Entri Penghargaan Dari Says

Assalamualaikum wbt kalian :)

Dengan penuh rasa bersungguh-sungguh Mieya mengerah kepala hotak seiring dengan jari-jemari saling bekerjasama dalam menghasilkan entri kali nie. Dengan harapan tinggi melambung-lambung macam Mail Lambung yang korang akan membaca entri ini.

Lantas sekaligus dapat menaikkan semangat korang untuk berusaha sebaik yang mungkin demi mendapatkan ganjaran yang serupa dengan apa yang Mieya rasakan. Ya rasa kepuasan, keseronokan dan penuh keterujaan.

Alhamdulillah. Rezeki dan ganjaran untuk diri sendiri dalam menghabiskan lambakan masa terluang di rumah dengan melayari internet. Di samping meluangkan masa dengan aktiviti kegemaran seperti berblogging dan bertweeeting, dapat lah jugak menjana sedikit pendapatan sampingan.

Memandangkan sejak dua menjak nie, Mieya kembali mengaktifkan diri dengan Says seperti entri-entri yang pernah Mieya pos kan sebelum nie :


Dan terkini, Mieya telah menerima emel beserta ucapan penghargaan daripada pihak Says setelah berjaya mendapatkan maksimum klik unik bagi satu kempen



Alhamdulillah. Ini semua hasil yang Mieya peroleh setelah merajinkan diri untuk mempromosikan kempen Says di Twitter dan juga di blog.

Walaupun takde lah sebanyak yang pernah korang dapat. Tapi Mieya puas hati kerana Mieya boleh berjaya mendapatkan klik bersih tanpa saling bertukar klik, atau menggunakan chatbox sebagai medium untuk kaut keuntungan sendiri. No, Mieya tak buat kerja tak baik itu. Takkan sesekali dah.

Yang penting, kita perlu ada matlamat yang jelas beserta dengan keyakinan diri yang kita juga boleh menjana pendapatan tanpa membuat sebarang penipuan. Insyaallah, selagi kita berusaha selagi itu kita mampu mengecap kejayaan :)



Dolphin Pink Yang Semakin Pupus

Pernah lihat ikan lumba-lumba atau dolphin yang berwarna merah jambu atau lebih mudah, warna ‘pink’?
Dolphin pink sememangnya wujud tetapi kita jarang melihat haiwan tersebut memandangkan kebiasaannya, kita hanya mengetahui dolphin hanya ada yang bewarna hitam atau kelabu.
Dolphin pink adalah ikan lumba-lumba spesis Inia geoffrensis di mana hidup di dalam air tawar.
Dolphin pink lebih dikenali dengan nama Boutu, Amazon River Dolphin dan Pink River Dolphin.
Habibat awal dolphin pink adalah di sekitar sungai di benua Amerika Selatan iaitu sungai Amazon atau Orinoco.
Uniknya, di awal usia ‘remaja’ dolphin ini, kulit dan tubuhnya berwarna kelabu tetapi bertukar kepada ‘pink’ apabila menjadi dewasa.
Kajian-kajian yang dilakukan oleh para pengkaji sehingga kini masih lagi tidak mengetahui punca atau sebab perubahan warna kulit dolphin itu berlaku.
Berbeza dengan spesis dolphin yang sedia ada, dolphin pink ini merupakan dolphin yang primitif, kurang melompat atau kurang aktif.
Kerana jarang dilihat habitat dolphin ini, spesis dolphin pink telah disenaraikan sebagai spesis yang terancam kehidupannya oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) kerana banyak menerima pencemaran sungai dan aktiviti perikanan yang tidak terkawal hingga memusnahkan habitat mereka.


Do's & Dont's in Social Media

Assalamualaikum wbt dan salam ceria you all :)


Di saat manusia-manusia di sekeliling Mieya ada yang dah berkerjaya, ada yang dah sambung belajar dan ada yang dah merantau jauh di negeri orang. 


Mieya masih lagi setia di rumah. Masih lagi setia melekat dengan blog kesayangannya. Masih lagi men-siput-babi-kan diri sendiri menjana wang poket online sekupang dua kupang melalui blog dan juga twitter.


Alhamdulillah. Walaupun pendapatan yang dijana tidaklah segempak orang lain yang mencecah ke RM10 sehari. Dapat seminggu empat hengget pun dah cukup buat beli jajan. Dah cukup buat beli internet untuk bertweeting dan berfacebooking melalui handphone cap ayam kecintaanku. HAHA

Jadi, tanpa berfalsafah secari membabi buta, tanpa memikirkan ayat pendahuluan yang panjang kemain hari ini, maka Mieya nak mengupas sedikit topik mengenai peraturan di dunia maya.


Apa? Ingat di dunia realiti sahaja ke yang perlukan peraturan dan undang-undang segala nie, dunia maya pun mempunyai peraturannya sendiri walaupun tidak ditulis secara formal. Peraturan-peraturan inilah yang akan menjamin keharmonian you all di alam maya. 

Misalnya di Facebook :
  •  Fikir dulu sebelum publish

Setiap kali menulis status, pastikan you all berfikir dua kali sebelum menekan butang publish. Periksa ejaan, struktur bahasa dan isi status tersebut. Jangan sampai ada yang ketawakan you all kerana kesalahan ejaan (typo) atau bahasa Inggeris yang tunggang langgang. Pastikan juga ayat-ayat you all tidak menyinggung perasaan orang lain.

  • Jangan letak maklumat peribadi

Untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini, jangan meletak maklumat peribadi seperti nombor telefon, nombor akaun bank dan sebagainya di profil you all. Ingat ya, walau macam mana pun, harus ada batas dalam wilayah peribadi you all.

  • Lindungi profil Facebook

Kebelakangan ini, terlalu banyak kes yang melibatkan cyber bullying. Lagi-lagi yang melibatkan foto-foto di akaun Facebook yang boleh dibuka sembarangan. Sangat bahaya kalau gambar you all diambil orang tidak bertanggungjawab dan diedit dengan tidak senonoh kemudian disebarkan. Jadi, lebih berhati-hati bila meletak gambar dan gunakan perlindungan yang sepatutnya agar akaun you all tidak dicerobohi sewenang-wenangnya.


Manakala di Twitter pula :
  • Jangan minta follow semula

Sebelum request untuk follow back, perhatikan dahulu siapa orang tersebut. Kalau kawan-kawan memang tiada masalah, tapi kalau baru kenal dah minta follow back, itu memang memalukan. Jangan sampai mereka berfikir you all desperate mengumpul followers! Duh!

  • Jangan post hal peribadi di timeline

Semua orang berhak menuliskan apa saja di Twitter. Tetapi takkanlah hal peribadi antara boyfriend dan girlfriend pun nak dipost di timelineDirect message kan ada. Gunakan sebaiknya. Sekurang-kurangnya, orang tidak menyampah melihat timeline you all

  • Kawal tweet posting

Perhatikan betul-betul di posting box, ada tertulis  “what’s happening?” dan bukan “what are you doing?” So, jelas di situ you all hanya perlu tweet  jika ada perkara-perkara menarik yang berlaku di sekeliling. Bukan tweet sembarangan sehingga bangun tidur, makan, mandi dan tidur pun nak ditweetErghhh!



Tebus Hadiah Giveaway Dari Says

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Masih ingatkah kalian mengenai post entri Mieya yang ini dan juga ini? (jangan risau, ini bukan link iklan tapi link entri yang lepas)

Di mana Mieya ada berkongsi dengan kalian mengenai keterujaan hati Mieya tatkala dikhabarkan telah memenangi sebuah PSP dan pada masa yang sama, Mieya terpilih antara 10 orang yang bertuah untuk menerima sebuah CD Super Junior. Alhamdulillah, syukur rezeki tuhan !

CD Super Junior dan Sony PSP
Kelmarin bersamaan dengan 26 Jun 2012, tepat jam 1 petang Mieya dengan nekadnya telah pergi ke Pejabat Says untuk mengambil hadiah kemenangan. Di mana sewaktu dalam perjalanan ke sana, Mieya telah tersesat lalu berpatah balik dan berhenti seketika di hadapan Centrepoint Bandar Utama. Pheuw !

Walau bagaimanapun, nasib baik ada GPS kat handphone cikai Mieya tu. Tengok arah tuju yang selamat untuk ke Pejabat Says dan akhirnya ketemu jua. Yeah !

Nahhh, ini gambar sebagai kenang-kenangan dari Says. Kalau letak gambar nie sebagai Default Profile di Facebook mahupun twitcon di Twitter pon tak menjadi masalah rasanya. Mesti lagi famous amos lagaknya. hekhek (gelak malu) :D

Apa-apa pon, memang best sewaktu menebus hadiah di Pejabat Says. Staff dia sangat-sangat peramah dan mesra alam lebih-lebih lagi kepada ahli komuniti mereka.

So, buat mereka yang belum join Says nie apa tunggu lagi? Takkan sekadar nak tengok dan baca sahaja berita kemenangan dan keterujaan orang lain? Jom lah pakat-pakat join Says nie. Hanya perlu klik DISINI dan daftar sebagai ahli Says. Dan mulakanlah berkempen dengan serancak yang boleh.

Salam bertemu lagi di lain entri ye kawan-kawan semua :)


Tips Ringkas : Jana Pendapatan melalui Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Bertemu lagi kita di hari yang sama dengan entri yang kedua untuk hari nie. Wah, kemain lagi Mieya nie dari pagi tadi sampai ke petang, menghupdate mengenai Nuffnang ye? hikhik, Takpe. Ini semua sebagai perkongsian kita bersama jugak.

Nampaknya, ramai juga yang memberikan respons pada entri pagi tadi di mana Mieya telah mendapat Buffered Earning yang keempat untuk bulan Jun nie. Dan ternyata, ada yang masih tak tahu apakah itu Nuffnang nie?

Nuffnang merupakan antara syarikat pengiklanan untuk blogger sekalian selain advertlets, heartbeat dan lain-lain. Di mana para blogger boleh menjana pendapatan sampingan (duit poket) sambil berblogging.

Kiranya macam Churpchurp jugak. Tapi bezanya, Churpchurp boleh dikongsikan melalui medium lain seperti blog, tumblr, twitter, facebook manakala Nuffnang hanya tertumpu di blog sahaja.

Untuk mereka yang baru mengenali Nuffnang nie, korang boleh mendaftar mengikut tutorial DISINI. Dan selepas mendaftar, korang perlu meletakkan ketiga-tiga jenis iklan Nuffnang seperti yang ditunjukkan di tutorial INI.


Seterusnya, ikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di bawah :

  • Nombor Satu - Pastikan korang telah meletakkan ketiga-tiga iklan di tempat yang betul
  • Nombor Dua - Isi borang kaji selidik ini dengan betul
  • Nombor Tiga - *PENTING ! Sila isi maklumat yang diperlukan dengan penuh berhemah macam mengisi borang temuduga untuk dapatkan kerja.

Dah siap? Okey, sekarang jom kita kenali apakah jenis-jenis iklan Nuffnang.


Apa itu BE / Buffered Earning?
BE ialah iklan yang berjalan di blog kita. Kiranya memang masyuk lah kalau korang dapat iklan nie. Bila tiap kali bloggers lain terjah blog kita then dorang klik iklan BE tu, makanya kita akan dapat duit lebih dari situ. Lagi banyak Unique Visitor lagi banyak lah boleh jana pendapatan.

Apa itu ME / Metered Earning?
ME adalah iklan BE yang dah habis berjalan di blog kita. Kiranya dah tamat tempoh pengiklanannya di blog kita. Then amaun dari iklan BE yang tamat tu akan di kreditkan ke ME.

Apa itu CPC / Campaign Per Click?
Campaign adalah iklan yang dikira bila iklan diklik oleh bloggers lain. So bila ada orang klik, baru dapat duit. Tapi AWAS ! Jangan main klik-klik iklan sendiri sebabnya salah di sisi T&C Nuffnang. Jika didapati bersalah, akaun Nuffnang korang boleh dibekukan atas kesalahan berkenaan. 


Alhamdulillah, BE Baru Dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi kalian :)

Alhamdulillah. Rezeki Mieya di bulan ini sungguh menggalakkan. Sungguh tak disangka-sangka, kesabaran menunggu dan juga kegigihan menghupdate blog yang Mieya cuba usahakan saban hari selama ini ternyata berbaloi.

Di mana kali ini, Mieya telah mendapat suprise daripada pihak Nuffnang yang telah menghadiahkan Buffered Earning kepada Mieya. BE kali ini ditaja khas oleh Drypers Relaunch.


Dan apa yang korang sedang perhatikan sekarang nie, adalah betul belaka. Tak aci lah kalau main tipu-tipu kan? Ini merupakan BE yang keempat yang bertandang ke belog Mieya sepanjang bulan Jun ini.

So, sekarang ini keputusan semuanya terletak di tangan korang semua, iaitu pembaca setia blog Mieya. Kalau ada nampak salah satu iklan Nuffnang diatas yang berlegar-legar di blog Mieya, klik lah sekali. Tak payah klik berlebih-lebih okey?

Terima kasih di atas budi bicara kalian semua. Sekian untuk entri kali nie :)

Fesyen Sesuai bagi Si Petite

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)


Entri kali nie ditaip khas untuk kaum kita aja okey. Pak Ali, Pak Abu, Mirul, Amir juga rakan-rakan seangkatan jantina dengannya dilarang membelek-belek entri kali nie. hikhik, nampak sangat betapa kejamnya Mieya hari nie.


Ohhh, diharapkan korang semua janganlah terasa hati mahupon rasa touching dengan statement Mieya kat pendahuluan tuu. Saja je nak hangatkan lagi hati korang tu. kehkeh.


Okey, dah tengok title post entri hari nie? Jadi, seharusnya entri kali nie berkaitan untuk korang, duhai si gadis petite! Siapa cakap orang yang berbadan gempal sukar untuk mencari pakaian yang sesuai? Begitu juga dengan si kecil molek? Haaa.. sape? sape?


Sebenarnya, ia adalah satu kelebihan bagi korang yang bertubuh genit, di mana baju yang besar boleh diubahsuai menjadi kecil. Pelbagai cara yang boleh dipraktikkan dalam berfesyen bagi golongan sebegini. Ayuh, kita tengok!


Satu warna
Pakai pakaian dari rona warna yang sama dari atas sampai ke bawah. Bagi menutup kekurangan seperti ketinggian, padankan seluar atau skirt labuh yang senada dengan warna baju. Antara warna yang sesuai ialah warna-warna gelap.


Sesuai dengan tubuh
Pemilihan pakaian yang sesuai pada tubuh badan si gadis genit amat penting agar tidak nampak canggung. Kalau boleh, jangan pakai baju yang terlalu besar kerana kamu hanya akan kelihatan aneh dan mungkin orang akan mengecop sebagai baju pinjam.


Garisan menegak
Pilih baju dengan garisan menegak. Baju tersebut tidak semestinya mempunyai jalur yang menegak. Cukuplah sekadar potongan yang menegak yang menampakkan tubuh genit korang seperti tinggi. 


Berkolar V
Pilihlah top atau jaket yang berkolar V atau berbentuk U bagi menampakkan leher supaya kelihatan lebih jinjang.


Kasut Tumit Tinggi
Haa, ini antara jalan penyelesaian yang paling mudah yang semua orang boleh buat. Jangan sesekali memakai kasut silang yang mempunyai banyak tali kerana ia hanya akan menampakkan kaki korang lebih pendek.


Pemakaian Aksesori
Elemen aksesori mampu mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata. Elakkan dari memakian baju yang sarat dengan seperti manik dan labuci. Elakkan juga dari memakia beg tangan yang besar. 


Katakan "tidak" pada mini skirt
Tolak keras-keras pada gaun pendek atau mini skirt. Kaki korang hanya akan kelihatan lebih pendek dengan skirt mini yang lebih tinggi paras lutut.


Potongan seluar yang lurus
Pakai seluar atau jeans yang mempunyai potongan yang lurus. Daripada segi tali pinggang pula, pilih tali pinggang yang nipis dan tidak lebar bentuknya.


Semoga dengan perkongsian tips ini dapat membantu korang dalam menyembunyikan kekurangan diri korang terutamanya ketinggian. Selamat mencuba ye semua!





Tips Nuffnang : Naikkan CTR Bonus CPUV

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

Ingat lagi dengan post Mieya yang >>ini<< Di mana Mieya ada ceritakan mengenai bintang di Nuffnang tu kan? Okey, itu sebenarnya rating yang Nuffnang bagi kat blog kita.


Adakah korang tahu bagaimana nak dapat CTR Bonus dari CPUV/BE Nuffnang yang korang dapat? Jangan lepaskan peluang sementara kempen CPUV/BE masih berjalan di blog korang.

Ke masih ada lagi di kalangan korang yang tak tahu, apakah itu CTR Bonus? Okey, biar Mieya terangkan berdasarkan jawapan dari maklum balas pihak Nuffnang.
  1. Apakah itu CTR Bonus?
  2. Bagaimanakah cara untuk mendapat CTR Bonus?
  3. Apakah itu Rating Star dan macam mana nak naikkan bilangan rating star?
  4. Apakah yang dimaksudkan dengan NA di CTR Click Per Campaign (Iklan CPC)

Macam mana nak dapat CTR tu sebanyak 0.2%? Haaa.. senang aje. Iklan-iklan Buffered Earning/CPUV nuffnang akan keluar di salah satu antara tiga tempat ads nuffnang dan kena lah dapat banyak klik

Jadi, korang jangan lupa klik iklan-iklan Nuffnang yang sedang berjalan di blog Mieya nie! Lagipun, iklan dah semakin banyak sekarang nie. Tak salah kalau saling membantu antara satu sama lain :)


5 Tips Dalam Memilih Pasangan

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat pembaca sekalian :)

Sebenarnya, Mieya tak berapa reti sangat bila diminta untuk berbicara soal cinta.
Tapi, memandangkan ada permintaan daripada kawan-kawan. Maka terhasillah entri bertajuk "Tips Memilih Pasangan" untuk kali nie.

Secara jujurnya, memang susah untuk mencari pasangan yang serasi dengan diri kita, jiwa muda kita, ibu bapa kita serta keluarga kita. Kalau boleh, setiap insan di muka bumi ini inginkan pasangan yang sempurna. Namun, ketahuilah. Takde sesiapa yang sempurna di dunia nie.
Lelaki dan perempuan dicipta untuk melengkapi hidup antara satu sama lain, menutup kelemahan antara satu sama lain. Jadi diharapkan tips-tips berikut dapat membantu korang dalam mencari pasangan dan seterusnya mengekalkan hubungan tersebut.


  • Agama
Agama seseorang itu sangat penting. Korang mestilah mencari pasangan yang seagama. Hal ini demikian kerana, agama yang kuat menjami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.


  • Rupa yang elok
Dalam hal ini, tak perlu lah sampai nak cari pasangan yang memiliki rupa paras secantik Siti Nurhaliza dan setampan Anuar Zain. Cukuplah sekdar elok mata memandang dan membuatkan kita tak rasa jemu bila memandangnya berulang kali.
  • Berharta
Berharta bukannya bermakna kaya dengan wang ringgit. Sebaliknya kemampuan individu tersebut dalam menyara keluarga. Kalau boleh, biarlah lelaki dan perempuan tu sama-sama berharta bagi mengelakkan isu ungkit-mengungkit di kemudian hari.


  • Perangai dan akhlak yang baik
Carilah pasangan yang pandai mengambil hati korang. Tidak muda cemburu buta, sentiasa berfikiran positif, saling mempercayai, ikhlas dalam perhubungan. Saling mempercayai antara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan.
  • Keturunan baik-baik
Kalau boleh, selidik dulu latar belakang keluarga pasangan korang sebelum mengambil keputusan untuk bercinta. Ibu bapa dan keluarga yang baik adalah cerminan yang terbaik mengenai bakal pasangan korang tu.

Dah. Cukuplah setakat disini sahaja. Diharapkan melalui perkongsian ini, korang semua dapat memilih pasangan yang betul-betul serasi dengan diri korang. Sekian :)

Tips Mengurangkan Tempoh Loading Blog

Assalamualaikum wbt & selamat berhujung minggu :)

Sudah menjadi kewajipan bagi setiap blogger untuk saling berblogwalking dan berinteraksi dengan blogger lain bagi memastikan orang lain dapat mengetahui kewujudan blog sekaligus dapat menjana kelangsungan trafik ke blog mereka.

Tapi perasan tak, kenapa bilangan pelawat blog korang semakin hari semakin berkurangan? Haaa.. Selain malas berblogwalking, meninggalkan komen atau pendapat, mungkin juga berpunca daripada masalah blog korang yang berat sehingga melambatkan tempoh loading di blog korang.

JOM Check berat blog korang disini ! >>>klik<<<

Jadi, bertepatan dengan topik entri kali nie, Mieya nak sentuh sikit beberapa widget yang berkemungkinan besar menjadi punca kenapa blog korang lambat loading. Berkemungkinan juga, widget inilah menyebabkan blog korang menjadi berat sekaligus tidak mendapat tempat di hati pembaca.

  • Widget Lagu Automatic Play

Sememangnya, widget sebegini tak sesuai diletakkan di blog. Lagi-lagi kalau blog korang diklasifikasikan sebagai untuk bacaan umum. Lainlah kalau blog korang tu bersifat peribadi dan khas untuk tatapan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan sahaja.

  • Widget jam/tarikh/masa
Bagi Mieya, widget ini pon tak perlu diletakkan di blog. Hal ini adalah kerana, di skrin laptop mahupun di PC sendiri, dah ada widget jam, siap dengan pakej hari dan tarikh lagi.

  • Widget Feedjit
Widget feedjit pon merupakan antara penyumbang terbesar kepada masalah blog lambat loading. Tapi, apa yang Mieya dapat lihat, most of blogger menggunakan widget ini untuk mengesan lokasi pembaca mereka. Bagi Mieya tak perlu kot korang letak widget nie di sidebar. Cuba cari widget lain yang lagi compact dan simple.

Dan cadangan lain kalau korang sayang nak buang widget nie ialah dengan membuat page. Senang. Takde lah menyerabutkan kepala hotak nak tengok blog korang yang sedia padat tu. :)

P/s : Kalau korang ada tips lain boleh lah kongsikan di ruangan komen. Terima kasih :)



9 Adab Menuntut ilmu

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi yang ceria semua :)

Apa? Ingat nak jumpa bakal ibu mertua dan ayah mertua je ke perlu amalkan adab segala bagai nie. Nak menuntut ilmu, pergi sekolah, ke kelas tambahan pon kena beradab jugak tau. 

Jom, kita ketahui antara adab-adab menuntut ilmu yang perlu kita ikuti. Barulah berkat ilmu yang korang pelajari daripada guru-guru nanti.


P/S : Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Di mana definisi ilmu itu tersangatlah meluas, dan boleh didapati serta dipelajari di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Tutorial : Cara Tukar Profile Akaun Churpchurp

Assalamualaikum wbt dan salam muhibah semua :)

Tengah sibuk-sibuk menyiapkan entri untuk dipublishkan di kemudian hari, tetiba Mieya menerima satu permintaan tutorial mengenai cara menukar profile di akaun Churpchurp.
Kalau tak silap Mieya lah. hihi ^^v

Jadi, alhamdulillah. Selagi ada permintaan, selagi itu Mieya akan cuba membantu menghuraikan kekeliruan korang tu. Insyaallah, mudah-mudahan.

Tanpa melengahkan masa, ayuh kita mulakan :

1. Mula-mula, buka dashboard Churpchurp masing-masing. (klik sini kalau belum join)

Kemudian, ikut langkah-langkah seperti di bawah :

Nanti akan keluar macam nie :

Kalau nak hantar email kepada pihak Churpchurp, sila tekan link http://help.churpchurp.com tu

Lepas tu, akan keluar seperti gambar di bawah nie :


Dah siap? Tekan Submit. Tunggu respons seterusnya daripada pihak mereka. Insyallah, dalam masa 2-3 hari, pertanyaan korang akan dijawab. :)

Sekian, diharapkan tutorial kali nie dapat membantu kalian semua :)

Wanita ini Mempunyai Nama Terpanjang Di Dunia

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi yang menggembirakan buat semua :)

Ada satu cerita yang menarik yang Mieya ingin kongsikan bersama kalian semua.
Kalau masih kurang jelas, sila baca balik tajuk entri kali nie sampai betul-betul faham. Okey?

Rasanya wanita ini sudah boleh memohon untuk berdaftar di dalam Guinness World Records kerana mempunyai nama terpanjang di dunia. Cuba bayangkan jika seseorang yang mempunyai nama sepanjang 161 patah perkataan.

Pada asalnya, namanya adalah Dawn McManus. Dia kini berusia 41 tahun dan berasal dari Hartlepool, England.

Selepas anaknya meninggal dunia, dia telah menubuhkan sebuah yayasan iaitu ‘Yayasan Red Dreams’. Tujuan penubuhan yayasan itu adalah untuk menyokong anak-anak muda yang mengejar impian kerjaya mereka dalam bidang seni.

Demi meningkatkan dana yayasan itu, Dawn juga telah menukar namanya secara rasmi kepada….
Harap korang semua bersedia, tarik nafas dengan panjang dan diharapkan korang tidak pening. 
Nama beliau ialah...


Red Wacky League Antlez Broke the Stereo Neon Tide Bring Back Honesty Coalition Feedback Hand of Aces Keep Going Captain Let’s Pretend Lost State of Dance Paper Taxis Lunar Road Up Down Strange All and I Neon Sheep Eve Hornby Faye Bradley AJ Wilde Michael Rice Dion Watts Matthew Appleyard John Ashurst Lauren Swales Zoe Angus Jaspreet Singh Emma Matthews Nicola Brown Leanne Pickering Victoria Davies Rachel Burnside Gil Parker Freya Watson Alisha Watts James Pearson Jacob Sotheran Darley Beth Lowery Jasmine Hewitt Chloe Gibson Molly Farquhar Lewis Murphy Abbie Coulson Nick Davies Harvey Parker Kyran Williamson Michael Anderson Bethany Murray Sophie Hamilton Amy Wilkins Emma Simpson Liam Wales Jacob Bartram Alex Hooks Rebecca Miller Caitlin Miller Sean McCloskey Dominic Parker Abbey Sharpe Elena Larkin Rebecca Simpson Nick Dixon Abbie Farrelly Liam Grieves Casey Smith Liam Downing Ben Wignall Elizabeth Hann Danielle Walker Lauren Glen James Johnson Ben Ervine Kate Burton James Hudson Daniel Mayes Matthew Kitching Josh Bennett Evolution Dreams.
“Secara rasmi, saya boleh dipanggil Red, tetapi saya masih menghargai orang yang sukar menerima perubahan pada nama saya,” katanya.


Selain itu, dia turut mengakui bahawa suaminya kadang-kala tersasul dengan memanggil dirinya ‘Dawn’.


P/s : Perghhh, panjang gila babeng nama beliau nie, sampai terbelit-belit lidah nie nak menyebutnya. ish (3x)







    Cara Tunaikan Cek Churpchurp/Nuffnang

    Mia : Nah, orang dapat surat nie tadi. (hulurkan surat kat abah Mieya)
    Abah : Surat apa? (sambil membuka sampul surat, sambil membaca, sambil diam)
    Mia : Ini haa. hasil yang orang dapat dengan online hari-hari tu.
    Abah : Siapa bagi nie?
    Mia : Ada lah. Gayanya lebih kurang macam syarikat pengiklanan. Orang cuma share link iklan tu, kalau seorang klik dapatlah 20 sen.
    Abah : Bagus lah nie. Duduk saja pon dah boleh dapat duit.
    Mia : hehe. Rezeki lah abah.

    Assalamualaikum wbt dan hai hai hai semua :)

    Ya, hari tu dah cerita dah kan mengenai cek yang pertama Mieya dapat daripada Churpchurp nie kan? Alhamdulillah. Petang semalam, Mieya baru sahaja tunjukkan dekat abah Mieya. Belum tunaikan pon lagi cek nie. Takde pengalaman lah awak.

    Jadi, nak tak nak Mieya simpan dahulu, kepam celah ketiak buat sementara waktu. Nanti bila-bila masa sesak,  mala petaka nak shopping tapi duit tak cukup ke apa. Barulah Mieya akan tunaikan cek tersebut.

    Dan sekarang, Mieya baru sahaja lepas buka laman google dan cari macam mana nak tunaikan cek itu. Betul lah, sekarang nie semuanya di hujung jari. Alhamdulillah dah jumpa.


    Kalau korang pun macam Mieya yang otak masih suci pasal cek semua nie. Bolehlah search dekat google dengan keyword Cara Tunaikan Cek Nuffnang. Ada banyak pilihan, tapi korang bukalah satu-satu dan tengok mana-mana yang sesuai.

    Tak pun, meh sini Mieya ajarkan. Cara-caranya :
    1. Pisahkan cek daripada keratan surat tu.
    2. Belek belakang cek, ada arahan suruh isikan maklumat seperti :

    • Nombor akaun bank (tanpa dash)
    • Nama
    • Nombor telefon

    3. Isikan maklumat seperti yang diminta.
    4. Pergi ke mana-mana bank yang korang ada akaunnya, (macam Mieya Bank BSN)
    5. Ambil nombor giliran and then serahkan cek tadi pada pihak yang bertugas di kaunter. Nanti dorang akan tolong masukkan terus ke akaun korang.


    So, kesimpulannya, Mieya tetap bersemangat seperti selalu untuk berkongsi link Churpchurp. Walaupun iklannya kejap ada kejap takde. Cisss, macam chipsmore betul lah.


    Saya BENCI Kulit Berminyak. Anda pula?

    Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

    Tajuk tak boleh belah. Macam promoter yang sedang mempromosikan beberapa jenis produk kecantikan padahal tak pon.

    Merujuk kepada tajuk entri kali nie. "Saya Benci Kulit Berminyak". Ya, memang tidak dapat disangkal lagi. Memang semua orang tak suka. Kalau tak percaya, cuba tanya pada sesiapa sahaja di dunia ini, siapa saja yang sukakan kulit berminyak?

    Dan sudah semestinya, majoriti dalam kalangan makhluk manusia di bumi ini memang bencikan kulit berminyak. Kulit berminyak membuatkan Mieya gila, menjadi tak keruan lalu mencuci muka melebihi had yang ditetapkan.

    Benar. Wajah yang berkilau dan berminyak memang meresahkan Mieya dan membuatkan mood Mieya menjadi suram, dan rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai. Ia memang mengganggu kerana minyak yang berlebihan membuatkan wajah berasa lekit dan tidak selesa. Keadaan kulit yang berminyak cenderung menghasilkan JERAWAT.

    Jom tengok aksi Chipmunk yang menggiurkan hati DISINI !

    Walaupun pelbagai cara yang telah Mieya praktikkan, semuanya tak memberi kesan. Sehinggalah Mieya menjumpai artikel mengenai petua menangani kulit berminyak nie dan mengikuti setiap langkah-langkahnya. Haaa... perkara baik haruslah dikongsi bersama bukan?
    • Gunakan pelembap bebas minyak.
    • Bersihkan kulit dua kali sehari dengan pembersih sesuai dengan kulit berminyak.
    • Gunakan 'mask' yang sesuai - sebaik-baiknya 2 kali seminggu
    • Sentiasa menggunakan toner
    • Elakkan solekan tebal dan melekit - Cuba beli produk bebas minyak
    • Makan makanan yang berkhasiat - banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Minum air dalam kuantiti yang banyak.
    • Bersenam selalu.

    Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kalian yang mempunyai masalah kulit berminyak bergelen-gelen lagi-lagi ketika berada di bawah sinaran matahari. Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

    Kehadiran Panda Di Malaysia Dijangka Menjadi Tumpuan

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)


    Kuala Lumpur - Langkah kerajaan China meminjamkan sepasang panda gergasi China kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun dijangka memesatkan sektor ekopelancongan negara.
    Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar memberitahu, jangkaan itu dibuat berdasarkan pengalaman Thailand yang turut menerima panda serupa sebelum ini.
    Pasangan panda gergasi yang bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun itu merupakan tanda simbolik bagi memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang bakal diraikan pada tahun 2014.
    Dalam pada itu, kata kenyataan tersebut, Malaysia juga berpeluang membuat penyelidikan ke atas panda gergasi serta meningkatkan kepakaran melalui pemindahan teknologi dari China dalam pembiakan ‘artificial’, kajian genetik dan kajian habitat panda gergasi.
    Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, kerajaan Malaysia akan menyediakan eksibit khas di Taman Wetland, Putrajaya yang lengkap dengan infrastruktur yang menyamai habitat asal pasangan panda gergasi termasuk penetapan suhu.
    Tambah kenyataan itu, aspek pemakanan dan diet panda gergasi turut diberi tumpuan dan sebanyak lima spesies buluh telah dikenalpasti sebagai diet bagi pasangan panda tersebut dan usaha penanaman spesies buluh terpilih akan dilaksanakan secara berperingkat.

    Sumber : Mynewshub.my

    Jerebu memenuhi kota raya kita

    Assalamualaikum wbt dan selamat petang yang tak berapa ceria tanpa sinaran cahaya matahari.

    Sungguh tak best hari nie, bila Melihat keadaan langit yang pucat serta putih melepak di luar sana. Ke mana perginya langit biru yang kami semua dambakan? Ke mana hilangnya sang matahari yang cantik kekuningan idaman semua? Ke mana?

    Apa yang ada sekarang ini hanyalah pemandangan yang samar-samar. Dan Mieya sekarang nie boleh diibaratkan sebagai orang tua kehilangan tongkat bila berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan. Keadaan sebegini sangat-sangat tak ohsem bagi Mieya.

    Untuk makluman, Mieya baru sahaja lepas membaca berita daripada laman Mynewshub.my dan menurut artikel initernyata memang benar telahan Mieya. Jerebu sedang melanda di kota raya kita.

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan bahawa Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Shah Alam, Selangor berada pada tahap tidak sihat.

    Kemerosotan kualiti udara mula dikesan sejak pukul 2 pagi semalam di beberapa stesen di sebelah pantai barat Semenanjung iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Pelabuhan Kelang, Selangor.
    Tetapi pada pukul 11 pagi ini kemerosotan kualiti udara telah dikesan di beberapa stesen lain iaitu di Seri Manjung, Perak serta di Shah Alam dan Kuala Selangor, Selangor.
    Punca utama kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Perak dan Lembah Klang pada pagi ini adalah disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera.
    Jom tengok aksi lucu daripada Chipmunk DISINI !

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka dan diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas to 1-800-88-2727.


    P/S : Klik sini dan sini untuk mengetahui berita yang menarik. Terima kasih :)

    Perkongsian Jumaat #7 | Hidup Berani Untuk Gagal

    Assalamualaikum dan salam Jumaat diucapkan kepada semua :)

    Entri pendek sahaja untuk kali nie, cukup sekadar dijadikan sebagai renungan kita bersama. Diharapkan perkongsian ilmu pada hari nie sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat kita semua.


    KEGAGALAN adalah cara Allah SWT memimpin kita untuk membuat pilihan yang lebih baik apabila tiba masa yang sesuai. Teguhkan Iman dan jangan mengalah.




    Mohon kalian membantu Mieya dengan, klik sini dan sini dahulu. tak salah beramal jariah sekali sekala. Terima kasih :)




    4 Sifat Lelaki yang Menarik Perhatian Wanita

    Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera korang :)

    Hari nie, Mieya nak rilek-rilek taip entri sambil makan biskut lemak cicah dengan kopi.
    Ohh, nostalgiknya. Macam berada di zaman 60an, zaman retro 70an, zaman lagu-lagu malar segar dialunkan, zaman di mana penyanyi lagu rock 90an memakai seluar getah yang ketat, sehinggalah beralih arah di zaman yang serba moden ini.

    Arghhh, pendahuluan hari nie dah lari lebih 90 darjah ke utara Kedah sana. Padahal takde kaitan pon dengan tajuk post entri kali nie. hikhik

    Baiklah. Tanpa melengahkan masa korang, ayuh kita mulakan 4 Sifat Lelaki yang Menarik Perhatian Wanita.
    Antaranya :

    • From head to toe
    Boy yang mudah tersenyum dan bersikap ramah ketika berjumpa buat kali pertama selalunya akan menyenangkan hati girl sehinga akan adanya perjumpaan untuk kali kedua dan seterusnya.

    • That's wasn't funny, guys!
    Bagus jika seseorang boy itu memiliki sifat humor kerana ia akan membuatkan korang ketawa dan sentiasa berasa gembira, tanpa menjadikan bentuk tubuh sebagai bahan jenaka. Lagipon, masih ada banyak lagi perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan jenaka selain daripada isu bentuk badan kan?

    • Menjaga batas pandangan mata
    Boy yang sopan bijak menghargai girl. Biasanya boy sebegini memiliki ramai kawan-kawan perempuan kerana dia adalah seorang sahabat yang baik.

    • Perbualan  sesuatu topik yang berguna
    Daripada berbual topik yang tiada isi, baiklah beralih arah untuk berkumpul bersama teman-teman yang lebih bijak dan berfikiran matang. Sekurang-kurangnya korang boleh mencuri sedikit ilmu daripada mereka dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus berjaya.


    Ya kawan-kawan, sebenarnya ada banyak lagi. tapi disebabkan Mieya tak nak entri kali nie panjang meleret-leret seperti karangan budak sekolah menengah.

    Jadi, terpaksalah dengan berat hatinya Mieya pendekkan jua. Nantikan entri yang seterusnya okey?


    Kepentingan Penggunaan Keyword dalam Sesebuah Entri

    Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat para pembaca sekalian :)

    Ingatkan hari nie Mieya nak rehatkan diri seketika daripada urusan duniawi. sambil melayan lagu-lagu kecintaan hati, sambil melakukan aktiviti berkebun di kebun mini Mieya tu, sambil mengunyah kuih goyang sambil merasai kerangupannya. urmmm

    Tapi, disebabkan rasa kebosanan yang melampau, maka menyebabkan terhasilnya entri kali nie. Sesungguhnya... Cis, macam poyo pulak bila baca balik entri kali nie.

    Okey, berbalik kepada tajuk entri pada hari nie. Keyword? Apa itu Keyword? Ada apa dengan keyword? Apa kegunaan keyword? Apa manfaat yang kita dapat dari keywords?

    Keyword adalah perkataan yang akan ditempatkan atau diulang dan disebut beberapa kali di dalam sebuah artikel. Ketika spider search engine melihat bahawa anda mempunyai perkataan yang diletakkan beberapa kali dalam sebuah artikel, ianya akan menentukan bahawa laman web anda mungkin berguna bagi pengguna yang mencari perkataan tersebut.
    Jom tengok aksi-aksi lucu yang dilakukan oleh Chipmunk DISINI !


    Ya kawan-kawan blogger sekalian ! 

    Penggunaan keyword ini sebenarnya sangat sangat sangat penting. Melalui keyword, sesebuah blog itu boleh  mendapat trafik dari search engine. Hal ini sekaligus membawa para pelawat berkunjung ke blog korang. 

    Itu semua terpulang kepada kreativiti korang dalam memanipulasikan penggunaan keyword bagi setiap entri yang korang hasilkan.

    Diharapkan perkongsian ilmu kali nie, sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam memajukan diri dalam dunia penulisan alam maya ini. Jom klik sini dan sini sekejap ?  Terima kasih :)




    Bila lah boleh cashout duit dari Says.my ?

    Assalamualaikum wbt korang :)

    Disebabkan entri semalam, entri yang bertajuk Menang Birthday Giveaway dari Says. Ramai yang bertanyakan Mieya mengenai apakah rahsia Mieya sehingga boleh menang sebuah PSP 3004 daripada Says?

    Okey, sabar. Untuk makluman, Mieya dah pun menyiapkan entri mengenai rahsia Mieya menjana pendapatan dengan Says nie. Dan sekarang nie, hanya menunggu masa yang sesuai untuk dipublishkan.

    Btw, tadi kan, Mieya try lah belek-belek akaun Says Mieya tu. Mata nie takde lah terbeliak sangat bila tengok earning meningkat sebanyak RM7 dalam masa seminggu. Tuu dia. Dalam masa seminggu boleh dapat RM7, jadi sehari Mieya boleh dapat RM1 atau lebih.

    HAHA Korang nak tengok earning Mieya yang sekarang nie berapa? Cuba tengok gambar kat bawah nie haa...
    Ini adalah hasil selama sebulan lebih. Takde lah banyak macam korang kan? Nak cashout pon tak lepas lagi. Tapi takpe, asalkan adalah jugak income daripada takde. 

    Alhamdulillah, Bersyukur je walaupun tak sebanyak korang. Eh, apa rahsia Mieya boleh menang Giveaway dari Says nie? 

    Klik sini dan sini dulu. Kalau Mieya dapati ada lebih dari 20 klik unik, maka dengan kadar segera entri mengenai rahsia Mieya dengan Says akan dibongkarkan. DEAL?!

    P/S :  8 lagi klik unik diperlukan !  Mana ada benda free sekarang nie awak, nak masuk tandas pon dah kena bayar sekarang nie. Jadi, tak salah kan kalau korang sama-sama membantu Mieya? Terima kasih :)


    Alhamdulillah, Menang Birthday Giveaway Says.com !

    Assalamualaikum wbt dan selamat hari selasa yang ceria semua :)

    Alhamdulillah. Bangun pagi terus dapat hirup udara yang segar dek haruman minyak wangi, terus dapat sedut nikmat makanan yang enak-enak. Rasanya macam indah sungguh pagi ini. Semangat sungguh nak taip entri kali nie.


    Syukur, alhamdulillah. Rezeki Mieya semakin mencurah-curah sejak kembali aktif menjana pendapatan melalui medium pengiklanan Says nie. 

    Kalau hari itu, Mieya ada berkongsi cerita yang Mieya telah memenangi CD Mr. Simple beserta autograf daripada ahli kumpulan Super Junior. Kali ini Mieya dikejutkan lagi dengan khabar berita mengenai kemenangan Mieya dalam Says Birthday Giveaway.


    Ya kawan-kawan. Sungguh Mieya langsung tak memasang angan-angan mat jenin mahupun mengharap sangat untuk memenangi giveaway ini. Tapi alhamdulillah, dah rezeki kan? Kecik tapak tangan, dengan besar hatinya Mieya sudi menerima hadiah percuma lagi.


    Mesti ada di kalangan kalian yang tertanya-tanya, 
    "Mieya menang apa pulak kali nie?"

    Rileks. rileks. Tarik nafas, hembuskan kembali. Tarik nafas dan hembus. Actually, kali nie Mieya telah memenangi sebuah motosikal kapcai. kahkahkah. Takde lah, gurau aje.

    Okey, kali nie serius. Takde tipu-tipu atau main-main macam tadi. Maka dengan muka ketatnya, Mieya ingin mengumumkan bahawasanya Mieya telah memenangi 




    Sekali lagi. Alhamdulillah. Nampaknya sekarang nie, Mieya dah pun membuktikan kepada semua penggemar spam link ads di chatbox yang Mieya pon boleh menang hadiah utama nie tanpa melakukan sebarang penipuan seperti mereka.

    Ya, kawan-kawan. Secara jujurnya, Mieya menggunakan kaedah betul seperti yang disyorkan oleh Says >>DI SINI<< iaitu dengan hanya menggunakan medium seperti blog, Facebook dan juga Twitter.

    Senang saja untuk menambat hati orang lain untuk klik link kita. Hanya perlukan mencipta ayat yang mengancam, menarik dan berbaur pertanyaan kepada mereka. Contohnya :


    Insyaallah, kalau ada rezeki korang, dapatlah nanti. Yang penting, jangan berhenti berusaha okey? Belum cuba belum tahu.


    Metered Earning Tertinggi yang Mieya pernah dapat

    Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

    Hari ini adalah hari Isnin, hari yang lebih dikenali dengan Monday Blues disebabkan ramai yang sedang bermalas-malasan dek kerana hari persekolahan, dengan perhimpunan mingguannya, dengan tak bersemangat dan bermuka toya nak pergi bekerja.

    Haiyooo ! Tak nak lah buat macam tu. Tak baik. Sepatutnya, hari-hari sebegini perlu lah dihadapi dengan hati yang penuh bersemangat, berkobar-kobar, malah lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran baru.

    Hari Isnin, seperti biasa, Mieya akan melihat prestasi blog budakshumort nie dari kaca mata Nuffnang. Dan seperti yang dijangkakan di minggu yang lalu, BE dari Trudy and Teddy 2012 akhirnya telah berakhir menjadi Metered Earning setelah hampir sebulan lebih bertandang di blog Mieya nie.

    Alhamdulillah. Dengan berakhirnya Buffered Earning ini sekaligus telah menjadikan beliau sebagai Metered Earning yang tertinggi yang pernah Mieya dapat. Tahniah si baby yang kiut-miut kesayangan Mieya nie.


    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kemusykilan yang timbul bila BE dari Trudy & Teddy nie tamat. Lagi-lagi bila melihat bintang-bintang di Nuffnang nie sekejap banyak dan sekejap sedikit.


    Nampak gayanya, lepas nie kena lah rajin-rajinkan diri untuk bertanya kepada pihak Nuffnang. Kenapa bintang di blog Mieya jadi begitu? Takpe, sedikit demi sedikit kita perlu belajar untuk mendalami ilmu Nuffnang. Manalah tahu, kalau-kalau lepas nie Nuffnang bermurah hati nak bagi BE baru lagi kan. Siapa tahu, ye dak?

    HAHA. Insyaallah, kalau rezeki dengan Nuffnang masih melekat. Lagi-lagi bila musim EURO 2012 sedang hangat berlangsung. Doa-doakan lah ye :)

    Tips bergaya dalam kadar yang sederhana

    Assalamualaikum wbt kawan-kawan sekalian :)

    Bila sebut sahaja pasal fesyen terbaru mahupon gaya pemakaian, sudah pasti itulah gosip-gosip yang sering diutarakan oleh cik kiah dan mak bedah. Kalau sehari tak cakap pasal orang daripada atas ke bawah, memang tak sah kan. Mesti ada sahaja yang tak berkenan pada pandangan mereka.

    Nahhhh.. Bila cakap sahaja pasal berfesyen ataupon bergaya sakan, ramai yang mengeluh kerana terpaksa membelanjakan wang yang banyak. Mereka menganggap bahawa berfesyen pasti memerlukan belanja yang besar. 

    Sedangkan, pada hakikatnya, terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan unuk kekal bergaya dalam kadar yang sederhana. Sebab itu, adalah digalakkan untuk korang supaya terus menjadi kreatif dalam bergaya. Antara cara yang boleh dipraktikkan :

    • membeli ketika jualan murah
    Ketahuilah, waktu jualan murah merupakan waktu yang terbaik untuk membeli-belah. Tak kiralah sama ada di kompleks beli-belah mahupon di jualan gudang, harga yang diberikan adalah murah dan berpatutan. Ketika inilah, korang harus berbelanja sakan memandangkan harga yang ditawarkan cukup berbaloi dengan barangan yang diperoleh.


    • membeli secara online
    Di Malaysia sahaja, dah berlambak-lambak wujudnya butik-butik online. Ramai orang yang menceburi bidang ini dan memperoleh keuntungan daripadanya. Harga yang ditawarkan juga murah dan berpatutan. Malah, barangan yang dijual juga mengikuti trend semasa.


    • membeli di pasar malam ataupon bazar
    Misalnya dekat UPTOWN, terdapat berlambak-lambak barangan sama ada pakaian atau aksesori yang dijual pada harga yang murah dan berpatutan. Selain, urusan tawar-menawar pasal harga juga boleh dijalankan. Mana tahu kalau-kalau korang dapat membeli pada harga jauh yang lebih murah daripada harga asal. Dengan cara ini, korang dapat mengawal perbelanjaan dengan bijak.


    Jadi, jadi, jadi? kita perlulah lebih bijak dalam berbelanja bagi tujuan berfesyen. Lepas nie, tak payah lah lagi takut-takut nak mengeluarkan duit semasa membeli-belah. Pastikan tempat yang dituju bertepatan dengan bajet korang untuk membeli belah. okey?