5 Cara Mudah Minta Putus Dengan Awek

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)


Entri kali nie khas untuk korang-korang yang ada problem atau ada yang dah rasa jemu dengan awek korang tapi susah nak sebut perkataan ‘putus’ atau ‘clash’.


So, siapa-siapa yang dah pasang niat tu boleh lah ikut langkah kat bawah ni. Jadi tak jadi korang buat, Mieya tak tau. lalalalala :D

Haa.. Jadi macam mana? Ada berani nak cuba aksi-aksi di atas? Kalau tak pun, boleh juga cuba taktik lain macam :




Sinetron Indonesia, dah masak dah jalan ceritanya

Assalamualaikum wbt dan selamat petang yang terik kalian :)


Nak kata Mieya nie kaki kipas drama sinetron Indonesia, tak juga. Hanya sesetengah cerita sahaja yang Mieya layan. Terutamanya yang ada pasangan kekasih pakwe makwe macam Randy Pangalila dan Mikha Tambayong dalam Nada Cinta.


Walau di mulut, sering kali kata "tak payah tengok lah der". Tapi di hati wa,  memberontak gila babeng nak tengok jugak.


Namun, Sepanjang Mieya melayan sinetron nie, bermacam-macam scene yang Mieya perasan hampir sama. Tipikal kot. Maka, Mieya dah boleh agak jalan cerita drama sinetron Indonesia nie. 
Belum apa-apa, dah butthurt, sensitif sangat.


  1. Watak baik mengekori watak antagonis tapi dengan jarak yang sangat dekat. Mestilah penjahat tu sedar kehadiran korang kat situ.
  2. Bila ada scene kemalangan atau tergelincir, whoaahhh! dia punya slow motion, rasa macam nak baling je botol kat tv nie.
  3. Asal watak buat muka terkejut je, mesti zoom muka pelakon tu dekat-dekat, siap boleh kira bulu hidung lagi.
  4. Biasanya hero sinetron akan pandu kereta mewah dan selalu bergaya masa episod pertama, bila dah pertengahan episod, dah tak nampak kereta mewah tu.
  5. Haa.. Sinetron kalau tak hilang anak, tertukar anak dan sebagainya yang berkaitan dengan anak, memang tak sah.
  6. Watak baik, terutama watak utama perempuan, dari episod pertama sampai habis, kalau tak menangis memang bukan sinetron ler.
  7. Watak baru sentiasa bertambah bila dah pertengahan episod, lagi-lagi sinetron yang beratus-ratus episod;
  8. Setiap kali muncul watak baru, mesti watak tu muncul dengan cara bergaya, pandu kereta mewah, flipshair sampai berterbangan kutu babi.
  9. Watak suka bercakap sorang-sorang, kononnya bermonolog. Kalau nak bagi penonton faham, baik tak payah, penonton ada akal, boleh fikir.
  10. Duduk sebatu tapi boleh dengar perbualan orang lain tapi musuh depan mata tak nampak pulak

Sebenarnya ada banyak lagi. tapi Mieya tahu, mesti ada di kalangan korang yang tak sanggup nak membacanya kan. Jadi, sejurus entri ini dipublish, seelok-eloknya korang pergi lah take a break sekejap. Pergi lah dengar lagu ke, minum air ke apa-apa je lah. Okey?

.

Tutorial : Cara Letak Current Earning Churpchurp di blog

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Ya kawan-kawan, bertemu lagi kita di entri tutorial pulak kali nie. Rasanya, ramai yang tahu bahawasanya kekerapan Mieya menaip entri berkaitan tutorial adalah jauh bezanya jika dibandingkan dengan entri berkaitan peribadi, berita dan informasi. kan?

Hal ini adalah kerana, terdapat lambakan blog mengenai tutorial di luar sana yang menarik dan korang hanya perlu pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Sebab tu blog Mieya nie jarang ada tutorial.

Cuma kalau ada yang request, baru lah Mieya akan cuba dengan sedaya upaya menyiapkan tutorial berkenaan mengikut langkah demi langkah. Macam kat bawah nie haa
Macam mana nak letak jumlah pendapatan terkini Churpchurp macam Mieya punya tu ye? Okey, okey. Sila teruskan pembacaan untuk mempelajari cara-caranya :

1. Buka laman web Churpchurp dan terus ke settings.

2. Tekan button Prt Sc kat keyboard. and then nak paste kat mana Mieya? Kejap.

3. Buka Paint atau Photoscape. Tekan Ctrl + V untuk tampal. lepas tu, korang crop lah mengikut kesukaan hati.

4. Dah siap? Sekarang pergi ke dashboard blog, tekan New Post, tekan Insert image dan masukkan gambar tadi.


5. Macam mana nak ambik kod? Tekan Edit HTML dan Copy (Ctrl + C) kod gambar.

6. Dashboard > Design > Edit Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript

And then, masukkkan kod ini


<center><img src="masukkan kod gambar earning" width="180" height="100" /></a></center>

P/S : Sorry, Mieya tahu tak boleh nak copy kan? Apa kata kalau korang rujuk tutorial di SINI. Thanks. 


warna merah = kod gambar yang korang copy tadi
warna ungu = adjust ikut kesesuaian

Patutlah Selama ini BE Nuffnang tak mahu melekat

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Ada sesuatu yang membuatkan mood Mieya yang gembira kemain tetapi secara tiba-tiba berubah 90 darjah ke belakang. Iaitu terkejut bercampur sedih, kecewa lalu punah segala harapan. Nak tahu kenapa?

Tengok gambar kat atas nie pon dah tahu sebab apa kan? Ya kawan-kawan, Nuffnang lah yang menjadi penyebab kenapa semua ini harus berlaku kepada daku. wuwuwu, tegarnya kamu wahai Nuffnang yang ku puja-puja selalu. T.T

Mesti ada di kalangan kalian yang terpinga-pinga, tertanya-tanya mengenai apa sebenarnya yang berlaku. kan? Okey, biar Mieya ceritakan dengan lebih terperinci. Macam ini ceritanya,

Sepanjang minggu lepas, Mieya tengok kemain ramai lagi yang update entri berbaur kegembiraan dek kerana mendapat durian runtuh dari pihak Nuffnang. Dan ada di kalangan dorang juga yang mendapat 3 Buffered Earning sekaligus menimbulkan tanda tanya yang tinggi kepada Mieya.

Kenapa blog Mieya tak dapat BE seperti selalu? Takkan lah takde satu pon yang ada kena-mengena dengan Mieya. Selalunya ada aje, sekurang-kurangnya satu BE melekat di teratak blog Mieya nie. Tapi, mengapa kali ini tak? dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain di kepala. Kenapa?

Maka, Mieya pon terfikir, mungkin ini semua ada kaitan dengan survey Nuffnang kot? Jadi, tanpa teragak-agak Mieya pon membuka Blog Manager dengan satu tujuan iaitu ingin mengemaskini survey setelah hampit dua minggu tidak diupdate.

Dan secara tiba-tiba, Mieya dikejutkan dengan survey kosong yang mana belum diisi lagi. Woahhh?! Macam mana hal sebegini boleh berlaku? Padahal baru seminggu yang lepas Mieya mengintai survey nie dan tiada sebarang kehilangan jiwa dan juga kepatahan hati pon yang berlaku.

Sentiasa lah kemaskini survey Nuffnang 
bagi mengelakkan sebarang kehilangan . . .

Tapi yang peliknya, di bahagian Blogger Bio Mieya elok aje ada semua maklumat tu terisi dengan ayat yang lengkap, menarik dan tertarik lagi dabomb. Memang pelik bin ajaib bin hairan pon ada.

Patut lah, selama ini takde satu BE pon yang sudi bertandang, yang ada adalah earning dari Campaign Per Click tu je. Itupon takde lah banyak mana pon. Cukuplah kalau nak beli jajan 50 sen. hihi

P/s : Korang pernah mengalami pengalaman sebegini tak sepanjang menggunakan pengiklan dari Nuffnang nie? Cuba cerita sikit, nak tahu jugak nie :)


Wordless Wednesday #18 | Budi Bahasa Budaya Kita


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Awas Penggemar Spam Link Iklan di Shoutbox !

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari korang :)

Dah dua hari Mieya tak menjalankan aktiviti berblogwalking sambil meninggalkan jejak di shoutbox korang. Bukan disebabkan oleh kekangan masa, tapi Mieya terpaksa menghadapi masalah keluarga yang terkena buatan orang. Wallahualam.

Berbalik kepada tajuk entri kali nie, maka semestinya entri kali ini ada kaitan dengan entri yang lalu, iaitu entri Awas, penipuan klik 20-sen semakin mengganas! Merujuk pada point yang ke-5, iaitu Penggemar Spam Link Iklan 20 sen di Shoutbox.


Ya kawan-kawan, ternyata golongan sebegini masih lagi wujud di blog Mieya sedangkan baru sahaja beberapa hari yang lepas Mieya menegur perbuatan dorang nie. Nampak sangat kau masih tak faham bahasa kan?

Please lah, gunakan kemudahan shoutbox yang ada dengan sebaiknya. Mieya sediakan shoutbox untuk memudahkan aktiviti berblogwalking sesama blogger. Bukannya nak menggalakkan lagi aktiviti spam link iklan nie.

Kot iya pon nak suruh orang klik link iklan korang, bagitahu aje lah. Gunakan bahasa yang elok dan sopan seperti :


Hai. saya dah klik iklan awak, jangan lupa klik iklan saya balik.

Ads : Nak tengok video kucing yang menarik? Sila klik sini.

Ingin menjana pendapatan secara online? Jom klik sini.

Haaa.. kan sedap sikit mendengarnya. Takde lah orang sumpah seranah gara-gara terklik link iklan korang tu. Insyaallah, Mieya akan klik link korang tu.

Padahal ada banyak taktik lain lagi yang boleh korang guna selain melakukan penipuan di shoutbox. Yang mana lagi baik dari aktiviti kotor itu. Misalnya, mempromote berhabis-habisan di facebook dan twitter. Buat entri yang menarik dan selitkan link yang mempunyai kaitan dengan kempen iklan yang korang sebarkan.

Tapi yang berlaku di shoutbox Mieya adalah sebaliknya. Korang salahgunakan kemudahan shoutbox yang Mieya sediakan tu untuk tujuan mendapatkan wang ekspress

Jadi, tanpa segan silu dan teragak-agak, Mieya sendiri akan mengambil tindakan drastik. iaitu dengan menekan butang report as spam. Terpulang kepada pihak pengiklan untuk mengambil tindakan yang seterusnya sama ada memberi amaran keras kepada kalian mahupun melucut terus keahlian korang.

P/s :- Harap-harap. lepas ini tak ada lagilah kegiatan yang tidak profesional ini kan. Kalau ya pun nak cari duit, gunalah cara yang betul. Dari sumber yang betul, tak perlu nak letakkan link iklan bagai di shoutbox.





Karnival Layang-Layang Di Putrajaya

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Persatuan Pelayang Putrajaya (PPPJ) akan menganjurkan karnival layang-layang “Mari Terbang” sempena program Himpunan Sejuta Belia 2012 di Presint 4, Putrajaya, mulai 23 hingga 27 Mei.
Presiden persatuan itu, Nasri Ahmad berkata acara itu bakal menampilkan pelbagai layang-layang dan wau berkonsep tradisional, moden serta layang-layang gergasi.
“Kita akan menerbangkan lebih 20 layang-layang gergasi sotong pelbagai rupa, layang-layang Rokkaku dan layang-layang besar lain pada acara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti pameran, pertunjukan mercun asap, bengkel membuat layang-layang, acara mewarna layang-layang oleh kanak-kanak dan pertandingan fotografi.
“Paling istimewa ialah acara ‘Karunia dari Angkasa’ untuk para penonton berebut ole-ole dari angkasa menggunakan wau gergasi yang dilakukan beberapa kali sepanjang acara berlangsung,” katanya.

sumber dipetik dari : mynewshub.my

Awas, penipuan klik 20 Sen Semakin Berleluasa!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Mari kita membaca entri hari nie sambil menyediakan sebuah cermin agar korang dapat menilai diri sendiri dengan lebih dramatik. Ini entri mengenai pandangan Mieya mengenai Churpchurp dan juga iklan per click yang lain. Maka, secara konklusinya entri hari nie semuanya berkait rapat dengan Churpchurp.

boleh tak kalau hari nie Mieya nak adakan protes dalam belog? dah dapat lesen dah daripada abah untuk online sampai lebam bijik mata. dengan berbekalkan bayaran bil berukband daripada abah Mieya. tapi, ini bukan protes tak puas hati pasal pilihan raya lima tahun sekali tu.

Tapi tapi, ini protes pasal tak puas hati dengan pengiklan tegar Churpchurp yang sewenang-wenangnya menggunakan taktik kotor demi mendapatkan pendapatan. Ya tuan puan, taktik kotor yang Mieya maksudkan adalah penipuan klik.


Mieya tak tahu lah sama ada Mieya seorang ataupon ada orang lain yang pernah terkena dengan penipuan klik nie. Tapi, Mieya dah banyak kali kena. sakit hati? Cuba tanya dekat sesiapa saja, siapakah yang tidak berasa sakit hati?


Setelah Mieya berblogwalking di tengah malam sambil ditemani angin malam. baru Mieya sedar, rupanya :

  • banyak blogger yang masih tak tahu apa itu iklan per click?
  • ada yang mengeluh sebab tak dapat earning.
  • ada yang mengeluh sebab dapat earning sikit.
  • banyak blogger yang meletakkan link iklan per click di entri (terutamanya yang berkaitan tips, kontest, giveaway atau apa-apa yang berkaitan. Lepas tu, suruh orang klik)
  • banyak blogger meletakkan link iklan per click di shoutbox. 
  • banyak blogger meletakkan ikon gambar (seakan-akan ikon shoutbox) beserta link iklan per click.

Macam-macam lagi lah kan. Jangan bersedih jikalau pendapatan yang korang dapat tu sikit. Semua itu rezeki masing-masing. Kalau dapat sikit, usahalah lebih sedikit biar dapat banyak. 

Mieya pon sama saja dengan korang. Bayangkan selama Mieya berbelog, 22/02/2011 Mieya baru register Churpchurp. Nak berkempen sana sini, jarang ada masa. tapi alhamdulillah, dalam masa sebulan Mieya berjaya mendapat sekitar RM 5.80 Lepas tu terus senyap balik sebab Mieya sibuk dengan SPM.

Mieya tak sedih. dah tanggungjawab Mieya untuk belajar, jadi buku-buku tebal didahulukan, trafik belog dimaintainkan, Churpchurp Mieya ketepikan. Mulut kata nak tinggalkan belog, tapi hati meronta-ronta tak bagi. So, Mieya ikutkan hati nasib baik tak mati. update belog seperti biasa.

Awal tahun nie, Mieya baru terkinja-kinja promosi kempen di sana sini. Almaklumlah, bosan duduk terperap di rumah sambil goyang kaki sambil cungkil gigi. Belog tetap berupdate walau entri tak se'gah' nama Ben Ashaari, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha dan Nisa Kay

Orang lain dah dapat merasa duit Churpchurp, dapat beli itu ini, kita pon nak merasa jugak. jeles kan. Orang lain melakukan penipuan klik, korang pon ikut nak buat jugak. tapi korang tak sedar, betapa bahayanya perbuatan korang tu. Sekiranya perbuatan korang dapat dihidu oleh pihak Churpchurp, duit yang korang cashout tu boleh disekat/dipotong tahu tak?

Nak dapatkan sesuatu di dunia nie bukannya senang. Nak beli itu ini, semuanya melibatkan duit, duit dan duit.  Nak dapatkan duit pulak, kena rajin berusaha. sebarkan kempen ke twitter, facebook dan juga blogspot. Kalau malas memang takkan dapat lah.

itu je yang Mieya nak cakap hari nie. ye la, kita berbelog sekadar memenuhi masa lapang. tapi lebih bagus jika sesuatu yang kita luangkan tu membawa keuntungan kepada diri sendiri. Dengan adanya sedikit pendapatan melalui dunia online nie, sudah tentu kita dapat meringankan bebanan diri. disamping menaikkan semangat diri.

Nasihat Mieya, nak menjana pendapatan disamping berblogging tu tak salah. tapi biarlah dengan cara yang betul. Makanya rezeki yang kita dapat adalah daripada sumber yang halal. Sekian~


Bahayanya jika mudah terikut-ikut

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

haa, ambik korang. Hari nie Mieya mulakan pendahuluan dengan pantun empat kerat. Jawablah, sape yang terer berpantun tu. Biar pantun takde kena mengena dengan entri yang bakal dikarutkan oleh Mieya pada kali nie. Tapi, awak tak lupa asal-usul awak. (ikut gaya Usop sambil gerak-gerakkan tangan sole sole)

Kali nie, takde banyak benda yang nak Mieya bebelkan. Tapi, setelah merehatkan kepala hotak dua puloh saat tadi. Akhirnya sekarang Mieya dah dapat kumpul banyak benda untuk direpekkan. Dipersilakan korang semua untuk menadah telinga dan menepek mata sampai ke penghujung entri hari nie.

Sama ada korang perasan ataupon tak. Kalau korang asyik menempek sepenuh hati, jasmani, jiwa dan rohani dekat sesebuah belog yang korang suka. Peratusan untuk korang terikut-ikut gaya dan lenggang-lenggok si empunya belog, ewahhh. teramatlah tinggi.

Tak kira lah sama ada terikut-ikut dari segi penulisan, ataupun susunan gadget atau perkataan itu sendiri. Semestinya, gaya penulisan korang akan bercampur aduk sama ada melalui penghasilan entri di belog atau dalam kehidupan seharian.

Kenapa Mieya berbicara sedemikian ye agak-agaknya? Actually Mieya rasa, Mieya pon dah mula terikut-ikut gerak hati, limpa, idea, kepala hotak dan semuanya dengan someone di dunia blogging nie. eh, ye ke?

Siyes, wa bagitahu sama lu orang!  Perbezaan jarak usia mahupun jarak rumah, semuanya tidak boleh mengelakkan sifat terikut-ikut nie daripada berlaku. Benda sebegini senang tersebar dan mudah mempengaruhi rentak kehidupan seseorang itu.

Sebagai contoh, macam lagu-lagu yang sering berkumandang di radio masa kini seperti lagu "Kosong". Bebudak sekarang nie tanpa mengira usia mahupun jarak. Semuanya mudah menghafal dan mengingati bait-bait lirik lagu tersebut kan.

So, macam tu jugak dengan blogging. Makin hari, makin ramai yang buat belog. dan makin hari, makin ramai yang meninggalkan belog. Sebab apa ye? Of course lah, sebab mereka tiada pegangan hidup yang kukuh dalam melayari kehidupan sebagai blogger.

Semua orang tahu, kehidupan ni ibarat roda yang berputar. Sekejap berada di atas dan sekejap berada di bawah. nahhh, macam itu jugaklah dengan blogging. Bukan senang nak berada di atas dan bukan susah nak berada di bawah. So, renung-renungkan dan selamat maju jaya buat semua.

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Ayat-Ayat Cinta Yang Sweet

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Diharapkan kalian semua berada dalam keadaa sihat wal afiat hendaknya. (Ayat pendahuluan dah boleh tulis surat untuk bakal mertua) Cehhh, berangan-angan Mat Jenin aje Mieya di hari yang panas terik nie.

Whoops! Dah terkeluar perkataan panas terik dah. Kantoi sudah, mengenai sebab musabab Mieya takde hati nak dekat-dekat dengan blog tersayang seperti selalu. Selalunya, pagi-pagi lagi entri Mieya dah menyusup masuk macam pendatang asing tanpa izin ke dashboard blog korang. hehe

Kena lah faham, Mieya pon macam korang juga. Hanya manusia biasa, bukannya robot yang tak perlukan rehat dan hanya memerlukan bateri yang sudah dicas sahaja. and thats the point actually.

Jadi, bagi mengisi masa yang terluang tanpa berasa bosan ya amat. Seperti biasa, laman twitter menjadi tempat luahan hati yang kedua selepas blogger. Maknanya, blogger masih lagi berada dalam carta nombor satu di hati Mieya selain twitter. kehkeh

And then, Mieya terjumpa lah beberapa quotes yang sangat-sangat membuatkan hari Mieya terasa begitu sangat bermakna. terasa hati berbunga-bunga gitu. Wah ! Nak tahu apa dia?






Spontaneous Thursday #4 | Sejarah Asal Usul Kewujudan Ais Krim

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Wah, kemain lagi korang kan? Bila sebut aje pasal aiskrim, laju aje menyelinap masuk ke blog Mieya nie. Nie mesti ada agenda lain. tak lain tak bukan, nak tapau Mieya lah tu, suruh belanja seorang satu ais krim. T.T bankrap lah Mieya lepas nie.

Secara umumnya, memang ramai yang tahu bahawsanya terdapat berbagai-bagai jenis ais krim yang wujud di dunia ini. Yang mana memiliki bentuk, rasa, warna dan perisa yang pelbagai.

Tapi tahukah korang, sebenarnya ais krim adalah sebahagian daripada makanan China. Hah, betul lah tu!

Seorang pengkaji dari Itali, bernama Marco Polo telah menemui resepi untuk membuat pencuci mulut yang dipanggil 'ais susu' ketika beliau mengembara di sekitar China.

Apabila dia membawa pulang resepi tersebut bersamanya, para masyarakat Eropah menggantikan susu tersebut dengan krim. Dan disitulah wujudnya nama ais krim.

Keyword Carian Hangat Hari ini

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

Dah lama rasanya Mieya tidak berkongsi dengan korang semua mengenai keyword yang sedang hangat dicari oleh para pembaca di blog budakshumort nie. Asyik berkongsi mengenai artikel cap kopi tampal je, bosan jugak kan?

Jadi, jom kita tengok antara keyword yang dicari oleh para pembaca sekalian :


Husna Zahry Rafie ? Hmmm, siapa pulak si pemilik nama nie ye? 
Jadi Mieya pon dengan tahap ingin tahu yang melampau, terus search nama berkenaan. Hasilnya, Mieya menemui jawapan yang sebenar. Dengar cerita beliau ialah tunang kepada Ustaz Don Daniyal. Apa benarkah info yang Mieya dapat nie?

Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad bergaduh ?
Biar betul? Maybe korang tersalah faham nie kot? Actually, pasangan yang sedang hangat bercinta nie bukannya bergaduh. Tapi, dorang dah biasa bergurau manja pesen kasar-kasar macam tu. Jadi, janganlah salah anggap kalau ternampak dorang di mana-mana ye? hihi

Bagaimana Cara Mengiklankan Churpchurp ?
Alaaa. Senang aje. Kalau tak silap, hari tu Mieya ada buat tutorial mengenai benda nie. Cuba tengok kat sini kejap. Kalau masih lagi tak jelas, jom singgah ke blog ini, untuk mempelajari cara-caranya.

Perasaan UPU ? haha, serius nak tergelak 2745 saat sekejap.
Tak sangka, betul-betul tak sangka, bahawa selamanya UPU ada perasaan. Ke korang salah taip nie? Manalah tahu kalau-kalau korang nak jugak tengok bagaimana perasaan kawan-kawan yang dapat UPU kan? kot lah.

Saya yang jenis macam mana ?
Haaa.. Untuk mengetahui diri korang termasuk dalam kategori apa, jom singgah sebentar bersama kitkat disini. Manalah tahu kalau-kalau ada kena mengena ke dengan korang kan. heheh


Wordless Wednesday #17 | Senaman Pagi yang Comel


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Christina Aguilera Si Diva Cerewet !

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi kalian :)


Program realiti popular The Voice musim kedua baru sahaja melabuhkan tirainya baru-baru nie dengan mengangkat Jermaine Paul sebagai juara. Haaa.. ada ke di kalangan korang yang sentiasa menanti-nantikan konsert The Voice seperti Mieya nie. Alaa, senang cerita peminat fanatik kepada program The Voice nie.


Namun, siapa sangka kisah di belakang tabir program ini sehingga kini masih hangat diperkatakan terutamanya yang membabitkan salah seorang juri dan jurulatihnya, Christina Aguilera.
Selain suka berperang mulut dengan Adam Levine, krrew terlibat telah mendedahkan sikap diva Christina yang sering mengundang kesusahan buat mereka.

Malah, Christina juga selalu merungut apabila krew tidak dapat memenuhi permintaannya yang dianggap mengarut.

Oleh kerana tidak tahan, kebanyakan krew berharap agar pelantun lagu Beautiful ini tidak akan terlibat lagi dalam The Voice bagi musim yang seterusnya.
sumber : SinarHarian

SMS sambil Berjalan Diharamkan

Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati. Hal ini demikian kerana, pihak polis akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.


Ya kawan-kawan, kisah ini bukan rekaan semata-mata, tapi benar-benar berlaku di Fort Lee, New Jersey. Langkah drastik ini terpaksa dibuat berikutan bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.
“Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar,” kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.


Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.
Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu. Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi.


Tapi, Mieya rasa tindakan mengenakan saman yang tinggi kepada pejalan kaki yang berbahaya sebegini adalah patut. Sebabnya, hasil kajian mendapati  berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon akan menyebabkan pengguna khidmat itu terbabas berbanding pejalan kaki lain.


Sumber berita dipetik daripada : Harian Metro

Anak Angkat Membawa Sinar Kegembiraan Kepada Stacy

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari semua :)


Bila sebut sahaja pasal Stacy, confirm ramai yang dah tahu dah siapa dia. Di mana setiap persembahan nyanyiannya pasti diselangi dengan tarian rancak. 


Ya kawan-kawan, hari nie Mieya nak bercerita mengenai Juara Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) yang sedang popular dengan lagu Kasanova nie. 


Dengar cerita, Stacy kini bergelar ibu kepada anak angkatnya yang bernama Bella Valentina. Menurut penyanyi berasal dari Sabah ini, dia mengambil anak angkat itu bukan sahaja kerana mahu memenuhi naluri keibuannya tetapi juga bagi mengisi masanya yang banyak terluang sewaktu berada di rumah ataupun apabila tiada undangan mengadakan persembahan pentas.
“Apatah lagi, saya memang seorang yang sukakan kanak-kanak. Saya juga mempunyai tujuh orang anak buah berusia daripada lima bulan sehinggalah 15 tahun. Saya selalu bersama mereka tetapi dengan adanya anak angkat sendiri saya rasa lebih seronok kerana menjadi ‘ibu segera’,” ujarnya.
Sungguhpun itu adalah kali pertama Stacy mencuba pengalaman menjadi seorang ibu tetapi dia sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan cabaran dalam usahanya untuk menjaga bayi comel yang telah dianggap seperti anaknya sendiri itu.
Malah, penyanyi yang juga finalis Mania anjuran Astro Ria yang akan berlangsung pada 19 Mei ini berkata, dia juga berasa seronok biarpun terpaksa bangun di tengah malam buta menukar lampin Bella ataupun menyediakan susu anak angkatnya itu.
“Mungkin ini adalah suatu pengalaman baru saya sebelum menjadi ibu kepada anak yang sebenar suatu hari nanti. Saya seronok kerana mendapat pendedahan ini lebih awal dan daripada situlah saya mengetahui betapa mencabarnya untuk membesarkan anak-anak,” katanya lagi.

Sumber dipetik dari :  mynewshub.my


Tutorial buat assignment ChurpChurp

Assalamualaikum wbt kalian :)

Alhamdulillah. Sepanjang bulan nie, Mieya telah dikunjungi dengan kehadiran assignment Churpchurp. Walaupun tak sebanyak assignment di tahun yang lepas. Tapi, alhamdulillah. Rezeki bukan selalu datang bergolek-golek.

Apa itu Churpchurp? Tahu apakah bendanya ChurpChurp nie? Kalau dah tahu baguslah. Kepada yang belum tahu, silalah terbang dengan kadar segera DISINI.


Bagi yang sudah mendaftar ChurpChurp, sudah pasti tahu apa itu assignment ChurpChurp atau lebih dikenali sebagai Social Seeding nie kan.  Mungkin ada di kalangan korang  yang tak pernah dapat lagi assignment kan? 


Jadi,  macam mana nak dapatkan assignment ChurpChurp nie? Mudah sahaja. Asalkan anda memenuhi perkara asas di bawah nie :
1. Aktif dengan twitter / facebok
2. Follower di twitter/facebook melebihi 25 orang 

Okey, berbalik kepada topik iaitu tentang assignment ChurpChurp. Apa yang perlu anda buat bila dapat assignment tu? Nak kena kepoh satu dunia ke? Eh, tak lah. Yang paling penting, lompat tinggi-tinggi sebab duit sudah mari :)  


Okey, Mieya akan ajar dengan cara  yang paling mudah. Hanya 3 langkah sahaja. 


1. Sentiasa check email korang ye(email yang korang daftar untuk churpchurp). kalau dapat email dari Churpchurp marketing pasal assignment silalah baca ya jangan simpan buat pekasam je. Then bukak website churpchurp.
2. Baca asignment ChurpChurp yang anda terima dan mulalah mengarang ayat yang power!  Anda boleh gunakan bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Yang paling penting, jangan tinggalkan kata-kata kunci yang perlu ada dalam tweet anda.
3. Semak semula ayat yang anda gubah. Bila dah berpuas hati, bolehlah click perkataan hantar draf. Sebagai Peringatan : tweet anda tu tak boleh diubah selepas anda click perkataan hantar draf.


Nanti dia akan proses, bila dah approve, dia keluarkan kempen yang kita tulis tadi kat twitter wall ataupun fb wall. then, duit korang akan menyusul tiba bergantung kepada jumlah follower korang. 


Misalnya untuk 1 orang sama dengan 0.005 sen (lebih kurang macam tu lah.)


Dah faham? bagi yang tak register lagi, boleh register kat sini http://www.churpchurp.com/MieyaAtiera/share/churpchurp-invite



Hari yang sibuk

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)


Syoknya cuaca hari nie. redup, suam-suam panas, lepas tu hujan, indah, permai, aman dan makmur. Mula lah Mieya rasa macam nak gunakan sepenuhnya masa hari ini untuk blogjogging sepuas-puasnya. Tapi, sayangnya kerana terpaksa batalkan hasrat murni itu di saat-saat akhir. 


Semua ini gara-gara, terdapat beberapa tempahan bagi kuih goyang lagi daripada orang yang sama. Padahal, baru aje semalam, Mieya bergoyang dengan kuih goyang bersama emak tersayangTakpe lah, rezeki takkan nak ditolak kan? tak baik.
mempersembahkan gambar kuih goyang dengan tangan cameraman yang turut sama bergoyang. hihi
Maka, dengan rela hatinya Mieya ketepikan dunia blog untuk seketika. Berbekalkan entri auto-publish di pagi hari tadi sehinggalah di saat ini, blog kelihatan sunyi sepi. Tiada pengunjung yang sudi bertandang kecuali pembaca setia sekadar sekerat dua.


Itu pon dah kira bersyukur sangat-sangat daripada takde. Apa pun, terima kasih Mieya ucapkan kepada semua yang sudi menempek kedua bijik mata mengadap blog pink Mieya nie. Jasamu amat-amat dihargai :)





Budak Lapan Tahun Pandu BMW

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera korang :)

Inilah padahnya apabila ibu bapa sewenang-wenangnya membiarkan si anak bermain dengan kenderaan bersendirian. Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.


Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.
Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.
Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).
Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu.

Sumber dipetik daripada : mynewshub.my


Bergoyang Dengan Kuih Goyang Bersama Emak Tersayang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Setelah hampir empat jam dok bergoyang kaki dan tangan. haippp, jangan nak fikir yang negatif ye. Actually, Mieya baru sahaja selesai menyediakan kuih tradisional kita, iaitu kuih ros bersama dengan sang emak yang tersayang. 

Sebut sahaja kuih ros pasti ramai di antara kita yang dapat membayangkan bagaimana bentuknya serta kerangupannya sehingga membuatkan individu itu akan mengulangi makan. Bentuk seperti bunga membuatkannya dikenali sebagai kuih ros, malah ada di antara kita menyebutnya sebagai kuih loyang atau kuih goyang

gambar dari belas ehsan google
Selalunya, bila ada kenduri-kendara di kawasan perumahan Mieya, kuih goyang nie lah yang akan sang emak sumbangkan kepada tuan rumah untuk disajikan sewaktu aktiviti merewang dijalankan. 

Alhamdulillah. Biarpun kuih tradisional sebegini kebiasaanya dibuat di musim perayaan. tapi, tempahan yang kami terima dari jiran tetangga mahupun saudara terdekat amat-amat menggalakkan. Syukur alhamdulillah, semua ini berkat daripada rezeki tuhan.

Sambil-sambil dok goyang kaki di rumah, dapat lah jugak menjana sedikit pendapatan. Bisnes kecil-kecilan lah kata kan. hihi Ibarat kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Harap-harap begitulah hendaknya. Amin :)



Perkongsian Jumaat #6 | Kenapa kita perlu bersabar?

6Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat semua :)




Kita sememangnya sering diuji dengan pelbagai masalah dan ujian untuk mengukur sejauh mana ketakwaan, kesabaran, dan keikhlasan untuk melayari hidup yang dipinjam untuk seketika cuma. Namun, terkadang itu kita mudah untuk menyerah kalah dan putus asa dengan ujian-ujian Allah S.W.T dan terdorong untuk melakukan sesuatu perkara di luar batas-batas agama Islam dan tuntutan Syarakh.



Rasulullah S.A.W. juga tidak pernah terlepas dari segala ujian dan seksaan sebagai manusia walaupun Baginda adalah Nabi terkahir yang begitu dekat di sisi Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T; 
“Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya” – Surah Al-Ma’aarij: ayat 5.

Zaman ini, kita sering dihidangkan dengan cerita-cerita yang memaparkan bagaimana manusia itu hidup dengan penuh rakus dan hilangnya perasaan sabar sehingga sanggup melakukan perkara yang berdosa.

Justeru itu, kenapakah kita tidak boleh menerapkan nilai sabar ke dalam diri sendiri?

Di dalam konteks Islam, sekiranya kita diuji dengan ujian hidup, kita mempunyai pilihan sama ada nafsu atau iman. Jika kita membiarkan nafsu menguasai diri dan perasaan tidak sabar, maka kalahlah iman. Jika kita memilih iman, maka akan kalahlah nafsu. Sebetulnya, diri kitalah yang harus memilih pilihan yang tersedia ada supaya kita mendapat manfaat yang tinggi.


Untuk kekal bersabar, kita perlu memahami dan melakukan 4 tindakan:
1. Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah. 
2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
3. Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan.
4. Tenang dan teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.



Mengapakah kita perlu untuk bersabar?



Supaya kita dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada pelbagai musibah menjadikan kita gundah gulana, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. 


Keadaan ini tentulah akan mengganggu tahap pemikiran kita dan penghayatan dalam kerja ibadah yang kadang-kadang terlalu sukar untuk kita laksanakan. Selain itu, dengan bersabar, mudah untuk kita mencapai kejayaan dan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. 



Spontaneous Thursday #3 | Awas, Virus Komputer !

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari, di mana sang matahari betul-betul terpacak di atas kepala.

Tak percaya, sila berjemur di bawah sinaran cahaya matahari sekarang ! muehehe

Okey, bertemu lagi kita di entri Spontaneous Thursday, di mana entri yang dikongsi adalah spontan. Tak kira lah sama ada korang terjumpa artikel tu sewaktu tengah blogwalking ke, sewaktu tengah baca surat khabar atau majalah. Yang penting, semua itu berlaku secara tak sengaja.

Hmmm, dah nampak gambar yang besar gedabak di bawah ini? *angkat kening*

Jadi, semestinya entri kali nie ada kaitan dengan gambar di atas. Setiap laptop atau komputer memang wajib ada perisian anti-virus.

Kalau tak, hanya dalam 12 minit sahaja korang menghidupkan komputer dan menggunakan internet, komputer korang berisiko 50 peratus untuk diserang virus atau digodam oleh penggodam.

So, cepat-cepatlah install anti-virus dalam software atau laptop korang okey?

Kucing Mati Gara-gara Obesiti

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)


Ada entri menarik yang bakal Mieya sajikan buat kalian semua. Entri ini ada berkaitan dengan kucing. Ingatkan manusia sahaja yang boleh mengalami masalah obesiti, rupa-rupanya kucing pon sama jugak. Ya kawan-kawan, maklumat yang Mieya peroleh ini adalah benar-benar berlaku di Amerika Syarikat.
Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.
Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
“Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow,” kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.

Sumber berita : http://mynewshub.my

Duit Churpchurp mencecah RM105, alhamdulillah !

Assalamualaikum wbt si kacak dan si lawa sekalian :)

Di zaman pra-matang ini, terdapat berlambak-lambak cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui internet. Di zaman pra-matang ini, Mieya semakin hilang dalam kabus, tak tentu arah dan mula naik hairan. Kenapa Mieya harus guna ayat yang dicilok daripada buku teks sekolah. sedangkan Mieya hanya nak siapkan satu entri je hari nie. -,-"

ya, berbalik kepada entri suam-suam kuku, yang tak berapa nak panas dan tak berapa nak pedas nie. Sila rileks-rileks kan badan anda serta segala jenis wayar-wayar sendi yang sedang kusut-masai itu.

tahu tak sebab musabab Mieya Atiera sedang tersenyum dari mulut sampai ke telinga sepanjang minggu ini? sampai naik lenguh rahang, tapi masih paksa mulut untuk senyum lagi. Hati nie tak berbunga, cuma hidung je yang kembang kuncup tak habis-habis.

ohh, gembira rasanya. Alhamdulillah, dah cashout dah pon ! Cuma terlupa nak printscreen sebelum tekan button cashout tu lah. Adoi! Sorry, takde gambar untuk ditunjukkan kepada korang.

ala, tak payah cakap Mieya sorang saja. korang pon pasti akan merasa terkinja-kinja. Happy tak ketahuan hala kerana berjaya meraih pendapatan dengan hanya menggunakan khidmat jejari yang runcing. sambil golek-golek, sambil ber'facebooking', sambil ber'tweeting', sambil goyang-goyang kaki. woaaah, best kan kan kan?

Kalau korang nak rasa perasaan yang sama dengan Mieya, Jom! Sertai Churpchurp sekarang dan mula lah berkempen ke sana ke mari. tak kira sama ada nak kempen dekat Facebook ke, Twitter ke, Blogger ke mahupun Tumblr. yang penting korang berkempen dengan cara yang betul dan secara automatik, jumlah pendapatan korang akan bertambah sekiranya link korang diklik oleh orang.

baiklah. tak guna cakap banyak-banyak. Sekarang, mehh kita pakat-pakat (terutamanya blogger baru) :

  1. serbu laman web Churpchurp.com sama ada melalui via facebook atau via twitter
  2. daftarkan diri korang dan isi maklumat denga betul
  3. rileks rileks dulu sementara menunggu mesej pengesahan
  4. dan mula lah berkempen dengan rajinnya

Bagi yang dah lama sertai Churpchurp nie, ayuh kita sama-sama melipat gandakan lagi usaha kita, pelbagaikan strategi yang bijak serta boleh menarik perhatian ramai pihak. bak kata pepatah, kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

dah. dah. tak nak cerita banyak. Sejurus selepas entri kali nie ditaip, Mieya akan bergegas melancarkan misi untuk berkempen berhabis-habisan. Habis tu, takkan korang nak tengok kejayaan orang lain saja, kejayaan korang?  haisyyy, mestilah tak mau kan. jom cepat JOIN sekarang!

p/s : bila-bila masa nanti Mieya update pasal tips nak tingkatkan earning churpchurp pulak. Nantikan tau :)