Rezeki Ramadhan, dapat Buffered Earning Nuffnang Lagi

Assalamualaikum wbt dan salam 11 ramadhan :)

Niat di hati dahku ingin menghupdate blog sewaktu pagi tadi. Akan tetapi, setelah menyibukkan diri sebentar dengan aktiviti duniawi, lantas fikiran yang sebelum ini melayang ke blog tersayang terus hilang dihanyut air hujan.

bhahahaa. Cakap aje lah, bijik mata telah tergoda dengan nafsu tidur "Raksasa tidur" dalam cerita Boboiboy tu. Ecehh, kantoi sudah rahsia jiwa riang Mieya sebagai kanak-kanak ribena ! hihi^^

Macam biasa, tiap kali menghupdate lappy tersayang nie, laman web Nuffnang dan juga blogger.com telah dibuka dengan kadar segera. Tujuan utamanya adalah untuk melihat berapa banyak trafik yang telah diterima oleh blog Mieya.

Jikalau trafik kurang, mesti ada yang tak kena dengan blog kita sama ada dari segi penyampaian, interaction mahupun sebab kurang promosi. Itulah antara faktor yang harus setiap blogger kaji untuk memantapkan lagi gaya penulisan dalam berblog.

Seterusnya, Mieya akan check perkembangan terkini pada bahagian earning Nuffnang. Nampaknya, Buffered Earning daripada iklan 1 Malaysia For Youth telah pun berakhir semalam dan digantikan pula dengan Buffered Earning yang baru dari Volkswagen Hari Raya 2012.
BE yang masih berjalan di sekitar blog Mieya nie

Wah, padahal puasa baru sahaja seminggu lebih. Tengok-tengok dah dapat BE untuk hari raya nanti. Kemain bersemangat lagi pihak Nuffnang nie kan nak menyambut raya awal-awal?

Tapi walau apapun, terima kasih sebab sudi menghadiahkan Mieya seketul BE untuk kali nie. Diharapkan di lain hari, bagi lah blog Mieya nie berjuta-juta lemon BE lagi. Kecik tapak tangan, besar sampai kembang semangkuk lagi hati Mieya untuk menerimanya di lain kali. hikhik

Sekian sahaja untuk entri kali nie. Salam bertemu lagi di lain entri :)


Tips Mengulang Kaji Pelajaran Super Cepat

Apa? Minggu depan exam. Aduiii, banyak lagi yang tak baca lagi! Sempat ke? Huh? Haaa.. 

Itulah antara dialog yang sering didengari jika berhadapan dengan exam. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang langsung tidak bersedia untuk menghadapinya.

Actually, bukan tak nak belajar atau mengulang kaji pelajaran, tapi.. tapi.. takde mood lah! Kadang-kadang tu tak tahu nak dahulukan yang mana satu. Semuanya penting. Banyak sangat yang kena baca nie. Adoi...

Rileks okey, Sebab hari nie Mieya akan tolong korang untuk membaca secara efektif dan cepat yang harus korang lakukan.

  • The Hand
Letakkan tangan kanan atau kiri di perenggan yang dibaca. Gerakkan tangan korang perlahan-lahan untuk membaca perenggan yang lain seiring dengan pandangan mata.

  • The Card
Gunakan kad atau kertas dengan pelbagai warna untuk membaca. Kalau boleh, tulis isi-isi penting yang perlu dihafal di kertas atau kad tersebut. 

  • The Sweep
Rapatkan jari-jemari korang dan gerakkan dari kiri ke kanan. Gunakan jari telunjuk untuk menandakan baris yang sedang dibaca. Gerakkan perlahan-lahan mengikut pandangan mata.

  • The Hop
Sama saja dengan The Sweep. Bezanya, The Hop menggunakan teknik jari-jari ketik berpindah baris dan menggerakkan jari dengan naik turun. Bayangkan saja gerakan The Hop seperti mengetukkan jari pada meja.


Semakan Status Terpilih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian :)

Rasanya hari nie, kemain ramai lagi bebudak batch 1995 yang melayari laman web PLKN. Maklum lah, semakan sudah pon boleh dibuat sejak awal pagi tadi.

Dan semestinya, saban tahun laman web PLKN telah mengalami capaian trafik yang sangat tinggi dan telah menyebabkan ramai pengguna tidak dapat mengakses ke laman web tersebut. Tapi kali ini jangan risau kerana, terdapat tiga server yang telah disediakan bagi memudahkan kerja semakan korang.


Thats mean, mulai hari ini, korang semua boleh menyemak status masing-masing sama ada terpilih ataupun tidak untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara siri 10/2013 ini. Sila klik pada link di bawah untuk menyemak status terpilih PLKN.


Korang juga boleh menyemak status pemilihan dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Cara-caranya ialah :

Taip : PLKN Semak <jarak> No Kad Pengenalan Anda dan hantar ke 15888
atau telefon 03-40274747


Garis Panduan Mendengar Lagu

Assalamualaikum wbt dan selamat menjalani ibadah puasa semua :)

Setelah sepagian menyibukkan diri dengan aktiviti mengemas rumah, menyidai pakaian di ampaian dan tak lupa menjenguk pokok cili kesayangan sekejap. Dan pada tengah hari yang mana nafsu mula bergelodak seperti ombak di laut.

Mieya rasa amat terpanggil untuk berkongsikan dengan kalian semua mengenai persoalan seperti yang tertera di tajuk entri kali nie.

Berkaitan dengan lagu dan muzik sebagai halwa telinga, penyedap hati di kala duka. Di mana terdapat dua khilaf (perbezaan pendapat) dalam masalah ini.

Satu kelompok mengharamkan secara habis-habisan semua jenis nyanyian dan lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat. Kelompok ini juga menyifatkan muzik sebagai "siulan syaitan", himpunan perkataan yang sia-sia serta boleh melalaikan diri dari melakukan ibadah.

Satu lagi kelompok  beranggapan bahawa lagu dan muzik adalah harus, terutamanya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu pernikahan, hari-hari besar dan sebagainya.

Dan disini, Dr. Yusuf al-Qadrawi telah meletakkan hukum secara umumnya adalah harus, dan boleh bertukar kepada haram jika ia melanggar garis panduan nih yang bawah ni :
  • Lirik Lagu Tidak Bertentangan dengan Akidah dan Akhlak Islam - rasanya tak perlu lah disenaraikan disini, sebabnya korang semua boleh selak dan selidiki sendiri sesebuah lirik lagu tu. Contohnya, lirik lagu yang mempertikaikan kekuasaan Tuhan. 

  • Gaya Persembahan -  Gaya penyampaian hendaklah tidak mengundang kepada fitnah. Contohnya, berduet antara penyanyi lelaki dan perempuan, mempunyai penari latar lelaki bercampur perempuan yang bukan mahram, berpakaian menjolok mata (seksi) serta melampaui batasan Islam.

  • Tiada Unsur-Unsur Haram - Perkara yang perlu diambil perhatian di tempat menyanyi ialah tiada unsur-unsur haram. Contohnya di tempat yang menyajikan air setan (arak), perempuan yang seksey meksey, dadah serta pencampuran antara lelaki dengan perempuan.

  • Tidak melampaui batas - .Setiap persembahan yang disampaikan mestilah tidak berlebih-lebihan serta mendatangkan sebarang pembaziran. Muzik yang mengiringi sesebuah lagu mestilah tidak mendatangkan syahwat, nafsu, melalaikan dan mengkhayalkan pendengar.

Tapi di

Sebaiknya kita manfaatkan masa yang terluang dengan membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat, melakukan qiammulail serta solat-solat sunat. 


Semoga entry ini ada benda yang bermanfaat yang dapat di kongsi ye. walaupun cuma sedikit. 
Credit to : Sis Yuyu Zulaikha


Sekian. Salam bertemu lagi :)


Nikmat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan salam 3 ramadhan 1433H semua :)

Alhamdulillah. Sama ada korang sedar ataupun berada dalam keadaan separuh sedar, hari ini masuk hari ketiga kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu pergi meninggalkan kita.

Tengah syok tidur enak dibuai mimpi tengok-tengok, pagi-pagi dah dikejutkan untuk bangun sahur semula. Tengah syok bersantai selepas menyiapkan juadah berbuka, tengok-tengok, sekejap je dah nak masuk waktu berbuka.

Kalau dah namanya bulan puasa, maka semestinya kaum hawa dan para ibu sekalian gigih memerah otak, berfikir nak masak apa? Tanya pendapat anak-anak, kawan-kawan jiran sebelah-menyebelah. Nak sediakan apa untuk dijadikan sebagai juadah berbuka nanti??

Dan tidak dilupa, di bulan puasa inilah, segala macam makanan yang tidak terdapat atau dijual pada hari biasa, ada dijual istimewa untuk meraikan bulan ramadhan. Semuanya boleh didapati di bazaar ramadhan yang berdekatan.

Cuma, yang perlu diberi perhatian disini ialah berbelanja lah mengikut keperluan dan bukannya mengikut hawa nafsu semata. Elakkan daripada melakukan pembaziran di bulan yang penuh berkat nie. Seeloknya, lebih baik jika kita bersederhana dalam berbuka agar tidak menjadi santapan tong sampah. Beli banyak tapi makannya tidak.
Seperti biasa, setiap kali bulan Ramadhan, laungan azan Maghrib merupakan antara alunan merdu yang sentiasa dinantikan oleh semua orang. Tak kira lah sama ada tua ataupun muda, dan tiada yang lebih nikmat bila dapat berbuka dengan mendahulukan air dan buah kurma.

Ye lah, bulan-bulan lain tak adanya nak tunggu laungan azan baru nak makan. Tak adanya nak minum air dan terus mencapai buah kurma. Tak adanya nak bersiap awal ke masjid untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Betul kan?

Apa-apapun selamat menjalani ibadah puasa diucapkan kepada semua. Perbanyakkan amal ibadah di bulan yang mulia ini. Jaga mulut dari segi percakapan, kawal hati daripada dihurung api kemarahan dan sentiasa istiqamah dalam melakukan amal ibadah. Moga-moga ibadah puasa kita diterima oleh-NYA. Amin.

Tutorial : Cara Cash Out Earning Says

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua :)

Seperti yang telah Mieya janjikan pada korang semua di entri yang lepas. Mieya ada berjanji dengan korang untuk membuat entri tutorial pasal macam mana nak cashout earning Says bila dah cukup RM50 atau lebih.

Untuk makluman, korang haruslah mempunyai akaun bank sendiri sebelum melakukan proses cashout tu. Bagi adik-adik yang di bawah umur, seelok-eloknya minta lah kebenaran daripada ibu bapa korang dulu ye?

Okey, tanpa melengahkan masa mari kita mulakan tutorial kali nie :

1. Bila earning korang dah cukup RM50 atau lebih, secara automatiknya perkataan Cash out now! akan keluar seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah.


2. And then, akan keluar page seperti yang ditunjukkan di bawah nie kan? Apa yang perlu korang buat ialah :

  • isikan maklumat yang diperlukan dengan betul
  • Bahagian yang perlu diambil serius ialah Nombor akaun bank. Pastikan korang isi dengan betul dan teliti.
  • Dah siap? Re-check semula segala butiran yang telah diberikan. Pastikan tiada apa-apa kesalahan.
  • Setelah berpuas hati, boleh lah tekan button Cashout my earning !

4. Kemudian, akan muncul Cashout confirmation di mana korang perlu semak semula butiran yang korang isi tadi. Jika terdapat sebarang kesilapan, boleh perbetulkan dengan menekan button Edit. Manakala kalau korang yakin maklumat yang diberikan adalah betul, boleh lah klik pada Confirm 

5. Setelah selesai, akan keluar seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
6. Lepas tu, pihak Says akan menghantar email pemberitahuan mengenai status permohonan cashout earning korang tu. That's all.


Dapat Lagi Buffered Earning dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Baru sahaja online pepagi ini setelah seharian semalam tak memunculkan diri di laman sesawang ini melainkan entri auto-publish semalam. Maaf, bukannya Mieya sengaja bertindak sedemikian rupa. tetapi, semua ini adalah di atas satu sebab. Yang mana, Mieya rasa
Mieya akan jelaskan di entri edisi bulan Ogos nanti.

Sememangnya entri itu adalah entri fresh dari ladang gandum yang bakal Mieya sajikan buat kalian nanti. Diharapkan kalian akan sabar menanti okey :)

Okey, berbalik kepada post title kali nie. Ternyata benar yang pihak Nuffnang telah bermurah hati dalam menaja blog Mieya dengan iklan-iklan yang hebat serta super-gempak nie.

Dan Buffered Earning kali nie adalah dari Nusmetro Arte. Terima kasih kerana sudi memilih blog Mieya :)
ini haaa.. iklan Nusmetro Arte tu.

Alhamdulillah, rezeki bersama Nuffnang semakin hari semakin melekat. Tengok, BE yang dulu pon masih melekat walaupun tiada yang berkenan untuk klik beliau. Diharapkan limpahan Buffered Earning dari Nuffnang nie bakal berterusan untuk jangka masa yang lebih lama. Mudah-mudahan. Amin~

Di kesempatan ini juga Mieya ingin mengucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kepada pengunjung, pembaca setia, sama ada aktif atau pon tak di blog Mieya nie. Tanpa korang, nescaya, blog Mieya masih lagi berada di tampuk yang lama. Blog kanak-kanak riang ceria seperti ribena tu. hakhak

Salam ramadhan dan selamat berpuasa juga kepada semua umat Islam, walau di mana jua korang berada. Jangan lupa baca niat puasa di bulan Ramadhan nie.
P/s : Seeloknya bacalah niat untuk berpuasa sebulan terus. Ye lah, manalah tahu kalau-kalau kita terlupa nak baca niat berpuasa secara harian tu. Dah hilang nikmat pahala berpuasa kita tu.


Tips menjadi seorang yang kelakar

Assalamualaikum wbt korang dan salam sejahtera :)

Yo! peace yo! Berbekalkan keyword yang Mieya dapati di Nuffnang baru-baru nie. Maka, seharusnya entri kali nie ada kaitan dengan keywords tersebut.

Jadi, apa keyword yang Mieya maksudkan tu? Kejap, kejap, sabar dulu dong! Keyword tersebut ialah Tips nak jadi seorang yang kelakar. Kiranya nak jadi Si Joker lah tu.

Okey, jom kita ketahui bagaimanakah formulanya untuk menjadi seorang yang kelakar.

APA?!! Ingat subjek Matematik, Fizik, Kimia, Additional Mathematics je ke yang perlukan formula nie semua? Nak buat lawak pon kena ada formulanya jugak tau.

Walaupon korang memilih untuk berkongsi bersama kawan-kawan rapat, tapi korang mesti berhati-hati kerana mungkin ada perasaan yang akan tersinggung. 

Selain itu, soal jantina juga perlu diambil kira. Lelaki biasanya tertarik dengan lawak yang kasar manakala perempuan mudah ketawa dengan lawak tentang orang yang dikenali atau berupa cerita.

  • Total Ekspresi
  • Cerita lucu akan bertambah menjadi-jadi sekiranya korang bercerita seiring dengan mimik muka, gerakan tubuh serta intonasi suara yang betul. Dengan beitu, orang yang mendengarnya juga akan berasa seperti mereka berada di tempat kejadian.

  • Cari Sumber
Buntu mencari idea untuk menceriakan kawan korang yang sedang bersedih? Cuba baca komik atau buku-buku berunsur lawak, layari youtube ataupon layan je video-video lawak daripada Osbon, Boboi, Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak dan Sepah. Sudah pasti korang akan ketawa sehingga terguling-guling di lantai.

Ataupon, korang boleh terjah youtube untuk tengok vlogger berkarya dengan bijak seperti Anuar Hadi, Maria Elena dan MatLuthfi.

  • Tengok masa
Cari masa yang sesuai untuk berlawak jenaka. Sebaiknya, tahan naluri untuk berjenaka pada saat korang berada di pusat ibadah, dalam kelas, perhimpunan, pengebumian, atau pada mesyuarat.

  • Jangan Over

  • Selawak mana pon jenaka yang ingin korang sampaikan, pastikan korang tidak ketawa dahulu sebelum menyampaikan cerita tersebut. Tunggu sehingga orang disekeliling ketawa, and then barulah korang ikut sekali ketawa.

  • Pilih kawan-kawan
Maksudnya, pilih kawan-kawan yang terkenal dengan sifat humor yang tinggi dan amati cara mereka melawak. Biasanya, mereka mempunyai gaya penceritaan yang sempoi dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Luaskan juga pergaulan dengan orang yang lebih muda daripada usia korang kerana kisah mereka juga boleh dijadikan bahan jenaka. 


Wordless Wednesday #22 | Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Krisis Air Lebih Teruk Berbanding 1998

KUALA LUMPUR – Penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berhadapan dengan krisis air jauh lebih teruk daripada apa yang yang pernah dialami pada 1998 jika kekurangan bekalan air terawat tidak diselesaikan segera.

“Permintaan air secara puratanya telah meningkat ke tahap 4,329 juta liter sehari berbanding dengan kapasiti pengeluaran maksimum semua Loji Rawatan Air (LRA) sebanyak 4,371 juta liter sehari.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kini hampir tiada rizab lagi untuk menampung sebarang peningkatan permintaan bekalan air terutama sewaktu permintaan puncak, dengan permintaan meningkat setinggi lebih 7 peratus daripada purata permintaan air harian,” katanya ketika ditemui pemberita semasa kempen derma darah SWAn di Pusat Darah Negara, di sini pada Selasa.
Loong berkata sesetengah penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur sudah mula mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah akibat kekurangan bekalan air terawat.
Loong berkata kerajaan Selangor dilihat langsung tidak memahami keadaan bekalan air yang melanda pada masa ini dan asyik mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan paras air di empangan Selangor penuh dan mencukupi.
“Apa yang dipertikaikan sekarang adalah mengenai kekurangan bekalan air terawat dan keperluan meningkatkan sumber air serta membina LRA tambahan untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat,” katanya.
Loong berkata berkata masalah ini boleh diselesaikan sekiranya pihak-pihak yang berkaitan berkumpul dan berbincang cara mengatasi masalah ini bersama.
“Pihak SWAn mendesak kerajaan Persekutuan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberikan perhatian penuh dan mengambil langkah-langkah jitu untuk menyelesaikan isu penting ini secepat mungkin,” katanya. - Sumber BERNAMA
Pheuwww, *kesat peluh di dahi dengan tisu*

Kalau lah masalah ini tidak dibendung dengan segera, dikhuatiri akan mendatangkan bala kepada kami semua. Haaa.. bala? Kenapa pulak? Sebabnya :
  • Air menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan
  • Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. 
  • Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabahMengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air.
  • Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. 
  • Kehilangan air sebanyak 2% menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

SEGMEN : Jom join bloglist MYRAVEA

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)

Okey, tengok sahaja pada tajuk entri kali nie, semestinya korang semua dah boleh agak yang Mieya nak join segmen kan?

Ya kawan-kawan,
ternyata sangkaan korang semua adalah benar belaka. Memang kali ini Mieya nak join satu segmen yang hebat dan awesome ini. Segmen yang bertajuk "SEGMEN : Jom join bloglist Myravea" ini telah dianjurkan oleh si empunya blog yang comel lote ini.

Tengok sahaja pada banner, dah tahu yang beliau nie seorang yang kreatif dalam mereka cipta design blog. Jadi, untuk mereka yang mengimpikan watermark secara percuma dari
Sis Myravea nie, boleh lah cepat-cepat terjah ke blog beliau dengan menjoinkan diri dalam segmen ini.

My Twitter : Mieya Atiera

Tarikh tutup segmen akan diberitahu kemudian. 

Jadi, apa tunggu lagi? Jom lah ramai-ramai memeriahkan lagi segmen daripada blogger yang awesome ini ! Rugi tau kalau tak join :)


Thank you Nuffnang Sudi Bagi BE Lagi

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi yang ceria semua :)


Bangun-bangun pagi ini, Mieya teringat akan ajakan adik tersayang untuk ke pasar pagi bersama-sama. Lantas dengan kadar segera menggunakan kuasa kuda, Mieya bersiap-siap untuk berjalan-jalan sambil memerhatikan acara sukaneka bebudak tadika di padang.


Setelah puas memborong dua helai t-shirt, tudung bawal, buah-buahan serta sayur-sayuran selama hampir sejam lebih, balik terus ke rumah, tak sempat lagi nak me-rileks-kan diri. terus sahaja Mieya mengadap laman web Nuffnang dengan harapan tinggi. "Harap-harap dapatlah Buffered Earning baru", bisik hati kecil Mieya.


Dan alhamdulillah, nampaknya kali nie pihak Nuffnang mendengar kata hati Mieya. Setelah sekian lama menunggu dengan hati yang gagah (padahal baru 3 minggu menunggu) , akhirnya pihak Nuffnang bermurah hati untuk menghadiahi satu BE kepada blog cikai Mieya nie.

tengok,  BE dari Shell Advance pon masih gagah perkasa lagi tau ^^

Dua iklan di Metered Earning itu pon, baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu yang lepas. Alhamdulillah, kali nie melekat jugak BE baru daripada 1Malaysia4u (1 Malaysia For Youth) dan semestinya khas untuk para belia sekalian. Thank you Nuffnang !


Walaupun UV kat blog ni kekadang tak mencapai seratus pun sehari tapi itu bukanlah faktor untuk Nuffnang kedekut dengan kita. Yang penting kekalkan kesetiaan, sentiasa kemaskini blog dan juga survey Nuffnang. Insyaallah, akan dapat juga nanti.

Terima kasih juga buat pengunjung blog dan pembaca setia blog cikai Mieya yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan kalian juga murah rezeki hendaknya.

Bagi yang berminat untuk tahu tips ringkas mengenai cara mendapat BE dari Nuffnang boleh klik >>DISINI<< Manalah tahu kalau-kalau boleh melekat Buffered Earning kat blog korang jugak. hikhik






Rahsia Kecantikan Nasha Aziz

Assalamualaikum wbt buat pembaca yang dikasihi sekalian :)

Minda dan hati Mieya sekarang dah tak terkawal lagi-lagi bila melihat selebriti, mahupun orang-orang di sekeliling yang memiliki kulit super duper cantik tanpa sebarang cela. Dan Mieya yakin ramai lagi gegurl di luar sana yang bernafsu sama dengan Mieya, iaitu nafsu nak bermuka cantik.


Cemburunya tatkala melihat wajah comel Nasha Aziz model dan juga pelakon popular, meskipun usianya sudah pun menginjak ke usia 40-an. Sedangkan diri sendiri hanya memiliki muka yang comot dan penuh berminyak. Jadi, ayuh kita bongkar apakah rahsia Nasha Aziz dalam mengekalkan kecantikan wajah beliau.
Nasha Aziz berkata hidupnya yang sentiasa dikelilingi dengan cinta, berfikiran positif, ceria serta menjalani gaya hidup sihat menjadikan beliau sehingga kini kekal cantik dan masih mempunyai bentuk badannya, macam anak dara sunti.
Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta”, ujar Nasha Aziz kepada MD tatkala memintanya berkongsi apakah rahsia awet mudanya.
“Di usia 41 tahun, saya sentiasa pastikan saya tetap cantik. Jadi saya dah cuba banyak produk kecantikan sejak beberapa tahun sebelum ni. Sekarang saya cuba pula Taut. Baru lebih kurang dua minggu. Saya sukakan rasanya yang manis dan kemanisan itu yang memberikan saya tenaga dan cinta. Dan harap-harap Taut memberikan sesuatu yang paling terbaik pada diri saya”, ujarnya.
Sumber : Mynewhub
Mieya rasa Mieya perlu beredar segera daripada menaip. Takut nanti makin lama mengadap lappy nie, makin serius saje mukanya. Makin banyak pulak sisa cinta yang terbuang. Biasalah. Bila minda dikuasai dengan perkataan CINTAaaaaa nie. Dah terpengaruh Mieya nak kelihatan cantik dan anggun dengan kadar sungguh segera macam Kak Nasha Aziz nie. 
Cis.


Akhirnya, Cashout Sudah Earning Says

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Rasanya, dah lama kan Mieya tak bercerita pasal Says nie pada korang semua? taip sambil buat muka ketat, sambil mengharapkan belas ihsan korang untuk mengiyakan sahaja setiap bait perkataan Mieya nie.

Kalau hari tu, Mieya ada bercerita pasal email penghargaan daripada pihak Says sebab telah berjaya mendapatkan maksimum klik bagi satu iklan. Di mana Mieya dengan rakusnya telah membolot RM10 daripada pihak mereka. Yeay, markah penuh untuk Mieya Atiera si budak baru nak akil baligh. -,-"

Kali ini, berita malapetaka gembira apa pulak yang Mieya nak ceritakan pada korang semua?

usap dagu sambil padang ke kiri dan ke kanan dengan beribu-ribu pertanyaan di dada

Alhamdulillah. Selepas hampir tiga bulan berusaha sambil cekalkan hati sambil memaksa kepala hotak untuk mencipta ayat yang menarik perhatian orang lain untuk klik. (Cewaahh, ayat tak boleh nak blah sangat kan Mieya nie !)

Akhirnya, hari nie earning Says Mieya telah pun cukup tahap kematangannya iaitu sebanyak RM50. Walaupun tak sebanyak yang pernah korang dan korang semua dapat.


Tapi Mieya tetap bersyukur. Duit free kot ! Hanya duduk berteleku di hadapan lappy sambil berkempen di sana sini. tuptup dah boleh cashout. Alhamdulillah, ini semua rezeki atas kesungguhan diri sendiri dalam mempromote kempen secara pukal dalam sesuatu masa. Bergantung kepada mood jugak. hihi

Kalau hari tu, Mieya ada update entri pasal Bila lah boleh cashout Says nie? Tengok-tengok, hari ini dah boleh cashout dah. Dan cek Churpchurp hari itu baru sahaja ditunaikan pagi tadi. hikhik

P/S : Nanti Mieya update mengenai tips-tips nak suruh orang lain klik iklan korang (klik sini) secara berhemah lagi bijak dan juga tutorial cara nak cashout earning Says (klik sini). Nantikan tau !


Perkongsian Jumaat #8 | KepadaNya Kita Berdoa





Dan ingatlah :
“Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.


Beginikah Sikap Rakyat Malaysia?

Assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua pembaca sekalian :)


Korang ada tengok berita di Buletin Utama TV3 tak semalam? Di mana seorang wanita warga emas berbangsa cina, yakni berusia dalam lingkungan 60an telah terbaring di atas jalan raya akibat diragut oleh sampah masyrakat  yang tak berhati perut.


Sejurus selepas kejadian, terdapat tujuh orang yang berjalan sambil hanya melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range.


Persoalannya, di manakah hilangnya sikap keprihatinan dan nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat negara kita? 

Kira-kira pukul 6.10 pagi, barulah ada tiga orang yang baik hati telah membantu mengangkatnya ke tepi jalan dan memanggil ambulans.
Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala.
“Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat,” katanya..
Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek.
Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya,” - TheStar

P/S : Cuba bayangkan kalau korang ataupun ahli keluarga terdekat yang menjadi mangsa ragut? Adakah orang lain bakal menghulurkan bantuan untuk membantu? atau apa???


Wordless Wednesday #21 | Mujahadah



Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Tips Tingkatkan Jumlah Pembaca di blog

Assalamualaikum wbt semua :)


mood : sila tetapkan mode serius dalam diri anda ketika membaca entri kali ni.


Kali nie Mieya nak tolong korang untuk dapatkan pembaca yang pelbagai. 


Di Malaysia, terdapat lebih 200,000 blog yang berdaftar di blogger mahupun wordpress. Dan daripada jumlah tersebut, berapa ramaikah di antaranya yang berbelog secara aktif? itu belum kira lagi belog yang bersawang dan telah tutup kedai.


syoknya bila setiap hari, belog-belog baru yang awesome dengan penulisannya. Apakah kita kenal belog-belog tersebut? tak. tak. bukan kesemuanya kita dapat kenali mereka. tapi, berdasarkan penulisan nya lah kita dapat membezakan mereka dengan yang lain.


Semua orang tahu, seorang blogger takkan melepaskan peluang untuk merebut sebanyak mana trafik ke belog mereka. dan salah satu caranya ialah, merajinkan diri untuk berblogwalking dan meninggalkan komen.


Mieya nak bantu korang nie, nak ke tak nak? Okey, nah sila like group blogger dan mulakan menge-ping entri anda :)

  1. KELAB BLOGGER  
  2. Sahabat Blogger 
  3. Blogger Members
  4. Malaysian Blogger Unite
  5. Dunia Blogger 
  6. Kami Si Blogger 
  7. Komuniti Gila Blog 
  8. Diari Sahabat Blogger 
  9. Kongsi Link Blog
  10. Blogger Ping
  11. Sembang Blogger 
  12. Geng Blogger Bersatu
  13. Iluvblog.com 
  14. Blogger Maniac 
  15. Kawan Blogger 
  16. Port Blogger
  17. Kaki Blogger
  18. Pendukung Blogwalking
  19. Buddies Of Twitter and Blogger
  20. Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu
  21. Saya Seorang Blogger
  22. Blogger A.R.E.A
  23. Blogger Terhebad
  24. Rakan Blog
  25. Suka Hati Je Buat Blog

Sebenarnya ada banyak lagi group kat facebook tu. Ada lebih daripada 50 group. terpulang kepada diri sendiri, nak gunakan ataupun tidak. sebabnya peluang ada di mana-mana. Kalau kita tak berusaha untuk mencari, bagaimana nak dapatkan hasilnya kan?

Join saja apa macam group yang ada, tak salah. inilah medium yang seharusnya setiap blogger gunakan untuk mempromosikan belog mereka. Jadi, gunakan sebaik mungkin.

di sana korang akan dapat pembaca. dari sana jugak korang boleh dapat info terkini. dan dari sana jugak korang akan terjumpa dengan blog yang hebakkk kemain.



Membuat Pembaharuan di Sidebar Blog

Assalamualaikum wbt ^^v


Selamat Petang Semua 


Sejurus selesai menikmati makanan bagi hidangan tengah hari tadi, yakni selepas puas mengusap perut yang kekenyangan lalu merenung sejenak ke papan kekunci lappy macam yang selalu Mieya buat. Mieya terfikir pasal belog Mieya.

Melihat pada belog lain yang telah meletakkan widget top commentator di sebelah sisi blog mereka. Rasanya dah sampai pulak giliran Mieya untuk mengikut jejak langkah mereka jugak.

Ya lah, semenjak Mieya menceburi bidang penulisan secara maya ini, semakin hari semakin banyak kawan-kawan blogger yang telah Mieya kenali. Di mana wujudnya pertukaran pendapat, perbincangan atau apa-apa sahaja komen yang membina yang disuarakan oleh mereka.
Thank you sebab sudi baca blog Mieya serta tinggalkan komen :)

Dengan adanya widget top commentator di belog Mieya ini, diharapkan dapat memberikan manfaat trafik kepada para pembaca sekalian. Seterusnya, menyuntik semangat pembaca sekalian untuk meninggalkan komen, saling berinteraksi, bertukar-tukar ilmu dan pandangan dengan Mieya mahupun bertanyakan tips dan tutorialInsyaallah, serba sedikit ilmu yang Mieya ada, akan dikongsikan bersama.

Rasanya, sifat kedekut ilmu itu tak patut berlaku. Sebabnya sesuatu ilmu yang kita miliki tu bukannya boleh disimpan sorang sorang. Lama-lama berkepam kat celah ketiak dan akhirnya hilang dan terlupa jugak. kan? 

So, lepas nie jikalau terdapat sebarang pertanyaan daripada sesiapa sahaja, kenalah rajinkan diri kerah kepala hotak, gagahkan diri kerah cari idea yang banyak. Tak naklah rileks sangat blog Mieya nie. Kesian pulak dengan korang semua, penat baca entri yang sama lepas tu blah.

tak nak. tak nak.

Apa-apa pon, Mieya cuba nekad kat hati, selain korang semua datang ke blog Mieya sambil meninggalkan komen, dapat juga pulangan trafik beserta komen satu di belog korang. hikhik

P/S : Tengah ligat berblogwalking untuk mendapatkan idea yang segar-bugar :) 



Akhirnya, siap juga baju raya dahku~

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Ohh, alangkah indahnya hidup ini... (sambil menyanyi lagu raya Aidilfitri) haha puasa pon belum lagi dah fikir pasal hari raya bagai. well, baju untuk dipakai di pagi hari raya dah siap, macam ini lah lagaknya kan?

Haaa.. mesti ada yang akan cakap macam nie, "Awalnya Mieya beli baju raya". Sebenarnya bukannya beli, tapi tempah. Ya kawan-kawan, persiapan awal itu adalah perlu memandangkan kita tak tahu sama ada sumber kewangan akan sentiasa ada ataupon tak.

Jadi, disebabkan bimbang akan berlaku perkara yang tak diingini, Mieya bersama emak dan si demokk telah pon menghantar kain untuk dijahit di bulan April yang lalu. Dan kini, setelah hampir tiga bulan berlalu, akhirnya siaplah jua empat pasang baju kurung bagi setiap seorang.


Alhamdulillah. Dengan adanya persiapan awal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan untuk sambutan hari raya nanti. Insyaallah.

Korang pulak, dah tempah ke belum baju raya korang tu? ke ada yang lebih prefer untuk membeli sahaja?Jangan tempah di saat-saat akhir, nanti risau pulak para penjahit di luar sana tak nak ambil tempahan dah. hehe

Cara Mieya Mendapatkan Seketul Idea Menghupdate Belog

Assalamualaikum dan salam berhujung minggu buat semua pembaca :)

Sebelum memulakan aktiviti blogjogging ke blog yang lain, sebelum memulakan aktiviti menghupdate blog, sebelum kepala hotak dikerah bagi mendapatkan idea yang melimpah ruah, benda best yang perlu korang buat ialah :


Baca pantun 5 rangkap 4 kerat nie sampai faham okey? Di samping dapat  merenggang-renggangkan urat-urat berselirat di sekeliling leher hingga ke kepala hotak, aktiviti ini baik jugak untuk kesihatan korang. 

Jadi, jangan lupa buat aktiviti ini okey? Bukannya ambik masa yang lama pon, cuma dua hingga tiga minit sahaja. Lepas tu, korang boleh meneruskan aktiviti berblogwalking secara pukal, menghupdate belog serta follow blog sesiapa sahaja. 

Siyes, lepas aje Mieya buat aktiviti senaman ringan ini. Mieya rasa bersemangat nak berblogging kembali. Ini dah cukup membuatkan Mieya mudah mendapat idea segar dalam menghupdate belog. dengan harapan dapat menarik hati pembaca yang disayangi sekalian :)


Blogging boleh menajamkan minda?

Assalamualaikum wbt korang :)

Sangatlah busy bertungkus-lumus macam lipas kudung di rumah semalam dek kerana Mieya telah mengambil alih tugas emas secara sementara sebagai seorang suri rumah. Dan disebabkan itu, entri semalam pon merupakan antara entri auto-publish, yang disiapkan pada hari Rabu jam 10 malam.

Semalam, sampai malam hingga ke pagi, terus terlentang kat katil empuk Mieya. Bangun bangun dah pukul 8.30. best nya hari ni. tapi macam sama saja dengan hari yang lain. Jadi, hari ini Mieya harus menghadapi kenyataan, petang ini adalah waktu Mieya bersama belog tercinta. Ya, Mieya akur akan kenyataan tersebut -.-


Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, saya Mieya Atiera kini telah berjaya menajamkan minda yang tak berapa nak tajam tu dengan berblogging. 


Ya kawan-kawan, 
Sejak Mieya berpijak di bumi blogspot di alam maya ini, Mieya dapat merasakan perubahan dalam diri Mieya terutamanya di bahagian otak dan minda. 


Minat Mieya ke arah dunia penulisan maya ini telah menyebabkan Mieya selalu mencari idea untuk menghasilkan entri-entri baru. Sekaligus telah membuatkan otak dan minda Mieya mula berjalan dan bekerja. Kalau tak, otak Mieya menjadi malas dan semestinya sudah karat.


Buktinya sekarang, Mieya mampu bercerita mengenai berita-berita semasa yang berlaku di sekeliling dan juga di luar negara kepada sang emak, abah, keluarga dan orang lain. Otak dan minda Mieya ini mampu berfikir dengan lebih baik dan memberikan pendapat yang bernas.


So, inilah cara Mieya nak menajamkan otak dan minda Mieya nie. Walaupun Mieya sedar bahawa kebanyakan entri di blog nie merepek, merapu serta tunggang-langgang ayatnya. Tapi takpe, itu cara Mieya. Lain orang lain caranya kan?


Sekian sahaja karangan pendapat saya kali ini yang bertajuk "Menajamkan minda dengan berblogging" sempena hari Jumaat ini. Salam bertemu lagi kawan-kawan ^^





Punca Trafik Blog Naik Mendadak

Assalamualaikum wbt dan selamat malam you alls :)

Semalam, trafik ke blog Mieya mengalami peningkatan yang amat drastik, mendadak naik and then kebabomm. Haha Awal-awal pendahuluan dah merepek kemain. Apa dah Mieya nie ! -.-"

Mula-mula, Mieya agak terkejut jugak dengan keadaan ini. Ya lah, selalunya trafik ke blog nie tak kurang lebih dari 100 UV je. Tetiba semalam... Nah kau, tengok sendiri :)



Setelah di kaji selidik, rupa-rupanya entri semalam yang bertajuk "Mengenali Malam Nisfu Syaaban" inilah antara faktor penyumbang utama kepada trafik semalam.

Ohhh, baru tahu. Patutlah semalam kemain tinggi melambung-lambung trafik di blog Mieya nie. Rupa-rupanya disebabkan penggunaan keyword yang berkesan dan dipublish pada masa yang bersesuaian. Alhamdulillah. Diharapkan entri perkongsian semalam memberikan manfaat kepada kita sesama Islam. Amin~

Mengenali Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum wbt dan selamat petang yang mendung semua :)


Sebagai peringatan bersama, maghrib ini (4 Julai 2012) akan tibalah 15 Syaaban 1433H iaitu malam nisfu Syaaban. Ini menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. 


Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Malam nisfu Syaaban? Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada hari tersebut.


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah




Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
  • Bertaubat

P/S : Klik sini untuk mengetahui Doa Nisfu Syaaban :)