Addicted dengan Clash Of Clans

Assalamualaikum wbt and Haii. Long time no see ya !

Perasan tak dah lama blog ni terdiam sepi tanpa sebarang update apa-apa entri. Banyak sangat berfikir nak lengkapkan wishlist 2014 yang bakal berakhir tak lama lagi, sehingga kan akhirnya tak terbuat apa-apa pun.

Lagi-lagi bila dah berada di penghujung tahun ni, faham-faham sahaja lah banyak urusan yang perlu di settle kan. Tapi sejak dah terjebak mendownload game pada bulan lepas, banyak urusan jadi tertangguh. Contoh yang paling jelas ketara, update blog lah. hahaha

Memang betul game merupakan antara aplikasi yang boleh menghilangkan stress atau mengisi masa lapang seseorang individu. Tapi tahu tak, ia juga boleh buat kita leka dan addicted sesangat. 



Clash Of Clans. Rasanya, tak perlu lagi Mieya perkenalkan dengan lebih details pasal game ni. Majoriti pengguna smartphone, baik lelaki atau perempuan..mesti ada yang ketagih gila dengan game coc ni. Percaya lah, sekali anda salah tekan button download game COC ni maka anda akan terjebak dengan Virus Clash Of Clans (COC).

Imagine Mieya start install game ni awal bulan November sehingga lah ke hari ni, still bersemangat main Clash Of Clans dok attack war tanpa henti. Hari-hari busy nak upgrade base bagi defense kuat sikit.



Untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak, selamat mencuba game Clash Of Clans! Yang penting jangan sampai abaikan tanggungjawab anda. Hehehe. 


Kalendar Cuti Umum Malaysia 2015

Assalamualaikum wbt :)

Lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi, kita akan melangkah ke tahun 2015. Rasa sekejap sangat tahun 2014 beransur pergi. Masih banyak lagi angan-angan yang masih belum berjaya dikecapi.

Apa pun, sekarang ni dah boleh bookmark tarikh-tarikh penting seperti cuti umum, cuti sekolah atau tarikh hari lahir keluarga. Senang untuk kita semua merancang percutian akan datang nanti. ihiks

Jom tengok tarikh-tarikh cuti umum di Malaysia sepanjang tahun 2015 akan datang.


Mieya macam biasa lah, bila tibanya hujung-hujung tahun sebegini.. Kena buat Working Calendar untuk staff company. Dua hari suntuk menghadap Microsoft Excel. Nak rangka, adjust width and height for each row and column.

Dan inilah hasilnya....

P/S : Masih menggunakan Malay + English = Manglish sebabnya kebanyakan storehand tidak memahami Bahasa Inggeris dengan baik.