Saya BENCI Kulit Berminyak. Anda pula?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Tajuk tak boleh belah. Macam promoter yang sedang mempromosikan beberapa jenis produk kecantikan padahal tak pon.

Merujuk kepada tajuk entri kali nie. "Saya Benci Kulit Berminyak". Ya, memang tidak dapat disangkal lagi. Memang semua orang tak suka. Kalau tak percaya, cuba tanya pada sesiapa sahaja di dunia ini, siapa saja yang sukakan kulit berminyak?

Dan sudah semestinya, majoriti dalam kalangan makhluk manusia di bumi ini memang bencikan kulit berminyak. Kulit berminyak membuatkan Mieya gila, menjadi tak keruan lalu mencuci muka melebihi had yang ditetapkan.

Benar. Wajah yang berkilau dan berminyak memang meresahkan Mieya dan membuatkan mood Mieya menjadi suram, dan rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai. Ia memang mengganggu kerana minyak yang berlebihan membuatkan wajah berasa lekit dan tidak selesa. Keadaan kulit yang berminyak cenderung menghasilkan JERAWAT.

Jom tengok aksi Chipmunk yang menggiurkan hati DISINI !

Walaupun pelbagai cara yang telah Mieya praktikkan, semuanya tak memberi kesan. Sehinggalah Mieya menjumpai artikel mengenai petua menangani kulit berminyak nie dan mengikuti setiap langkah-langkahnya. Haaa... perkara baik haruslah dikongsi bersama bukan?
  • Gunakan pelembap bebas minyak.
  • Bersihkan kulit dua kali sehari dengan pembersih sesuai dengan kulit berminyak.
  • Gunakan 'mask' yang sesuai - sebaik-baiknya 2 kali seminggu
  • Sentiasa menggunakan toner
  • Elakkan solekan tebal dan melekit - Cuba beli produk bebas minyak
  • Makan makanan yang berkhasiat - banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Minum air dalam kuantiti yang banyak.
  • Bersenam selalu.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kalian yang mempunyai masalah kulit berminyak bergelen-gelen lagi-lagi ketika berada di bawah sinaran matahari. Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

8 comments:

cik najihah said...

sy pun x suke...melekit..

elyna mirsada said...

tips yg berguna..=)

Asyiqin Haulisah said...

akak jugak mieya. rimas jugak kalau berjalan kat luar lama sgt mula lah minyak dia kemain.

Mieya Atiera said...

@cik najihah Rasa terganggu kan?

Mieya Atiera said...

@elyna mirsada TQ :)

Mieya Atiera said...

@Asyiqin Haulisah Tau takpe.

Cik Nur said...

kulit muka berminyak..grrr..cik nur pun xsuke..!huhuhuhu

tips mieya ni, mmg bguna..... :)

Mieya Atiera said...

@Cik Nur Thank you Cik Nur :)