4 Sifat Lelaki yang Menarik Perhatian Wanita

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera korang :)

Hari nie, Mieya nak rilek-rilek taip entri sambil makan biskut lemak cicah dengan kopi.
Ohh, nostalgiknya. Macam berada di zaman 60an, zaman retro 70an, zaman lagu-lagu malar segar dialunkan, zaman di mana penyanyi lagu rock 90an memakai seluar getah yang ketat, sehinggalah beralih arah di zaman yang serba moden ini.

Arghhh, pendahuluan hari nie dah lari lebih 90 darjah ke utara Kedah sana. Padahal takde kaitan pon dengan tajuk post entri kali nie. hikhik

Baiklah. Tanpa melengahkan masa korang, ayuh kita mulakan 4 Sifat Lelaki yang Menarik Perhatian Wanita.
Antaranya :

  • From head to toe
Boy yang mudah tersenyum dan bersikap ramah ketika berjumpa buat kali pertama selalunya akan menyenangkan hati girl sehinga akan adanya perjumpaan untuk kali kedua dan seterusnya.

  • That's wasn't funny, guys!
Bagus jika seseorang boy itu memiliki sifat humor kerana ia akan membuatkan korang ketawa dan sentiasa berasa gembira, tanpa menjadikan bentuk tubuh sebagai bahan jenaka. Lagipon, masih ada banyak lagi perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan jenaka selain daripada isu bentuk badan kan?

  • Menjaga batas pandangan mata
Boy yang sopan bijak menghargai girl. Biasanya boy sebegini memiliki ramai kawan-kawan perempuan kerana dia adalah seorang sahabat yang baik.

  • Perbualan  sesuatu topik yang berguna
Daripada berbual topik yang tiada isi, baiklah beralih arah untuk berkumpul bersama teman-teman yang lebih bijak dan berfikiran matang. Sekurang-kurangnya korang boleh mencuri sedikit ilmu daripada mereka dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus berjaya.


Ya kawan-kawan, sebenarnya ada banyak lagi. tapi disebabkan Mieya tak nak entri kali nie panjang meleret-leret seperti karangan budak sekolah menengah.

Jadi, terpaksalah dengan berat hatinya Mieya pendekkan jua. Nantikan entri yang seterusnya okey?


9 comments:

Cik Nur said...

perbualan tu pentingkan.. kalau silap topik, hancuss..!

Izzul Amir said...

tips berguna ni.. hehe

Qaseh said...

jemput join http://f4chumel.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-al-qaseh.html

Mieya Atiera said...

@Cik Nur Tahu takpe :)

Mieya Atiera said...

@Izzul Amir Ya, apa kata kalau awak sendiri praktikkan? hihi

Mieya Atiera said...

@Qaseh Insyaallah, nanti Mieya join :)

Nur Aischa said...

betul tu, suka entri ni :D tapi kan tak sangka juga, rupanya lelaki yg menjaga pandangan tu mempunyai ramai kwn perempuan ya. hee

Mieya Atiera said...

@Nur Aischa Ya, sebab tu iena selalu berhati-hati dalam memilih lelaki sebagai pasangan.

Mizie San said...

Klu kita senyum tpi pompuan tu buat de je mcm mne ? Ada tips tak untuk buka bicara gadis2 diluar sna..