja tak menjadi.

Preview punya preview, sidebar dan main blog tetap terpisah lagi.
Preview punya preview lagi, kod memanjang tak betul.

Mula-mula, Mieya dah seakan-akan berputus asa dalam menambah baik keadaan blog Mieya nie. Ye lah kan, selalu je tak menjadi. Rasa macam membuang masa yang banyak pon ada.

masa yang diambil untuk edit blog. Dua jam lebih sebenarnya.

Situasi yang sama juga yang berlaku sewaktu membuat header blog nie dulu. Header dah siap, tapi nak save kat photoshop tu tak boleh-boleh. Pelik juga bila tengok macam mana blogger-blogger lain boleh save, sedangkan Mieya punya langsung tak boleh.

At last, godek punya godek. Maka, terhasillah header yang sedia ada sekarang nie. Walaupun simple, yang penting kepuasan hati di atas daya usaha yang telah Mieya letakkan semasa membikin header tersebut tu diutamakan.

Tapi alhamdulillah. Lepas search bermacam-macam blog untuk mencari tutorial dan meneliti setiap kod background blog (freebies). Copy, paste, padam, preview berulang-ulang kali, akhirnya terhasil lah



Tapi Mieya rasa, masih ada sedikit bahagian yang Mieya kena baiki. Tak dapat nak baiki sekarang sebab takde mood dan juga kekangan masa. So, bila-bila masa yang betul-betul lapang, baru Mieya edit semula. hihi

So, Mieya nak tahu apa pendapat korang??

Okey ke tak? Dan apa yang perlu diperbaiki lagi. Share-share lah sikit mengenai pandangan korang semua ye :)


Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara

Assalamualaikum wbt :)

Pagi ini, kelihatan langit begitu mendung sekali. Tiada sinaran sang suria yang menerangi seperti kebiasaannya.

Sedang Mieya mengelamun memerhatikan tanaman yang subur di hadapan rumah, gerimis mengundang secara tiba-tiba. Semakin lama semakin rancak berirama bunyi titisan air hujan yang jatuh. Alhamdulillah, hujan turun lagi untuk kesekian kalinya.

Tenang rasanya bila pagi ini dihiasi dengan hujan. Bukan sebab alasan untuk malas melakukan aktiviti harian, tapi kerana rahmat. Bukankah hujan itu rahmat?

Setitik hujan bersamaan dengan setitik rahmat. Bayangkan ada berjuta-juta titik hujan yang turun membasahi bumi ini dalam satu masa? ini bermakna manusia dapat menikmati berjuta-juta titisan rahmat secara percuma.

Diharapkan juga, hujan kali ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan kuantiti air yang semakin kritikal di negeri Selangor sekarang nie.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jangan selalu tidur terlalu lewat dan bangun lambat. KENAPA?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Wah, tajuk entri kali nie. Tak boleh bagi lagi lagi lagi panjang ke Cik Mieya oii?!! hehe, sorry !

Artikel ini adalah ehsan daripada google yang bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !". Dah tajuk pon bahasa inggeris, sudah semestinya artikel ini sepenuhnya ditulis dalam bahasa inggeris. 

Jadi Mieya telah mengambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham. Memandangkan google translator tak banyak membantu, maka Mieya terangkan mengikut kefaham Mieya je lah ye :)

Ingat lagi tak, dulu waktu kita semua kecik-kecik, emak dan abah selalu marah-marah kita. eheh, sebenarnya bukannya marah pon, boleh dianggap sebagai satu teguran dan nasihat.

 "JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!"

Cuba ingat balik, cuba ingat balik. Mesti ada kan? Kalau tak pun, cikgu-cikgu kat sekolah pun ada juga cakap macam tu. Haa.. Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm) : adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de-toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan berada dalam suasana yang relaks seperti mendengar muzik

Jika seorang suri rumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam (11pm - 1am) : Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am) : Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am) : Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am) : Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am) : Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. 

Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai ke jam 4 pagi juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh  itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”


Sahabat Baik Rampas Kekasih. Apa Nak Buat?

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama rasanya Mieya tak menulis entri atau lebih tepatnya menyentuh isu cinta.
Bukannya sebab patah hati ke, atau ditimpa apa-apa penyakit yang melibatkan hati. Tak. Sebaliknya, Mieya kebuntuan idea, kekurangan sumber dan juga fakta-fakta khususnya bila melibatkan isu cintan-cintun nie.

Jadi, sudah semestinya entri kali nie berkonsepkan santai-santai sambil-sambil tu mengajak kita semua untuk sama-sama menyelami rasa serta membawa fikiran berpusing jauh ke dalam.

Sekarang, cuba letakkan atau bayangkan diri korang berada dalam situasi sebegini :

Anda mempunyai seorang kawan baik, yang mana persahabatan korang terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Dalam pada masa yang sama, anda mula mengenali seorang jejaka/gadis. Pada mulanya, korang berkawan rapat, namun lama-kelamaan hubungan kawan bertukar kepada kekasih.


Setelah beberapa tahun anda berkawan, dan akhirnya anda mendapat tahu bahawa kekasih anda mempunyai skandal dengan kawan karib anda. Tak sangka bahawa kawan anda sendiri sanggup membuat anda seperti ini dengan kata lain merampas apa yang dimiliki dan disayangi daripada anda. 



Apa yang anda bakal lakukan? menangis sampai lebam biji mata? ingin terjun dari tingkat 1 dengan tujuan supaya kekasih anda kembali kepada anda? Itu semua kerja sia-sia.


Situasi ini memang pernah terjadi di sekeliling kita dan selalunya "perampas" ini adalah dikalangan orang yang kita percayaiRampas merampas nie macam biasa je berlaku. Misalnya, rampasan kapal terbang pun boleh meruntuhkan bangunan WTC kat U.S. 

Manakala rampas kekasih boleh memutuskan tali silaturahim antara manusia.. Tambahan pula jika si perampas adalah kawan sendiri. Boleh mengakibatkan perang saudara yang sukar dibayangkan jika diturutkan dendam dan api kemarahan yang menggila.

Jika kekasih anda dirampas, anda perlu banyak bersabar. Anggaplah apa yang berlaku ini satu dugaan untuk lebih mendewasakan diri kita. Biarkan mereka dengan hidup mereka kalau sudah itu pilihan mereka. 

Memang benar ia menyakitkan apabila orang yang kita percaya dan sayang selama nie mengkhianati diri kita. Namun cubalah tabahkan hati dan buang rasa marah, benci dan dendam jauh-jauh kerana selagi ada perasaan itu, selagi itu kita akan bersedih. 

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah kuatkan semangat dan sentiasa berdoa agar Tuhan pertemukan kita dengan orang yang lebih baik. Jangan bersedih dan percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.



Hobiku, Bercucuk Tanam Depan Rumah

Assalamualaikum wbt semua :)

Dulu-dulu masa zaman hingus, Mieya selalu konfius dengan emak. Adakah "marah Mieya" adalah hobi sejati emak? sikit-sikit nak marah. kalau banyak, lagi lah marah marah marah. itu lah emak.

Nak pergi keluar bermain mak-mak dengan kawan-kawan di tengah hari buta, kena marah. Bermain kejar-kejar dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang lain, kena marah. Rambut panjang sikit, kena marah. Main sorok-sorok sampai terjatuh longkang, pun kena marah. emak, emak. Tak faham betul dengan emak.

Tapi bila umur dah menginjak naik ke 7 tahun, barulah Mieya faham pasal hobi emak nie. Majoriti penyebab 'kemarahan' emak itu adalah disebab perangai Mieya masa kecik dulu suka kemain membajet macam lelaki. Maybe sebab adik-beradik yang lebih tua daripada Mieya, semuanya lelaki. Sadis.


Jadi, bila Mieya memegang title sebagai seorang gadis, eceh, tetiba rasa ayu pulak bila gelarkan diri sendiri ni 'gadis'. heheh Barulah sifat-sifat keperempuanan tersemai sedikit demi sedikit dalam diri Mieya.

Pada suatu hari, Mieya ternampak emak sedang sibuk bercucuk tanam di depan rumah. Walaupun tanah yang ada di laman rumah cuma sekangkang kera kecilnya. Ada pokok pisang, serai, kunyit, pandan, pokok bunga dan tak dilupa pokok mangga besar yang meredupkan kawasan depan rumah.

Mieya pon dengan sifat ingin tahu (biasalah kanak-kanak lagi) bertanya itu ini dekat emak. Macam-macam yang Mieya tanya, sampai cacing yang jalan mengengsot kat tanah tu pon Mieya tanya. Haha nampak tak betapa banyaknya sifat ingin tahu Mieya tu?

Hmm, itu semua dulu. Semasa masih lagi pokok-pokok yang hidup subur di hadapan rumah. Semasa masih lagi ada tanah di hadapan rumah. Sekarang nie semuanya berlantaikan simen dan tar di jalan.

Sepatutnya ada banyak lagi gambar, cuma malas nak masukkan.

Nak guna pokok-pokok untuk kegunaan pada masakan kena lah tanam sendiri dalam pasu. Misalnya, nak masak kari kena tanam pokok kari, nak masak rendang kena tanam pokok kunyit. Nak masak air gula mesti nak bau harum semerbak, jadi kena tanam pokok pandan. Dan lain-lain juga.

Jadi, bila dah nampak betapa suburnya hasil tanaman emak, mulalah timbul api semangat dalam diri Mieya untuk "bermain dengan tanah". Nak cuba dan tengok sama ada tangan Mieya ada kuasa magis seperti emak atau tak.

Dan tadaaa...
nie anak pokok cili api yang mula bercambah di awal tahun nie
Waktu mula-mula tanam, banyak cabaran juga lah yang terpaksa Mieya hadapi. Di mana pokok kurang subur, semakin mengecil, layu dan akhirnya mati. Masalah yang dihadapi, antaranya terlebih letak baja, kawasan tanaman tak sesuai di mana terlampau panas, daun-daun pokok dimakan cik tikus. 

Dan ada juga yang sudah mula berbunga, tapi malangnya, entah macam mana pasu pokok cili tu terjatuh dan pecah semasa orang sedang mengutip sampah. Jadinya, pokok cili tu terus dibuang sekali denga pasu pecah.

Dan ini hasil pokok cili yang terkini,
Alhamdulillah. Setakat nie, Mieya dah merasa 5-6 biji yang siap dihidang bersama sambal belacan. Manakala cili api yang lain, masih lagi dalam proses tumbesaran. Takpe sabar lagi, nanti boleh merasa 20-30 biji lagi. hikhik

Itulah cerita bagaimana hobi berkebun dah jadi senarai benda wajib untuk dibuat oleh seorang Mieya sepanjang berada di rumah. Sekarang semangat suka berkebun Mieya tak pernah pudar di mamah usia lagi kecuali kalau waktu hujan. ngehngeh


P/s : Opps, terlebih panjang pulak entri kali seperti yang dijangkakan sebelum mula menaip lagi. Maybe sebagai pengganti bagi entri kosong semalam. Terima kasih sudi baca. Jangan segan-segan untuk bertandang ke sini lagi.