Rambut Kerap Gugur? Kenapa?

Assalamualaikum wbt.

Hai semua :)

Okey, cakap terus-terang tanpa ayat pendahuluan yang panjang berjela-jela mencecah ke lantai dan akhirnya habuk pon tak dapat. Input takde, output lagi lah.

Masalah rambut gugur dan akhirnya makin menipis menjadi satu roda igauan ngeri seandainya ia dibiarkan berterusan. Tambahan lagi, apabila kulit kepala mula nampak "lebih jelas" atau rambut berterusan gugur sehingga menjadi botak.

Sebenarnya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan rambut gugur. Antaranya :
  • kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif
  • demam, jangkitan dan selesema yang serius
  • perubahan hormon
  • amalan diet yang tak seimbang
  • kesan daripada ubat-ubatan
  • stress


Semestinya bila rambut semakin kerap gugur, kita semua akan berusaha untuk mencari tips-tips mahupun petua dalam mengatasi masalah rambut gugur. Tak kurang, ada juga yang akan mencari di enjin carian google "Tips merawat rambut gugur".

Di pasaran sahaja, terdapat pelbagai cara mengatasi masalah rambut gugur sama ada menerusi kaedah moden yang melibatkan bahan kimia ataupun kaedah tradisional yang menggunakan bahan semula jadi. Kebiasaannya, cara mengatasi rambut gugur dengan menggunakan kaedah tradisional adalah lebih selamat daripada kesan sampingan yang tidak baik.

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.
  1. Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. 
  2. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. 
  3. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.
  4. Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke keseluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. 
  5. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam. 
  6. Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini :
- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertudung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung.


P/S : Jom baca entri seterusnya untuk mengetahui Mitos VS Fakta Mengenai Rambut

Enjoy your reading !



18 comments:

Everything's Everythings said...

Oh bagus juga tips ni..
tapi petua guna santan dan kepala tu mcm melecehkan plak ;P

Syikim Kim said...

Banyak makan Ajinomoto la tuuuu...heheheh

yoon da-hyun said...

whoa ~
petua yg menarik .
coz rambut i pun selalu gugur .
euuww waa ..~~
hate it !

Fiza Suhaimi said...

kekadang fiza tension sangat rambut kerap gugur.. dah la punca rambut gugur salah satunya stress.. lagi gugur la jawanya mieya.. heheh.. btw, thanks for the sharing kayy ;)

faizfakhirin said...

wohohohoho..pakai syampu bawang..hahaha

Mieya Atiera said...

@Everything's Everythings Haha. tahu takpe. Tapi, itulah yang terbaik sebenarnya.

Mieya Atiera said...

@Syikim Kim Eh, sebab tu pon boleh jadi punca rambut gugur ke? baru tahu

Mieya Atiera said...

@yoon da-hyun Same with me. Tapi, rasanya sekarang dah kurang sikit

Mieya Atiera said...

@Fiza Suhaimi Hidup takkan pernah lari dari perasaan tertekan. Welcome :)

Mieya Atiera said...

@faizfakhirin Tak minat dengan bau bawang. errr...

Sue PeLik said...

tima kaseh bagi tips. saya punya rambut neh memang dah gugur tahap ke berapa tak tau dah. huhuhu

Mieya Atiera said...

@Sue PeLik Welcome :)

Nurfara Hani said...

tips ni bagus;. rambut saya selalu gugur. nanti nak try tips ni

Mieya Atiera said...

@Nurfara Hani Selamat mencuba :)

fahmi said...

Kadang2 kita ni malas nak buat kajian kat apa ubat rambut gugur yg betul2 diiktiraf oleg badan2 besar spt FDA dan MHRA.Cuba lihat video ini,pasti terjawab pencarian anda

http://www.youtube.com/watch?v=hj3iWhqfajE

Anonymous said...

Nak cuba juga petua ni mna tau kot2 yg ni brkesan..

Anonymous said...

@Everything's Everythings.. tpy klw tetap gugur jugak cam ne??

Mieya Atiera said...

@Anonymous All the best ya !